Thursday, 31 January 2019

REVIEW PAKAI FACE OIL & LIP BUTTER MARY JARDIN


Bulan lepas, yaya & husband pergi travel ke Jeju as our trip this year. Both of us memang suka pergi travel jalan-jalan tempat orang selain dari cari pengalaman baru and challenge ourselves go travel as backpackers maksudnya jalan sendiri tanpa ada guide. And nowadays pun memang mudah nak gi memane sebab apa-apa je boleh cari info melalui internet.

So basically, Jeju ni adalah salah satu pulau yang ada kat Korea. And pulau dia ni ibarat macam Pulau Langkawi kat Kedah tapi bezanya saiz dia 3 kali ganda lagi besarlah. Yaya datang sini ngan husband pun lebih kurang seminggu. So quite a lot tempat jugak la kitorang sempat cover walaupun tak semua.

Kami memang suka datang musim winter sebab suka tengok salji. And this time, dapat jugak lah tengok snow turun walaupun takde la lebat sangat. Suhu kat sini waktu sampai 7hb hari tu dalam 7o tak silap. Agak sejuk bagi yaya sebab yaya memang jenis tak tahan sejuk.

First day datang maybe tak nampak lagi perubahan dekat kulit muka ni tapi after 2 3 days memang yaya apply siap2 krim losyen kat badan sebab taknak kulit jadi kering. And untuk perlindungan kulit muka, yaya apply face oil and lip butter. Face oil mary jardin ni memang terbaik sebab dia tolong lembapkan kulit yaya dalam keadaan suhu sejuk. Suhu yang rendah boleh menyebabkan kulit muka jadi kering sebab mengurangkan kelembapan kulit muka. Lip butter plak membantu kekalkan kelembapan bibir kita. Even husband yaya pun pakai sekali sebab tak tahan bibir jadi kering. Lepas 2 3 hari baru lah bibir jadi tak kering sangat. Memang terbaik lah face oil & lip butter mary jardin.

Kalau ada yang berminat nak order boleh whatsapp yaya directly 0199253089 atau follow ig maryj.yaya. Cod area Kulim shj ok.
lip butter mary jardin

face oil mary jardin

Trippin' Jeju with Love! (part 1)


Itinerary to Jeju, Korea | 8 hari 7 malam

Day 1 | 7 Januari 2019 | Isnin

Tiba di Jeju Airport International dalam pukul 3 pm lebih. Terus grab luggage pegi sewa wifi. Kami sewa wifi kat airport je senang. Sebab duduk lama lebih kurang seminggu so kami amek yang sewa wifi portable. Sehari 3,300 won.


Then kami menuju ke stesen bas shuffle untuk pergi ke tempat sewa kereta. Memang mudah nak follow instruction kat sini sebab dah ade orang tunjuk cara pegi sana. Kami sewa dengan kereta sewa jeju (Instagram: keretasewajeju). So, diorang memang dah prepare semua untuk kita so that senang nak berurusan dengan orang sana, just amek terus kereta sebab dah bayar siap2 sewa kereta mase kat Malaysia.
kitorang naik bas shuffle kat airport

kereta sewa kami; Kia Morning


Sejam pertama tu memang kekok sikit nak drive. Sebab imagine that everything dekat jalan raya sana semuanya terbalik dengan Malaysia. Signboard, laluan jalan raya, laluan pejalan kaki ke memang terbalik opposite terus lah senang cite. Tapi once dah biasa bawak auto lagi senang nak cepat pickup. Yang penting kena set minda kita yang kita tengah drive kat Korea belah kiri kena laju belah kanan kena bawak slow sikit. Dia punya had laju memang bersepah gak la. Boleh kira peraturan diorang agak strict sebab tanak ada gangguan lalu lintas langsung. Paling kena ingat tiap kali duduk kat belah lampu isyarat tu always kena bagi laluan masuk kanan sebab kalau tak nasib lah asyik kena hon ngan teksi tak pun bas diorang.


So hari pertama tu memang tak banyak jalan sebab sampai pun dah petang memang kitorang aim terus drive check in hotel. First day kitorang stay kat Seogwipo dulu, Oceantree House. Best hotel ni sebab ada cukup lengkap kemudahan sekali ngan dapur so kitorang boleh masak sendiri. Takyah share dapur ngan orang lain dah. Everything dah ada dalam bilik sendiri je.

Day 2 | 8 Januari 2019 | Selasa
Hari kedua, kami dah start keluar jalan-jalan pegi Jeju Folk Village. Sebelum tu, kami ada isi minyak dulu. Kat sini jangan risau sebab ada pekerja stesen minyak yang paham English kita just gitau je cakap nak isi full. Tapi kalau tak paham English, bahasa korea full tu maksudnya “kadeuk”. 

Kat sini view dia memang cukup2 cantik. Waktu kitorang datang maybe awal sikit so memang takde orang. Me and my husband je. Tapi kami memang agak teruja sebab ada banyak scenery cantik2 kat sini. Commonly, Pulau Jeju ni memang famous dengan replika patung bentuk orang kalau korang perasan ada banyak patung batu kat sini. So kira memang trademark diorang la kalau datang sini.







Day 3 | 9 Januari 2019 | Rabu
Hari ketiga, pegi jalan-jalan kat Innisfree. Kat sini ade jeju tea farm. Dia punya ladang teh hijau memng sebijik macam ladang teh Cameron highland. Bezanya kat sini suhu dia lagi sejuk lah. Nak duduk lama-lama kat luar tu memang tak sanggup. Yang best korang boleh try rasa dia punya aiskrim green tea memang sedap!




Lepas tu, kami jalan-jalan kat Camellia Hill. Kat sini famous sebab dia punya taman bunga dia cantik. So boleh amek gambar banyak2 la kat sini kalau sape suka bunga kan. Then petang tu kitorang pegi Cheonjiyeon Falls & Jeongbang Falls. Kat sini ada banyak air terjun cantik. Cheonjiyeon Falls tu agak ke dalam sikit. Jeongbang falls plak dekat ngan pantai yang ade banyak batu2. So kalau nak datang sini kena hati2 la sikit sebab takut jatuh.


Kat Jeongbang Falls

Jeju Tea Farm

Innisfree Jeju House

Camellia Hill


Day 4 | 10 Januari 2019 | Khamis
Esoknya, kami pegi Teddy Bear Museum. Kat sini korang boleh tengok ada macam2 jenis bear. Dari sekecil2 tapak tangan sampai lah gergasi teddy bear pun ada. Teddy bear Museum ni dekat2 je dengan Ripleys museum dengan Yellow café. So kitorang just park kereta jalan kaki je. Kpop museum pun dekat sini jugak tapi yaya tak masuk sebab tak minat sangat GD. Jangan marah ye kpoppers haha..
Teddy Bear Museum

Yellow Cafe




Kami ade lunch dekat satu kedai india muslim ni kat Seogwipo, Yatri Indian Cuisine. Pekerja dia memang nice siap bagitau kalau nak makan daging ayam semua import dari Australia sebab daging kat korea takde yang halal punya. So kalau nak cari kedai halal boleh la try makan kat sini at least boleh rasa makan nasi kuah kari kan.

Yatri Indian Cuisine


**done part 1, lepas ni sambung entri part 2 plak. TQ for reading!