'Assalamualaikum.. Farah oo Farah.. Assalamualaikum..'
Terdengar suara garau dari daun pintu rumah teres dua tingkat. Nina yang sedang asyik menonton televisyen tersentak. Dia cuba amati suara yang datang dari luar rumah dan meneka gerangan yang memberi salam tak sudah-sudah.
'Siapa pulak lah yang datang malam-malam ni.. haihh..' getus hati kecil Nina.
'Oh Syafiq rupanya.. hehe.. ada apa ya Fiq? Rindu Farah eh..' usik Nina setelah menjawab salam Syafiq. Dia tersengih-sengih sambil menjemput Syafiq masuk ke dalam.
'Eh Nina ni.. tau-tau je kan.. takpe lah Nina, Fiq cuma nak tahu keadaan Farah je. Risau jugak kalau ada jadi apa-apa kat Farah. Emm.. dia okay tak?' Syafiq menolak pelawaan Nina. Dia sendiri agak segan untuk masuk ke rumah wanita tersebut apatah lagi pada waktu malam sebegini.
'Dia okay je. Cuma 2 3 hari ni nampak muram sikit. Fiq tak payah la risau ye.'
'Oh ya ke. Takpe lah kalau macam tu. Ni Fiq ada belikan nasi bungkus.. untuk Farah dengan Nina sekali. Ambillah,' Syafiq menghulurkan plastik berisi nasi bungkus kepada Nina sambil tersenyum.
'Eh susah-susah je Fiq ni. Tapi.. terima kasih banyak-banyak lah ya.. hehe' Nina berkata-kata sambil tangannya cepat-cepat menarik plastik bungkusan nasi dari tangan Syafiq.
'Nina mintak maaf banyak-banyak ya Fiq sebab Farah dah pesan banyak kali dia memang tak nak jumpa siapa-siapa pun tapi Fiq jangan bimbang, kalau ada apa-apa hal terjadi kat Farah, Nina akan terus contact Syafiq okay?'
Nina cuba memujuk hati Syafiq yang sedang keluh-kesah. Dia tahu jejaka tersebut sudah lama menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya, Farah. Hanya Farah sahaja belum bersedia untuk membalas cinta Syafiq sepenuhnya. Bagi Farah, hubungan dia dengan Syafiq tidak lebih dari kawan biasa.
'Kenapa lah Farah susah sangat nak terima si Syafiq ni. Dah la hensem, caring plak tu. Hmm..' Nina berkata-kata sendiri dalam hati. Dia juga akui Syafiq memang kacak orangnya tambah pula dengan sifatnya yang sentiasa mengambil berat tentang kawan baiknya walaupun Farah cuma memandangnya sebagai lelaki biasa sahaja. Bagi Nina, Syafiq sudah cukup pakej untuk dibuat suami, apa lagi yang Farah mahukan? Perfect kot! Sekali lagi Nina berkata sendiri sambil menutup pintu rumah perlahan-lahan.
Syafiq berlalu pergi setelah berpuas hati dengan jawapan Nina. Namun hakikatnya, hatinya masih lagi belum tenteram. Dia berasa hampa dan dalam waktu yang sama merasakan bahawa Farah sedang mengalami masalah yang berat cuma dia sendiri tidak dapat mengagak masalah sebenar si gadis manis tersebut. Kekecewaan tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya malam itu terserlah di wajahnya saat pulang ke rumah. Malah menambahkan lagi perasaan rindu Syafiq dan cinta yang sudah lama bertapak dalam hatinya sejak jatuh hati pandang pertama.
Farah.. oh Farah..
Bersambung3! kikiki.