Wednesday, 29 June 2011

pijak-memijak

ok. stop dulu pasal story aku kat bawah. sedang memerah idea untuk sambungan seterusnya. =.='

pijak-memijak
bukan pijak kaki
bukan pijak tangan 
sama sekali bukan pijak kepala
al-kisahnya pijak hati.
haihhh *mengeluh...

memang tak pernah serik kan
orang kalau dah sayang
hati kena pijak banyak kali pun tak kisah dah
hati dah cukup hancur pun tak kisah kalau kena pijak lagi
asalkan orang yang pijak tu orang yang dia sayang
betul tak?
tak betul pun betulkan jugak.

cause i bet everybody had this feeling too
even if doesn't gone through this feeling yet
but they will feel it whatever it happens,
trust me.

agak kurang cerdik bila biarkan hati kita sendiri kena pijak kan?

hah, akulah salah seorang dari si bodoh kurang cerdik tu... =.='

Sunday, 19 June 2011

Part 4.

Syafiq melihat telefon bimbit blackberry nya dengan hampa. Kecewa dia mendengar jawapan dari suara Nina tadi.

'Maaflah Fiq, Farah tak sihat. Dia kata dia tak nak bercakap dengan sesiapa pun buat masa sekarang ni. Tunggu dia sihat dulu ok? Bye!'

Dia melepaskan keluhan dengan perlahan. Fikirannya tak habis-habis melayang memikirkan Farah. Gadis manis itu benar-benar memikat hatinya sejak pertama kali bertemu. Sudah dua tahun berkenalan tapi belum pernah dia ketahui sama ada Farah sudah berpunya atau belum. Melihatkan perlakuan Farah yang sentiasa jujur dan baik hati, benar-benar membuatkan dirinya jatuh hati. Tambah pula wajah Farah yang sentiasa tersenyum manis dan agak natural, tidak perlu bermekap tebal pun sudah cantik dipandang. Jadi, tak hairanlah jika ramai sudah jejaka yang ingin mencuba nasib namun seorang pun tak pernah dilayan gadis tersebut. Dia tahu Farah juga tidak pernah menganggap dirinya lebih dari teman biasa namun timbul juga sedikit cemburu dalam hati Syafiq apabila ada jejaka-jejaka lain yang ingin cuba-cuba memikat gadis tersebut.

Fail-fail yang bertaburan di atas meja sudah tidak dipedulikan lagi. Air nescafe yang berada tidak jauh dari situ hanya dijamah sekejap. Syafiq hanya bersandar di kerusi besarnya dengan tangan menyilang ke belakang sambil mengelamun. Lamunannya betul-betul sudah jauh terbang dari realiti sebenar.

'Dr.. Dr. Syafiq.. ada seorang patient sedang menunggu doktor di wad no. 201. Katanya perlukan bantuan doktor sekarang!' Seorang jururawat yang sedang bertugas memberitahu Syafiq dari celah pintu biliknya.

'Baik, saya datang!' Dengan segera Syafiq bergegas ke wad tersebut. Kepalanya masih belum berhenti memikirkan Farah, gadis kesayangannya. Tak, aku harus berjumpa Farah hari ini jugak! Hatinya belum tenteram.

*********************

'Alhamdulillah, awak boleh balik hari ini. Nampaknya keadaan awak semakin pulih.' Doktor tersebut berkata sambil tersenyum. Kata-kata dari Dr. Suhaimi membuatkan hati Irfan merasa lega. Akhirnya! Wajahnya tersenyum riang.

Irfan dijemput keluarganya pulang ke rumah di Terengganu. Dalam perjalanan pulang, fikirannya terimbas kembali bagaimana dirinya boleh terlibat dalam kemalangan yang tak disangka-sangka. Dia tahu dia memandu dalam keadaan bahaya ketika itu. Jiwanya sedang remuk saat ditinggalkan Fatin. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja bayangan Farah muncul di hadapan kereta Irfan dengan tak semena-mena. Betapa tegangnya perasaan Irfan saat itu sehingga mengakibatkan keretanya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang lampu sebelah jalan raya. Waktu di dalam van kecemasan, fikirannya langsung memikirkan Farah dan terus menyebut nama Farah berulang kali hingga dia pengsan.

'Kau mengelamun ke mana tu Fan? Dari tadi kakak tengok senyap je. Ada masalah ke?' Suara kakaknya, Shuhada, membawa lari lamunan Irfan dengan tiba-tiba. Sekejap sahaja Irfan berada dalam alam realiti kembali.

