Sunday, 16 February 2020

Majlis Pelancaran New Peony Bouquet Skincare


Baru-baru ini, Founder kepada produk Mary Jardin baru sahaja selesai mengadakan majlis pelancaran produk terbaru Mary Jardin iaitu, Peony Bouquet Set Skincare. Set Skincare yang dihasilkan oleh air tangan formula Dr. Maryam sendiri lebih menfokuskan kepada golongan yang berusia atau lebih dewasa bagi menangani masalah anti-aging atau penuaan.

Set Skincare Peony Bouquet memang sesuai untuk orang yang inginkan sentiasa nampak lebih segar dan fresh walaupun sudah menginjak usia tua. Ianya juga untuk mengembalikan keyakinan wanita yang sentiasa dibayangi wajah tua atau ingin kembali muda.

Majlis tersebut telah diadakan di HQ Mary Jardin, Star Avenue Mall pada 15hb Februari yang lalu.
Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh wakil dari Guardian sempena untuk memperkenalkan produk terbaru Mary Jardin di kedai-kedai Guardian. Jadi, peminat-peminat setia Mary Jardin juga boleh mengunjungi kedai-kedai Guardian yang terdekat untuk dapatkan set skincare Peony.

Bukan itu sahaja, Dr. Maryam Aziz juga telah menjemput tetamu jemputan artis atau pelakon terkenal iaitu Yatt Hamzah. Selain itu, instafamous seperti Kak Migha yang dikenali dalam media sosial Instagram (@nuramirah11) juga hadir bersama dengan lain-lain influencer untuk memeriahkan lagi majlis pada hari itu.

Aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah seperti cabutan hadiah bertuah, free gift dan juga sesi mengambil gambar bersama Dr. Maryam selaku founder produk, artis dan juga instafamous-instafamous yang lain.

Namun begitu, Peony Bouquet skincare juga relevan untuk remaja yang mula ingin menjaga kecantikan wajah dari usia muda lagi. Harga Peony Bouquet Set Skincare yang bermula RM150 mengandungi 4 item; facial cleanser, face soap, sunscreen herbal dan juga serum.

Jangan lupa untuk dapatkan skincare yang terbaru dari Mary Jardin bukan sahaja di Guardian tapi juga melalui ejen-ejen terdekat yang sah.

Boleh juga contact sis Yaya di whatsapp 019-9253089 untuk lebih detail tentang produk baru peony bouquet.
Instagram: maryj.yaya
Facebook page: Mary J Yaya












No comments:

Post a Comment