Thursday, 21 April 2011

kenapa dengan dia ?

habis lipat sejadah, aku terus duduk atas katil. berfikir sejenak. tuan punya badan lena lagi tidur. sikit pun tak terjaga dengan laungan azan yang datang dari surau, tak jauh pun. aku fikir mungkin dia uzur atau mungkin dia terlupa atau tak sedar? perasaan aku mengatakan hampir sebulan tak pernah nampak dia sentuh sejadah mahupun air wuduk. kenapa dengan dia?

atau aku ada salah kiraan, bahawa dia tidak sama seperti orang lain dalam bilik aku. perwatakannya persis budak dari oversea yang pulang dengan rambut warna perang. tiada agama? tak mungkin. baru semalam aku terdengar dia menyebut nama al-Quran siap dengan nama surah lagi tapi kenapa sedikit pun tak pernah nampak dia membacanya ayat-ayat Nya? pengetahuan agama belum cukup? tapi kalau ditanya sekali pun, budak umur 5 tahun pun boleh jawab macam dia. so kenapa tak tunaikan perintah Allah sekarang?

tak sanggup atau apa sebenarnya?

No comments:

Post a Comment