'Tak ada apa-apa lah kak..' Irfan menjawab perlahan. Dia segera masuk ke dalam rumah setibanya di hadapan pintu. Dia belum bersedia lagi untuk menceritakan perihalnya bertemu dengan Farah terhadap kakaknya. Sebaiknya dia diamkan sahaja. Shuhada masih lagi tertanya-tanya. Bingung dengan adiknya.







bersambung plak.. aku rasa cam tade idea da neh.. =.='

Thursday, 16 June 2011

Part 3.

'Hari ini Farah tak masuk kerja lagi?'

'Ya, encik. Saya minta maaf. Cik Farah ada minta mc untuk dua minggu. Dia tak sihat agaknya.'

'Em takpe lah. Terima kasih.' Ucap Syafiq lalu berlalu pergi dari kaunter di situ. Hatinya tertanya-tanya ke mana perginya si gadis tersebut. Sudah lama dia menyimpan rasa sayang terhadap Farah cuma belum diluahkan lagi. Dia takut kalau-kalau cintanya bertepuk sebelah tangan.

Farah.. Farah.. mana pula dia menghilang ini. Dah seminggu tak nampak tuan punya badan. Risau juga. Hati kecil Syafiq bertanya. Sudah banyak kali dia cuba menghubungi Farah tapi tak terjawab. Mesej pesanan ringkas juga tak terbalas. Takut juga dia kalau berlaku perkara yang tak diingini terhadap cinta hatinya. Tapi dalam hatinya dia cuma mampu berdoa.

***********************

Telefon rumah berbunyi dengan nyaring. Suara Nina yang memekik dari tingkat bawah tak dihiraukan. Farah tetap berkelubung di dalam selimut sambil menutup telinga. Malas nak melayan.

'Farah oo Farah! Kau ni kenapa? Dari tadi Syafiq telefon kau, kenapa kau tak angkat?!'

Senyap.

'Aku dah tak larat lah nak layan telefon rumah ni berbunyi dari tadi. Sakit telinga aku ni tau! Aku tau mesti Syafiq yang call dari tadi kan?'

'Alahh.. kau jawab la apa-apa pun. Aku takde mood lah nak layan dia...'
Kedengaran suara Farah sayup-sayup dari bilik tidurnya.

'Yela.. yela..' Nina menjawab dengan malas.

Seketika kemudian, kedengaran bunyi tombol pintu. Nina masuk dan terus duduk di sebelah katil Farah.

'Kau ni kenapa? Tak sihat? Nak kata demam elok je aku tengok kau makan nasi tadi.'

'Em aku pening sikit je. Takde apa-apa lah. Jangan risau.'

'Ni mesti kes Irfan kan? Aku tau lah kau still tak boleh nak lupakan dia kan. Kalau tak takkan kau sampai jadi macam ni.. tak bermaya je aku tengok.. dah seminggu pulak tu kau tak pergi kerja. Bos kau tak marah?'

'Aku dah mintak mc dua minggu cakap tak sihat. Nanti aku pergilah kerja. Aduii.'

'Kau tak nak story kat aku ke macam mana kau jumpa Irfan hari tu? Kalau kau tak sedia lagi nak story, takpe lah. Just asking. Manalah tau kawan baik kau ni boleh tolong ke..' ujar Nina sambil tersengih-sengih.

'Entahlah Nina. Pening sangat kepala aku sekarang ni. Aku rasa macam tak nak fikir apa-apa pun sekarang. Nantilah kalau aku dah ada mood aku story kat kau ok?'

'Suka hati kaulah. Tapi kalau ada apa-apa hal panggil je aku kat bawah ok darl? Aku keluar dulu nak layan drama kesayangan aku, Nora Elena. He.. He..' Sambil berlalu sempat lagi Nina mengenyitkan mata ke arah Farah. Farah hanya tersenyum hambar melihat gelagat kawan baiknya itu.

Nina yang dikenalinya sejak melanjutkan pengajian di universiti. Mereka menjadi rapat kerana memiliki perangai yang agak sama. Ke mana sahaja mereka pergi pasti berdua. Kebetulan pula mereka mendapat tempat kerja yang agak dekat. Jadinya, mereka berdua bercadang untuk tinggal serumah.

Farah mengerling telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek bersebelahan katil. Sudah banyak kali mesej-mesej Syafiq masuk namun satu pun tak dibalas. Dia tahu pasti Syafiq sedang bimbangkan tentang dirinya sekarang. Tapi saat ini dia benar-benar butuh untuk sendirian. Kepala dia terasa begitu sesak dengan wajah Irfan sekarang. Wajah yang pernah digilai dan dicintai suatu ketika dulu. Dan dia benar-benar bingung. Apakah dia harus menerima Irfan kembali?

