Tuesday, 29 September 2015

Cekal Hati

It took me for so long to writing again in my blog.
Not because of I didn’t have much time but my head was full of other things including rubbish.
Terlalu byk benda yg dh berlaku smpai nk update blog pn dh malas.

Today has been over 2 months I’ve finished my study and still didn’t get any job.
I did trying hard at first but then, still has no result. Akal pun dah mati. Bile dah mati mcm2 benda la yg negative keluar dari diri yang kerdil ni.

Yess! Rinduu! Rindu sebenarnya nk tulis blog balik cuma byk sgt “other things” tu yg kacau.
Kadang2 rase cm sronok dduk rmah xde buat ape.. rilek je memanjang.. hakikatnye stress yg amat.
Tgk kwn2 sume dh keje, I feel like, am I so stupid af smpai langsung x dpt satu iv pun dari mane2 company?

So that’s why, I think further and further again. Why not sambung belajar? Kalau dh tu je skill yg I ada. Skill menulis karangan yang panjang2 and bace journal (eventhough Im not so into it) but at least I have something to do drpd melangut kt umah xde buat ape pn kn.


So I think, its really really really time to take a risk.


Yes Alia, cekal kan hati anda. Kalau master anda boleh, why not PhD plak kn?




p/s: suara hati kecil dh bersuara akhirnya.. gudluck!

Wednesday, 2 September 2015

Part 7.

Bahagian 7

Pada hari itu, cuaca sangat tenang setenang jiwa Farah. Entah kenapa terasa dirinya sangat tenang pada hari itu seolah-olah masalah jiwa yang selama ini terpendam dalam lubuk hatinya terlepas sudah. Selama ini, dia terasa penat yang amat dengan apa yang dia dah lalui sebelum ni.

Namun pada hari itu, dia bukan seorang diri tetapi bersama orang yang dia paling cintai. Lelaki yang berada di sebelah Farah bukan lagi lelaki yang dulu tetapi merupakan lelaki yang selama ini dia tunggu-tunggu dan telah pun menjadi suaminya yang sah. Tubuhnya yang tegap dan sasa berdiri tenang di sisi Farah.

Farah masih lagi teringat bagaimana suaminya itu telah melamar dirinya ketika dalam keadaan betul-betul kebingungan. Siapa lelaki yang dimaksudkan itu?

Ya, Irfan!

Di hari ketika Irfan mengajak Farah keluar sebenarnya terselit maksud tersirat di hati Irfan. Dia telah bersiap-siap untuk melamar Farah pada hari itu juga. Dia tahu walaupun dia terpaksa mengambil risiko jika lamarannya ditolak tapi Irfan tabahkan juga hati. Kerana dia tahu setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Dan kini Alhamdulillah. Farah menerima lamaran Irfan tanpa disangka-sangka sehinggalah mereka berdua sah menjadi suami isteri hingga hari ini. Betapa gembiranya hati Irfan cuma Tuhan je yang tahu.

*******************************************************************************

“Eh Farah! Makin bahagia eh kau sekarang.. heheh..”

Nina menegur Farah dengan senyuman yang meleret. Kandungan dalam perut Farah sedikit membesar serta menampakkan tubuhnya yang semakin berisi setelah dua bulan berkahwin dengan Irfan.

“Kau pun sama jugak kan Nina. Tak kurang bahagia aku tengok kau lepas kahwin kan. Yelah.. siapa tak sayang suami yang hensem macam si Syafiq tu. Doktor pulak tu. Hehe..”

Giliran Farah pula membalas. Nina tersipu-sipu malu.

“Eh sedar pulak kau si Syafiq tu hensem eh. Waktu dia sibuk nak mengurat kau takde pulak kau puji-puji dia kan,” Nina mencebik.
Farah tergelak besar.

“Aku saja jelah tak nak layan si Syafiq. Lagipun masa tu aku memang tak boleh nak terima siapa-siapa pun lagi dalam hidup aku kecuali Irfan. Kau pun tahu kan macam mana aku sayang kat Irfan.”

“Iyelah Farah. Aku faham. By the way, thanks sebab bagi peluang kat aku rapat dengan Syafiq. Hehe..” ujar Nina sambil tersengih-sengih panjang.

Tidak lama kemudian, Syafiq dan Irfan datang menerjah mereka berdua.

“Amboi sembang apa yang seronok sangat tu.. dari jauh lagi abang nampak Farah dengan Nina ketawa ya,”

“Takde apa lah abang. Ni hal perempuan lelaki tak boleh masuk campur,” Farah senyum sambil memeluk lengan Irfan.

Mereka berempat terus menjamu mata dengan pemandangan yang ada di depan mata. Kehijauan dan keindahan pemandangan yang ada di situ serta ketenangan hawa dingin berada di Tanah Tinggi Cameron sedikit sebanyak menenangkan jiwa-jiwa yang sedang berbulan madu di sana.

Di dalam hati, Farah tidak henti-henti mengucap syukur di dalam hati kerana itu adalah kali kedua dia berbulan madu bersama Irfan. Sebelum ini, Irfan telah memberi kejutan terhadapnya dengan berbulan madu di Turki, lokasi pelancongan kesukaan Farah. Dia betul-betul tidak menyangka cinta Irfan masih lagi kukuh dalam diri lelaki tersebut. Dan kali ini pula sekali lagi Irfan membuat kejutan dengan berbulan madu bersama teman baik Farah, Nina. Mereka berdua baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan membuat keputusan untuk berbulan madu di dalam Malaysia sahaja memandangkan Syafiq lebih suka melancong di dalam negara sendiri.

“Memang benarlah orang yang bersabar dengan ujian Allah akhirnya pasti diberi ganjaran yang tidak disangka-sangka..”



-Tamat-



p/s: akhirnya siap sudah cerpen ku yang sekian lama terkubur, huhuu