Bahagian
7
Pada hari itu, cuaca sangat tenang
setenang jiwa Farah. Entah kenapa terasa dirinya sangat tenang pada hari itu
seolah-olah masalah jiwa yang selama ini terpendam dalam lubuk hatinya terlepas
sudah. Selama ini, dia terasa penat yang amat dengan apa yang dia dah lalui
sebelum ni.
Namun pada hari itu, dia bukan seorang
diri tetapi bersama orang yang dia paling cintai. Lelaki yang berada di sebelah
Farah bukan lagi lelaki yang dulu tetapi merupakan lelaki yang selama ini dia
tunggu-tunggu dan telah pun menjadi suaminya yang sah. Tubuhnya yang tegap dan
sasa berdiri tenang di sisi Farah.
Farah masih lagi teringat bagaimana
suaminya itu telah melamar dirinya ketika dalam keadaan betul-betul
kebingungan. Siapa lelaki yang dimaksudkan itu?
Ya, Irfan!
Di hari ketika Irfan mengajak Farah keluar
sebenarnya terselit maksud tersirat di hati Irfan. Dia telah bersiap-siap untuk
melamar Farah pada hari itu juga. Dia tahu walaupun dia terpaksa mengambil
risiko jika lamarannya ditolak tapi Irfan tabahkan juga hati. Kerana dia tahu
setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
Dan kini Alhamdulillah. Farah menerima
lamaran Irfan tanpa disangka-sangka sehinggalah mereka berdua sah menjadi suami
isteri hingga hari ini. Betapa gembiranya hati Irfan cuma Tuhan je yang tahu.
*******************************************************************************
“Eh Farah! Makin bahagia eh kau sekarang..
heheh..”
Nina menegur Farah dengan senyuman yang
meleret. Kandungan dalam perut Farah sedikit membesar serta menampakkan
tubuhnya yang semakin berisi setelah dua bulan berkahwin dengan Irfan.
“Kau pun sama jugak kan Nina. Tak kurang
bahagia aku tengok kau lepas kahwin kan. Yelah.. siapa tak sayang suami yang
hensem macam si Syafiq tu. Doktor pulak tu. Hehe..”
Giliran Farah pula membalas. Nina
tersipu-sipu malu.
“Eh sedar pulak kau si Syafiq tu hensem
eh. Waktu dia sibuk nak mengurat kau takde pulak kau puji-puji dia kan,” Nina mencebik.
Farah tergelak besar.
“Aku saja jelah tak nak layan si Syafiq.
Lagipun masa tu aku memang tak boleh nak terima siapa-siapa pun lagi dalam
hidup aku kecuali Irfan. Kau pun tahu kan macam mana aku sayang kat Irfan.”
“Iyelah Farah. Aku faham. By the way, thanks sebab bagi peluang kat aku rapat dengan Syafiq. Hehe..” ujar
Nina sambil tersengih-sengih panjang.
Tidak lama kemudian, Syafiq dan Irfan
datang menerjah mereka berdua.
“Amboi sembang apa yang seronok sangat
tu.. dari jauh lagi abang nampak Farah dengan Nina ketawa ya,”
“Takde apa lah abang. Ni hal perempuan
lelaki tak boleh masuk campur,” Farah senyum sambil memeluk lengan Irfan.
Mereka berempat terus menjamu mata dengan
pemandangan yang ada di depan mata. Kehijauan dan keindahan pemandangan yang
ada di situ serta ketenangan hawa dingin berada di Tanah Tinggi Cameron sedikit
sebanyak menenangkan jiwa-jiwa yang sedang berbulan madu di sana.
Di dalam hati, Farah tidak henti-henti
mengucap syukur di dalam hati kerana itu adalah kali kedua dia berbulan madu
bersama Irfan. Sebelum ini, Irfan telah memberi kejutan terhadapnya dengan
berbulan madu di Turki, lokasi pelancongan kesukaan Farah. Dia betul-betul
tidak menyangka cinta Irfan masih lagi kukuh dalam diri lelaki tersebut. Dan kali
ini pula sekali lagi Irfan membuat kejutan dengan berbulan madu bersama teman
baik Farah, Nina. Mereka berdua baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan
membuat keputusan untuk berbulan madu di dalam Malaysia sahaja memandangkan
Syafiq lebih suka melancong di dalam negara sendiri.
“Memang benarlah orang yang bersabar
dengan ujian Allah akhirnya pasti diberi ganjaran yang tidak disangka-sangka..”
-Tamat-
p/s: akhirnya siap sudah cerpen ku yang sekian lama terkubur, huhuu
p/s: akhirnya siap sudah cerpen ku yang sekian lama terkubur, huhuu
No comments:
Post a Comment