'Farah! Farah! Kau nak tahu cerita tak?!'

'Apa dia Nina? Kau ni cuba bawa bertenang. Dah macam orang baru lepas kena kejar anjing!' Farah tertawa kecil.

'Itulah bekas pakwe kau. Irfan baru je putus tunang dengan Fatin. Dengar kata.. Fatin dah ada orang lain..' Jawab Nina tersekat-sekat. Semputnya belum hilang lagi waktu nak mengejar Farah.

Farah terdiam sejenak. 

'Jadi?'

'Ahh.. kau ni buat-buat tanya pulak. Kau tak nak rebut Irfan kau balik??'
Sengaja Nina menekankan suaranya ketika menyebut nama Irfan.

'Buat apa? Dah takde maknalah. Antara aku dengan dia dah lama takde apa-apa dah. Malaslah aku nak ingat dia balik.'

Farah cepat-cepat berlalu. Walaupun mulutnya sentiasa menidakkan kata-kata Nina tapi hatinya tidak. Memang betul, dia tidak mampu nak berbohong seandainya dikatakan cintanya untuk Irfan masih ada lagi. Dia mengaku amat payah untuk dirinya lari dari bayangan Irfan. 

'Aduhh.. apa aku nak buat sekarang ha? Kenapa la kau mesti muncul saat-saat ni. Aku dah tak larat tanggung perasaan macam ni dah..' Keluh Farah perlahan.


bersambung seperti biasa..



Wednesday, 15 June 2011

Part 2.

'Em awak? Saya balik dulu ok? Dah lewat ni.' Tiba-tiba Farah bersuara.

'Ok. Terima kasih sebab temankan saya petang ni. Saya rasa lega sangat lepas dapat jumpa awak. Terima kasih banyak-banyak!'

'Em takpe. Tu perkara kecil je.' Farah cepat-cepat berlalu pulang.

Perkara kecil je? Kalaulah Farah tahu betapa gembiranya hati aku ni bila dapat tengok wajah dia tadi. Hati Irfan berkata-kata sendiri. Rasa bersyukurnya hanya tuhan saja yang tahu.


Dalam perjalanan pulang, Farah tak habis-habis menyumpah dirinya sendiri. Dia benar-benar tak tahu apa yang harus diperkatakan saat berada di hadapan Irfan. Gembira? Sedih? Kecewa? Marah? Semuanya bercampur-baur. Perasaannya tidak begitu tenang ketika memandu. Dia cuba untuk beristighfar banyak-banyak supaya tidak hilang fokus memandu.

Kenangan lama datang menerjah. Satu-persatu datang dalam keadaan mendadak. Kenangan lamanya dengan Irfan betul-betul menyesak dadanya kembali. Fikir Farah, 5 tahun sudah cukup untuk melupakan Irfan. Tapi hakikatnya hati Farah benar-benar tidak mampu untuk menidakkan cintanya terhadap Irfan. Terlalu mendalam!

Dia tahu hati Irfan bukan miliknya. Jadi dia memutuskan untuk tidak berhubung dengan Irfan lagi saat Irfan mengaku ada cinta lain yang tumbuh di dalam hati Irfan. Hancur luluh perasaan Farah apabila mengetahui tentang perempuan lain dalam hidup Irfan. Dari saat itu, dia berjanji tidak akan lagi menemui dan menghubungi Irfan lagi. Sakit rindu dia terhadap Irfan, dia terpaksa menanggung sendiri. Walaupun ada insan lain yang cuba untuk mengubatinya namun dia tak sanggup lagi terima. Dia rela hidup sendiri dengan angan-angan cintanya dengan Irfan. Farah tahu lama-lama dia harus melupakan Irfan juga kerana Irfan sudah tidak bersamanya lagi. Hanya masa sahaja yang boleh menyembuhkan perasaannya itu.

Dan kini setelah 5 tahun, Irfan datang lagi dalam hidupnya. Betapa dia benar-benar tidak menyangka. Jatuh bangun dia, usaha dia untuk hidup sendiri tanpa Irfan seperti tidak berbaloi bila sekali lagi hati Farah jatuh sayang lagi dengan Irfan. Melihat Irfan seperti baru semalam dia memutuskan hubungan dengan Irfan.

'Irfan.. Irfan.. Kau nak apa lagi dari aku ha? Tak cukup lagi kau dah sakitkan hati aku 5 tahun dulu?!'
Pinnn!! Bunyi hon dari Persona merah belakang mengejutkan Farah dari lamunan panjang. Cepat-cepat dia menukar gear D setelah melihat lampu isyarat sudah bertukar warna hijau!

