Friday, 22 April 2011

awan nano

lihat ke arah sana
serakan warna
dan berarakan awan
pabila terik panas
segera hadirnya memayungi diri
pabila kau dahaga
sesegera turun hujan
melimpahkan kasihnya
pabila kau katakan
akulah awan itu yang kau mahu

begitulah awan nano
setia melindungi diri
tika panas cuba menggores pipi dan bibirmu

begitulah awan nano
sering saja tak terduga hadir
dan tak akan tercapai jejarimu
kasihnya kasih tiada banding
setia tiada tara
bagaimanapun jua

awan kekasih sebenarmu sayang
walaupun tak tercapai jejarimu

lihat diriku ini
yang sesekali pernah kau bagaikan awan
sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari dulu
sehingga tak mungkin termampu saksi
setitis pun air matamu kasihku
sehingga kau katakan
akulah awan itu yang kau rindu

akulah awan mu yang sedia
melindungi dirimu
tika panas cuba menggores pipi
dan bibirmu

akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu
walau tak tercapai jejarimu

No comments:

Post a Comment