Saturday, 30 April 2011

jauh lagi ?

berlari sudah
berjalan sudah
berjogging sudah
merangkak pun sudah
tapi masih lagi jauh
sampai bila tak tahu la

tak ada jalan shortcut ke ?

penat sudahh.
dah start rasa bosan dengan kehidupan sekarang.

I need someone to cheer me up.
Seriously. =.=' 

Wednesday, 27 April 2011

Selamat Tinggal

masih ada rasa sayang dan rindu rupanya
kira nya bukan waktu nya lagi nak ucapkan
selamat tinggal.

Terima kasih !

Hati berbunga-bunga
teringat memori dulu datang balik :)

Setiap orang perlukan peluang kedua kan ?

Tuesday, 26 April 2011

SuperHuman

tak payah nak berlagak
tak payah nak besar kepala
tuhan dah bagi besar tu je kepala 
besar tu je la kau dapat
kau nak lebih-lebih lagi buat apa ?
tak pandai nak bersyukur ke ?
tamak sangat. hurm.

terima kasih banyak-banyak
sebab buat hati rasa lega
agak lega la sedikit
berbanding sebelum-sebelum ni.

dalam keadaan serabut macam ini
masih ada orang kisah pasal aku
padahal diri aku ni tak la sehebat yang disangka
manusia biasa
macam biasa
tak ada yang luar biasa pun.
Alhamdulillah.

thanks my SuperHuman. :)

Saturday, 23 April 2011

Zack


teman sementara 
buat penghilang rindu. :)

kawan nak bagi nama Jack
sebab mata buta sebelah
sial
macam lanun pulak.


tapi aku suka nama Zack.


Friday, 22 April 2011

hai awak

awak la En Bosan
sila bosan kan hidup saya lagi boleh ?
cukup letih bermain dengan perasaan sendiri
bila semua ini akan habis ?

hati remuk sangat-sangat
 noktah.

awan nano

lihat ke arah sana
serakan warna
dan berarakan awan
pabila terik panas
segera hadirnya memayungi diri
pabila kau dahaga
sesegera turun hujan
melimpahkan kasihnya
pabila kau katakan
akulah awan itu yang kau mahu

begitulah awan nano
setia melindungi diri
tika panas cuba menggores pipi dan bibirmu

begitulah awan nano
sering saja tak terduga hadir
dan tak akan tercapai jejarimu
kasihnya kasih tiada banding
setia tiada tara
bagaimanapun jua

awan kekasih sebenarmu sayang
walaupun tak tercapai jejarimu

lihat diriku ini
yang sesekali pernah kau bagaikan awan
sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari dulu
sehingga tak mungkin termampu saksi
setitis pun air matamu kasihku
sehingga kau katakan
akulah awan itu yang kau rindu

akulah awan mu yang sedia
melindungi dirimu
tika panas cuba menggores pipi
dan bibirmu

akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu
walau tak tercapai jejarimu

Thursday, 21 April 2011

kenapa dengan dia ?

habis lipat sejadah, aku terus duduk atas katil. berfikir sejenak. tuan punya badan lena lagi tidur. sikit pun tak terjaga dengan laungan azan yang datang dari surau, tak jauh pun. aku fikir mungkin dia uzur atau mungkin dia terlupa atau tak sedar? perasaan aku mengatakan hampir sebulan tak pernah nampak dia sentuh sejadah mahupun air wuduk. kenapa dengan dia?

atau aku ada salah kiraan, bahawa dia tidak sama seperti orang lain dalam bilik aku. perwatakannya persis budak dari oversea yang pulang dengan rambut warna perang. tiada agama? tak mungkin. baru semalam aku terdengar dia menyebut nama al-Quran siap dengan nama surah lagi tapi kenapa sedikit pun tak pernah nampak dia membacanya ayat-ayat Nya? pengetahuan agama belum cukup? tapi kalau ditanya sekali pun, budak umur 5 tahun pun boleh jawab macam dia. so kenapa tak tunaikan perintah Allah sekarang?

tak sanggup atau apa sebenarnya?

Wednesday, 20 April 2011

hati siapa tak

rindu itu pasti
sayang tak boleh nak nafi
sakit hati ?

dah memang lumrah
siapa tak sakit hati
kalau hak sendiri kena rampas
perampas dan dirampas
mungkin dua-dua salah
mungkin dua-dua betul

tapi hati
selalu cakap jujur
tak pernah tipu
dan sahabat yang paling jujur itulah hati
jadi dengarlah kata hati sendiri
jangan sampai lupa diri
boleh ?

perang besar

fajar ni
aku cuba bangun dengan gagah
even dengan kepala yang berat
sebab penuh dengan anasir-anasir kejam
so aku bersihkan jiwa raga aku
sebelum mula untuk perang

minta dengan tuhan
serendah-rendah diri aku
sehina-hina aku
Ya Allah
aku tahu Engkau sentiasa di sisi hambu-Mu yang teraniaya
jadi berilah sedikit dari kekuatan-Mu itu
untuk aku bersiap sedia
mula perang

dan perang itu takkan habis 
selagi dunia belum kiamat
hidup takkan berhenti
selagi jiwa belum mati
dan tulisan aku takkan hilang
selagi minat yang mendalam

aku ke tu ?

penakut

satu perasaan yang sangat takut
siapa-siapa pun tak boleh lari dari perasaan takut
sebab memang sifat manusia pun
tak dinafikan
sama seperti tuan punya blog ni
sebab aku memang seorang penakut

sebab terlalu takut
aku cuba buang kenangan lalu
sebab kenangan lalu sangat-sangat
menakutkan aku
untuk teruskan kehidupan ini

so nak elak dari penakut
lahirlah satu lagi kisah baru
insan baru
semangat baru
dan juga
tulisan aku yang baru
yang pasti
aku bukan lagi budak-budak .

tak perlu jadi penakut macam budak-budak .
sebab hidup ini sangat celaka
so kita perlu tempuh dengan cara dewasa
bukan lagi budak-budak
dan semestinya..

hidup ini memang celaka bukan ?