*************************

'Abang lupakan je lah Fatin. Fatin dah ada orang lain yang lebih sayangkan Fatin dari abang. Kita putus!'

Bagai nak tersentap jantung Irfan waktu Fatin berkata begitu. Dia benar-benar kecewa dengan Fatin. Fatin yang dicintainya dahulu selepas Farah. Betapa dia sayangkan Fatin hingga sanggup meninggalkan Farah, cinta hatinya yang pertama yang pernah terjalin selama 4 tahun. Fatin yang dikenali hanya tak sampai setahun, secara mudahnya merenggut cinta Farah dari Irfan. Irfan sendiri tak tahu macam mana hatinya boleh terpaut dengan wajah cantik si Fatin sehingga sanggup menduakan Farah. Dia tahu caranya salah tapi dia tetap teruskan juga. Sehinggalah Farah dapat ketahuinya dengan mata kepalanya sendiri.

Suara tangisan Farah juga dia sudah tidak peduli. Rayu pujuk Farah bagai sudah tidak termakan lagi. Dia rasa hubungannya dengan Farah takkan bertahan lama. Ya, dia tahu banyak sudah pertelingkahan antara dia dengan Farah tapi kebanyakannya Farah juga yang cepat mengalah. Dia tahu Farah sangat mencintai dirinya sehingga sanggup mendengar apa sahaja yang keluar dari mulutnya. Farah juga yang sabar dan sentiasa menyokongnya walau apa pun berlaku. Sungguh dia sayang Farah tapi dalam waktu yang sama dia tidak sanggup untuk kehilangan Fatin yang digilai ramai lelaki. 

Akhirnya Farah juga yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Irfan. Dia tak sanggup menerima cinta tiga segi dari Irfan.

'Farah doakan abang sentiasa bahagia dalam hidup. Jagalah Fatin sebagaimana abang pernah jaga Farah dulu. Terima kasih untuk segalanya selama ini. Farah tetap sayang abang sampai bila-bila..'

Kata-kata terakhir dari Farah masih tersemat dalam hatinya. Dia sendiri tidak menyangka hubungan yang terbina selama 4tahun terputus jua. Padahal masing-masing sudah berjanji untuk mengikat tali pertunangan setelah habis belajar. Tapi disebabkan terlalu banyak halangan. Irfan jadi letih dan bosan. Saat itu dia mengenali Fatin dan merasakan Fatinlah yang terbaik buat dirinya.

'Ahh.. kenangan lalu buat hati aku makin sakit je. Fatin yang aku puja-puja dulu dah pergi. Sekarang mampu ke aku untuk mengambil hati Farah kembali? Kenapalah mesti kau Farah. Kau saja yang boleh tenangkan hati aku sekarang. Aku betul-betul tak tahu nak mengadu dengan siapa lagi dah. Menyesalnya aku!'

Hati Irfan menangis lagi.


bersambung lee...

Part 1.

Sedang Irfan cuba menggagahkan diri untuk bangun, tiba-tiba satu tangan hinggap di lengannya yang sasa. Cuba untuk membantunya bangun dari kerusi roda tersebut. Terasa seperti waktu terhenti seketika saat dia melihat wajah yang telah membantunya, Farah. Ya, Farah! 

Farah yang suatu ketika dulu pernah bertakhta di hatinya. Farah yang pernah menceriakan hidupnya dahulu. Dan Farah juga insan yang pernah disakitinya saat dulu. Betapa terharunya Irfan apabila melihat wajah Farah tersenyum di hadapannya setelah dia duduk di atas kerusi roda. Dia tahu banyak sangat hal-hal yang pernah dia sakiti wanita tersebut.

'Terima kasih.' sambil matanya tak lepas memandang Farah. 

Wanita tersebut hanya tersenyum. Dia tahu senyuman Farah dah tak macam dulu. Terlalu banyak kenangan pahit antara dia dan Farah saat dia menghancurkan satu-satunya harapan Farah untuk bersamanya.

'Kita borak kat taman jom?' ajak Farah.

'Em ok. Tak kisah.' Irfan tersenyum manis.

Sambil bergerak perlahan, Farah menolak kerusi roda Irfan sehingga tiba di taman. Agak ramai manusia yang sedang berehat sambil bersiar-siar di kawasan itu. Farah cuba mencari tempat yang agak aman dari kebisingan kanak-kanak bermain.

'Farah sihat?' ujar Irfan setelah Farah duduk di kerusi bangku sebelah kerusi rodanya.

