Itinerary to Jeju, Korea | 8 hari 7 malam
Day 1 | 7 Januari 2019 | Isnin
Tiba di Jeju Airport International dalam pukul 3 pm
lebih. Terus grab luggage pegi sewa wifi. Kami sewa wifi kat airport je senang.
Sebab duduk lama lebih kurang seminggu so kami amek yang sewa wifi portable. Sehari
3,300 won.
Then kami menuju ke stesen bas shuffle untuk pergi ke
tempat sewa kereta. Memang mudah nak follow instruction kat sini sebab dah ade
orang tunjuk cara pegi sana. Kami sewa dengan kereta sewa jeju (Instagram: keretasewajeju).
So, diorang memang dah prepare semua untuk kita so that senang nak berurusan
dengan orang sana, just amek terus kereta sebab dah bayar siap2 sewa kereta
mase kat Malaysia.
kitorang naik bas shuffle kat airport
kereta sewa kami; Kia Morning
Sejam pertama tu memang kekok sikit nak drive. Sebab imagine
that everything dekat jalan raya sana semuanya terbalik dengan Malaysia.
Signboard, laluan jalan raya, laluan pejalan kaki ke memang terbalik opposite
terus lah senang cite. Tapi once dah biasa bawak auto lagi senang nak cepat
pickup. Yang penting kena set minda kita yang kita tengah drive kat Korea belah
kiri kena laju belah kanan kena bawak slow sikit. Dia punya had laju memang
bersepah gak la. Boleh kira peraturan diorang agak strict sebab tanak ada
gangguan lalu lintas langsung. Paling kena ingat tiap kali duduk kat belah lampu
isyarat tu always kena bagi laluan masuk kanan sebab kalau tak nasib lah asyik
kena hon ngan teksi tak pun bas diorang.
So hari pertama tu memang tak banyak jalan sebab
sampai pun dah petang memang kitorang aim terus drive check in hotel. First day
kitorang stay kat Seogwipo dulu, Oceantree House. Best hotel ni sebab ada cukup
lengkap kemudahan sekali ngan dapur so kitorang boleh masak sendiri. Takyah share
dapur ngan orang lain dah. Everything dah ada dalam bilik sendiri je.
Day 2 | 8 Januari 2019 | Selasa
Hari kedua, kami dah start keluar jalan-jalan pegi Jeju
Folk Village. Sebelum tu, kami ada isi minyak dulu. Kat sini jangan risau sebab
ada pekerja stesen minyak yang paham English kita just gitau je cakap nak isi
full. Tapi kalau tak paham English, bahasa korea full tu maksudnya “kadeuk”.
Kat sini view dia memang cukup2 cantik. Waktu kitorang datang maybe awal sikit so memang takde orang. Me and my husband je. Tapi kami memang agak teruja sebab ada banyak scenery cantik2 kat sini. Commonly, Pulau Jeju ni memang famous dengan replika patung bentuk orang kalau korang perasan ada banyak patung batu kat sini. So kira memang trademark diorang la kalau datang sini.
Kat sini view dia memang cukup2 cantik. Waktu kitorang datang maybe awal sikit so memang takde orang. Me and my husband je. Tapi kami memang agak teruja sebab ada banyak scenery cantik2 kat sini. Commonly, Pulau Jeju ni memang famous dengan replika patung bentuk orang kalau korang perasan ada banyak patung batu kat sini. So kira memang trademark diorang la kalau datang sini.
Day 3 | 9 Januari 2019 | Rabu
Hari ketiga, pegi jalan-jalan kat Innisfree. Kat sini
ade jeju tea farm. Dia punya ladang teh hijau memng sebijik macam ladang teh Cameron
highland. Bezanya kat sini suhu dia lagi sejuk lah. Nak duduk lama-lama kat
luar tu memang tak sanggup. Yang best korang boleh try rasa dia punya aiskrim
green tea memang sedap!
Lepas tu, kami jalan-jalan kat Camellia Hill. Kat sini
famous sebab dia punya taman bunga dia cantik. So boleh amek gambar banyak2 la
kat sini kalau sape suka bunga kan. Then petang tu kitorang pegi Cheonjiyeon
Falls & Jeongbang Falls. Kat sini ada banyak air terjun cantik. Cheonjiyeon
Falls tu agak ke dalam sikit. Jeongbang falls plak dekat ngan pantai yang ade
banyak batu2. So kalau nak datang sini kena hati2 la sikit sebab takut jatuh.
Kat Jeongbang Falls
Jeju Tea Farm
Innisfree Jeju House
Camellia Hill
Day 4 | 10 Januari 2019 | Khamis
Esoknya, kami pegi Teddy Bear Museum. Kat sini korang
boleh tengok ada macam2 jenis bear. Dari sekecil2 tapak tangan sampai lah
gergasi teddy bear pun ada. Teddy bear Museum ni dekat2 je dengan Ripleys
museum dengan Yellow café. So kitorang just park kereta jalan kaki je. Kpop
museum pun dekat sini jugak tapi yaya tak masuk sebab tak minat sangat GD. Jangan
marah ye kpoppers haha..
Teddy Bear Museum
Yellow Cafe
Kami ade lunch dekat satu kedai india muslim ni kat
Seogwipo, Yatri Indian Cuisine. Pekerja dia memang nice siap bagitau kalau nak
makan daging ayam semua import dari Australia sebab daging kat korea takde yang
halal punya. So kalau nak cari kedai halal boleh la try makan kat sini at least
boleh rasa makan nasi kuah kari kan.
**done part 1, lepas ni sambung entri part 2 plak. TQ for reading!















No comments:
Post a Comment