Tuesday, 23 July 2013

menyesal

haihh 
bile banyak sangat ujian ngan dugaan datang bulan bulan pose ni,
teringat tentang banyak nye buat silap mase lalu
kalau lah boleh buang and delete dengan senang hatinye, tak perlu nak mengeluh waktu sekarang
tapi apekan daya kalau diri sendiri bukanlah insan sempurna.

semoga setiap ujian yang datang dari Allah lebih mematangkan diri ini untuk berubah lebih baik lagi.

just keep move on Alia,
nothing can stop you unless berhenti berharap kepada Allah
:(

strategi orang mukmin

Strategi Solat Tahajjud
-        Mohonlah secara terus dari Allah lebih afdal dari meminta orang lain yang mendoakan kita seperti “Doakan saya”.
-        Sebuah hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim jelas menunjukkan mengapa berdoa sendiri itu lebih utama berbanding daripada meminta orang lain mendoakan impian kita. Allah s.w.t. turun ke langit dunia, ketika 1/3 malam masih tersisa menyeru: “Adakah antara hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku supaya Aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampun kepada-Ku supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memenuhinya?”

Strategi Bersedekah
-        Kita dianjurkan bersedekah setiap hari. Hal ini berdasarkan sebuah hadis, Nabi s.a.w. menerangkan pada setiap awal pagi, ketika terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi; “Yang satu menyeru, ‘Ya Tuhan-Ku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan harta kepada Allah.’ Yang satu lagi menyeru, ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut)’. (Riwayat Muslim)”
-        Semakin kaya, semakin banyak sedekahnya, insyaAllah.

Strategi Zikir
-        Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Berapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah di atas tilam yang empuk dan kerana itu Allah mengangkat darjat mereka ke peringkat tertinggi di dalam syurga.” (Riwayat Imam Muslim)
-        Apakah zikir yang paling utama? Zikir yang paling utama ialah “Lailahaillallah”.

Strategi Solat Hajat
-        Dikhabarkan daripada Abdullah bin Salam: “Sekiranya keluarga Rasulullah s.a.w. ditimpa sebarang kesusahan atau kesempitan, Baginda akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan akan membaca ayat berikut; ‘Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripada kamu, malah Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu. Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.’ (Thaha 20: 132)”

-        Solat hajat khusus untuk perlindungan diri daripada kejahatan manusia, binatang dan makhluk-makhluk lain: rakaat pertama – baca surah Al-Fatihah (1 kali), ayat kursi (1 kali) dan surah Al-Falaq (7 kali) manakala dalam rakaat kedua – baca surah Al-Fatihah (1 kali), Al-Baqarah (ayat 285-286, 1 kali) dan An-Nas (1 kali)
-        Solat hajat khusus untuk memburu impian (hajat tertentu): rakaat pertama - baca surah Al-Fatihah (1 kali), ayat kursi (1 kali) dan Al-Kafirun (7 kali) manakala dalam rakaat kedua – baca surah Al-Fatihah (1 kali), Al-Baqarah (ayat 285-286, 1 kali) dan Al-Ikhlas (7 kali)

Strategi Solat Istikharah
-        Melakukan solat istikharah setiap kali mahu membuat keputusan tak kira keputusan kecil atau besar. Solat ini bukanlah terhad kepada soal memilih jodoh sahaja.

Strategi Asma’ ul-Husna
-        Di dalam ayat 180 surah al-A’raf Allah menjelaskan kepada kita tentang Asma’ ul-Husna. Allah mempunyai Asma’ ul-Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma’ ul-Husna itu. Terdapat 99 Asma’ ul-Husna manakala nama “Allah” itu sendiri diulangi sebanyak 2,698 kali di dalam Al-Quran.
-        Perlu diingatkan bahawa mengamalkan Asma’ ul-Husna ini sama seperti mengamalkan zikir atau doa-doa yang lain. Maksudnya hanya Allah sahaja yang boleh tentukan sama ada doa kita termakbul atau tidak.

Strategi Solat Berjemaah
-        Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a., beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga dia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada dia solat (sendiri) kemudian dia tidur. (Riwayat Bukhari).”
-        Apabila kita datang ke masjid sebenarnya kita mengambil rahmat Allah dan membawanya pulang ke rumah. Jadilah rumah kita rumah yang mendapat rahmat.

Strategi Baca Al-Quran
-        Al-Quran merupakan papan tanda ke syurga. Memahami papan tanda dan mengikuti papan tanda merupakan dua perkara berbeza.
-        Banyak membaca Al-Quran sama ada dengan memahami atau tanpa memahaminya akan mendekatkan diri kepada Allah.


 p/s Semua ini saya petik dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki by Fathuri Salehuddin
He was really a good writer, tulisan dia sangat lah santai dan mudah utk difahami.
Semoga ilmu-ilmu di atas dapat memberi keberkatan dan kelebihan kepada kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh mulia ni. 
Jazakallah hukhairun :)