'Ya, baik-baik je.' 'Irfan?'

'Macam ni lah saya kat sini. Takde perubahan pun. Tak tahu lah bila saya dapat pulang dari hospital.'

'Takpe. Kalau Irfan rajin makan ubat, lama-lama ok lah tu. Dapatlah balik rumah.' Sekali lagi Farah tersenyum manis.

Sungguh Irfan merasa rindu sangat-sangat dengan senyuman manis Farah. 'Saya ingat saya tak dapat jumpa awak dah. Rindu sangat nak tengok awak.'

Farah diam. Dia teringat dua minggu lepas saat dia mendapat berita tentang Irfan. Terkejut. Dia benar-benar tak menyangka Irfan terlibat dalam kemalangan dan cuba untuk berjumpanya walaupun ketika itu dia dalam wad kecemasan. Mendengar cerita dari sahabat baiknya, Nina, dia rasa seperti tak percaya. Dalam keadaan parah Irfan masih sempat lagi menyebut namanya berulang kali. Dia tahu dia tak sepatutnya bertemu dengan Irfan dah. Dia betul-betul tak mampu nak mengingat kembali kisah lama antara dia dan Irfan. Sakit di hati hanya tuhan saja yang tahu.

Tapi dia sedar, sejauh mana pun dia lari, kenangan lama takkan hilang jua. "Terima hakikat. Awak tak boleh dari masalah. You've got to face it whatever it happens." Entah kata-kata dari siapa tiba-tiba singgah di kepalanya saat dia dalam kebingungan. Jadi berbekalkan kekuatan dan semangat dari pengalaman pahit dulu, dia cuba gagahkan diri untuk berjumpa dengan Irfan hari itu.

'Err.. sebenarnya saya free hari ini. So, kebetulan takde kerja saya datanglah jumpa awak sekejap.'

'Awak kerja apa sekarang? Dah lama saya tak dengar cerita pasal awak kan.' Irfan cuba ajak Farah untuk berbual apabila terlalu lama tengok Farah diam.

Sekali lagi Farah terdiam. 'Err.. kerja biasa-biasa je. Jadi cikgu tadika dekat rumah saya. Hehe.'

'Oh baguslah kalau macam tu.' Irfan cuba berbasa-basi.

Suasana petang itu sungguh tenang untuk mereka berdua sehingga masing-masing terbuai dengan perasaan sendiri. Hanya riuh-rendah kanak-kanak di situ yang mengisi kesepian mereka berdua.




Bersambung plak.. hehe..

karma

sudah takdir tuhan
tak ada siapa yang boleh lawan
mungkin ini balasan untuk dosa yang lalu atau
ujian tuhan
yang penting
semangat kuat
hati kuat
jiwa kuat
insyaAllah
semuanya berjalan lancar. aminn :)
*sedang merawat jiwa.

Friday, 10 June 2011

bayang-bayang sendiri

susah memang susah 
nak cakap pun susah
nak buat lagi susah
so what's wrong actually?

of course punca nya diri sendiri
dah tak tahu nak macam mana lagi
buat itu buat ini
semua macam tak kena
rasa macam tak lengkap
terasa hidup macam tunggang-langgang

macam dalam kisah anjing dengan bayang-bayang
konon nak menang
tapi menang dengan salah
sebab terlalu tamak
kalah dengan nafsu sendiri.

haihh
susah betul nak lawan dengan bayang-bayang sendiri
bayangan diri yang satu lagi
sangat menakutkan lah!
tolong pergi jauh-jauh boleh?

p/s Hati makin lama makin pedih, jiwa pun makin sakit. =.='

Tuesday, 7 June 2011

apa itu cantik

ya, cantik itu subjektif
kalau tanya pendapat semua orang
of course majoriti nya pasti setuju
cantik itu subjektif.

bagi saya, cantik tu?
memang banyak dan terlalu luas pandangan atau definisi tentang cantik.

cantik bukanlah di luaran sahaja
tapi haruslah lengkap sekali dengan dalaman.
acece ...

dan semestinya tak semua orang boleh cantik dengan luaran dan dalaman sekaligus, bukan?

macam Mathlutfi cakapkan,
"semua orang boleh cantik dengan pakaian dan alat mekap yang ada,
tapi tak semua orang boleh cantik dengan perangai yang ada."

so for me,
cukuplah dengan cantik sedap mata memandang
cantik yang terlalu over tak seronok jugak kan?
asyik kena puji sana sini, tak takut timbul riak ke =.='

cantik dengan senyuman lagi bagus kan sayang. :)