Minyak bunga
Calendula dapat digunakan sebagai ubat luar dan dalam. Terdapat beberapa
manfaat atau kelebihan yang ada pada minyak yang kamu ambil dari bunga
tersebut:
1.
AROMATERAPI
Bunga calendula
dikatakan mempunyai sifat yang menenangkan. Minyak bunga Calendula dapat
digunakan sebagai aromaterapi juga. Pijat aromaterapi dengan minyak bunga
Calendula dapat membantu menyembuhkan luka, menyegarkan serta meregenerasi
kulit.
2.
MENGURANGKAN INFEKSI KULIT
Ketika bayi
menggunakan diapers atau pampers, biasanya akan terjadi ruam di bahagian
tersebut. Minyak bunga Calendula boleh digunakan untuk menyembuhkannya. Selain
itu, minyak bunga Calendula juga dapat melembapkan kulit yang kering serta
pecah-pecah.
3.
ANTI INFLAMASI
Jika kulit anda
mengalami keradangan atau gatal-gatal, anda juga boleh menggunakan minyak bunga
Calendula untuk mengurangkannya. Selain itu, minyak bunga Calendula juga
bermanfaat untuk mengurangkan pembengkakan otot, lebam dan terseliuh.
Antara manfaat
lain juga, bunga Calendula juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai minuman teh
herba. Bunga yang telah mekar dipetik dan diambil kelopaknya lalu dikeringkan.
Amalan minum teh herba bunga ini juga dapat memberikan banyak kelebihan lain
seperti;
1.
MENGATASI GANGGUAN PENCERNAAN
Jika anda
mengalami masalah usus contohnya seperti perut terasa memulas, sakit ulser,
gastrik dan sebagainya, cubalah untuk minum teh Calendula ni untuk
kurangkannya. Selain itu, teh Calendula juga memiliki sifat detoksifikasi yang
meneutralkan racun pada saluran pencernaan.
2.
MEMPERCEPAT PENYEMBUHAN & KUATKAN IMUN TUBUH
Komponen yang
ada dalam bunga Calendula yang membuatkan warnanya jingga cerah adalah
beta-carotene seperti pada lobak oren. Sebab itu jugalah bunga Calendula juga
memiliki kandungan vitamin A yang tinggi. Beta-carotene juga memiliki fungsi
sebagai anti-oksidan yang melindungi sel dari kerosakan. Mengamalkan minum teh
ini juga dapat mempercepatkan penyembuhan ketika anda sakit.
3.
MENGURANGKAN SAKIT MENSTRUASI (SENGGUGUT)
Fungsi bunga
Calendula yang lain adalah untuk mengatasi rasa sakit ketika period atau
senggugut yang selalunya terjadi pada wanita. Jika anda sering mengalami sakit
perut kram atau sakit kepala ketika period, cubalah untuk minum teh Calendula
untuk kurangkan rasa sakit tersebut.
4.
MEMBANTU BERIKAN KULIT YANG SIHAT
Teh Calendula
dapat membantu menghasilkan kolagen (collagen) yang memiliki fungsi anti-aging.
Ramai orang juga menyimpan teh Calendula di dalam peti sejuk untuk digunakan
sebagai ubat luar pada kulit. Dengan teh ini juga, anda boleh mengurangkan jerawat
anda! Ini kerana, Calendula memiliki fungsi anti septik. Selain itu, teh
Calendula juga dapat lembutkan dan menenangkan kulit cantik anda.
5.
ATASI SAKIT TEKAK & MATA MERAH
Jika anda
merasa sakit tekak, atau sakit mulut, cubalah berkumur dengan teh Calendula.
Teh Calendula juga dapat mengatasi masalah mata merah atau konjungtis. Caranya
adalah dengan menggunakan teh Calendula sebagai pembilas mata.
Siapa sangka
kan hanya dengan sekuntum bunga dapat memberi banyak manfaat kecantikan dan
kesihatan ibarat seperti pohon kelapa yang memberikan banyak kegunaan seharian untuk
manusia sejagat. Cubalah gunakan bunga calendula ni sama ada dari segi
minyaknya atau dalam bentuk teh dan rasakan sendiri kebaikannya.


No comments:
Post a Comment