Saturday, 13 September 2014

Is it worth?

Mujahadah kah diri ni? Apa maksud mujahadah sebenarnya. Mujahadah memberi erti seseorang yang sentiasa berjuang untuk berada di jalan Allah dalam melawan hawa nafsu dan pelbagai rintangan yang mungkin datang dalam bentuk duniawi..

Melalui pembacaan saya dalam buku “Travelog Budak Mentah”, saya agak tertarik dengan penulisan beliau (penulis buku tersebut) yang sangat mendalam dalam mencari makna hidup untuk diri sendiri sebelum menempuh hari tua. Hari tua tu mungkin dari segi mencari pengalaman sebelum menjadi isteri/suami seseorang atau menjadi seorang pemimpin yang benar-benar berpengalaman dalam hidup. Penulis buku tersebut memang tersangat muda bila waktu dia menerbitkan bukunya sendiri pada umur 20 an. Yess.. sangat-sangat muda and hanya muda setahun dari saya je.

Mujahadah seorang insan bukanlah satu perkara yang mudah. Apa yang saya faham, perjalanan seorang mujahadah memang sangat sukar seolah-olah pergi berjihad di medan perang untuk menegakkan agama Allah, bukankah ianya sangat sukar.

Sesetengah orang mungkin tak perasan tapi pada hakikatnya setiap dari kita sentiasa berjuang dalam mempertahankan hak kita demi Allah melainkan orang yang sentiasa berada dalam zon senang. ZON SENANG bermaksud dari segi fizikal dan mental di mana semuanya mudah bagi mereka tapi sukar bagi orang yang sedang bermujahadah.

Seperti saya sendiri, dalam keadaan sedar saya tahu benda tu salah tapi masih lagi melakukannya dan cuba untuk berjuang melepaskan diri walaupun saya tahu diri saya ni asyik kalah dengan hawa nafsu. 

Susah nak dibayangkan tapi pada hakikatnya, Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dengan usaha dan keinginan sendiri untuk berubah.

Ramai yang berjaya mengubah nasib sendiri and ramai jugak yang tak berjaya.

Bagi saya, secara pandangan mata kasar, diri saya memang kalah tapi hati kecil ni tak pernah hilang semangat untuk berubah. Kadang-kadang rasa penat sangat fikirkan musibah atau ujian apa yang sedang melanda diri ini dan sentiasa mengharapkan pertolongan dari orang lain. Ya Allah lemahnya hamba-Mu ini :’(


Semoga semuanya mampu saya ubah di waktu masa hadapan walaupun mungkin nampak mustahil pada waktu sekarang ini. Inshaa Allah.