Friday, 30 November 2018

Pengalaman masuk bilik operation

5/11/18 hari isnin

Sis kena admit masuk day-case punya operation untuk pembedahan nak amek sel tisu kat bahagian sendi pergelangan tangan.

2 jam lebih operation. Sedar2 badan terus menggigil, tekak rasa sakit. Pening kepala.

Doktor cepat2 hantar masuk bilik wad. Doktor cakap kena tunggu sampai leh telan air makan biskut buang air kecik baru leh admit kuar. Husband plak dah tak sabar2 nak tunggu discharge sebab tanak duk hospital lama2. Saya paham tak salahkan husband pun. Dalam sejam lebih gak dah boleh minum air makan biskut and kencing. Lepas tu terus discharge siap2.

12/11/18 hari isnin

Day-8 after operation.
Tekak dah tak berdarah start semalam.
Alhamdulillah. Lega. Tapi masalah lain tak setel lagi, ulser mulut. Semalam gi klinik doktor cakap kena avoid makan makanan keras and minuman panas.

Fuhh agak perit jugak nak tunggu betul2 fully recover. Tangan tak setel lagi. Mulut plak sakit.

Imagine that my daily food is nasi kosong and sup sayur tambah buah oren sikit je bleh makan hari2 sebab mulut tak tahan sakit nak telan banyak2. Yang tu je mampu makan tiap hari. Nak taknak kena telan. Kalau tak telan perut lapar. Perit dia tu tuhan je yang tau😒

Alhamdulillah selera makan takat ni tak penah hilang. Cuma semangat je yang kadang2 ada kadang2 terbang jap.

And hari ni plak husband dah kene masuk keje takleh duk rumah dah. So pape kena survive jugak sorang2. Pakse diri makan nasi kosong ngan sup sayur je. Buah oren kena tunggu husband balik potong baru leh makan. Tu pun tak banyak leh telan, salu mesti leh telan separuh je sebab dia punya pedih ulser mulut tu pehh tuhan je yang tau mahasakit dia 😭😭

26/11/18 hari isnin

Alhamdulillah dah fully recovered!
Syukurr ya Allah terasa macam nikmat kesihatan dapat balik 😭😭
Dah boleh makan macam biasa cuma ada la pantang sikit2 tapi nafsu makan tu tetap ada. Hehe..

-yaya-