Wednesday, 15 June 2011

Part 2.

'Em awak? Saya balik dulu ok? Dah lewat ni.' Tiba-tiba Farah bersuara.

'Ok. Terima kasih sebab temankan saya petang ni. Saya rasa lega sangat lepas dapat jumpa awak. Terima kasih banyak-banyak!'

'Em takpe. Tu perkara kecil je.' Farah cepat-cepat berlalu pulang.

Perkara kecil je? Kalaulah Farah tahu betapa gembiranya hati aku ni bila dapat tengok wajah dia tadi. Hati Irfan berkata-kata sendiri. Rasa bersyukurnya hanya tuhan saja yang tahu.


Dalam perjalanan pulang, Farah tak habis-habis menyumpah dirinya sendiri. Dia benar-benar tak tahu apa yang harus diperkatakan saat berada di hadapan Irfan. Gembira? Sedih? Kecewa? Marah? Semuanya bercampur-baur. Perasaannya tidak begitu tenang ketika memandu. Dia cuba untuk beristighfar banyak-banyak supaya tidak hilang fokus memandu.

Kenangan lama datang menerjah. Satu-persatu datang dalam keadaan mendadak. Kenangan lamanya dengan Irfan betul-betul menyesak dadanya kembali. Fikir Farah, 5 tahun sudah cukup untuk melupakan Irfan. Tapi hakikatnya hati Farah benar-benar tidak mampu untuk menidakkan cintanya terhadap Irfan. Terlalu mendalam!

Dia tahu hati Irfan bukan miliknya. Jadi dia memutuskan untuk tidak berhubung dengan Irfan lagi saat Irfan mengaku ada cinta lain yang tumbuh di dalam hati Irfan. Hancur luluh perasaan Farah apabila mengetahui tentang perempuan lain dalam hidup Irfan. Dari saat itu, dia berjanji tidak akan lagi menemui dan menghubungi Irfan lagi. Sakit rindu dia terhadap Irfan, dia terpaksa menanggung sendiri. Walaupun ada insan lain yang cuba untuk mengubatinya namun dia tak sanggup lagi terima. Dia rela hidup sendiri dengan angan-angan cintanya dengan Irfan. Farah tahu lama-lama dia harus melupakan Irfan juga kerana Irfan sudah tidak bersamanya lagi. Hanya masa sahaja yang boleh menyembuhkan perasaannya itu.

Dan kini setelah 5 tahun, Irfan datang lagi dalam hidupnya. Betapa dia benar-benar tidak menyangka. Jatuh bangun dia, usaha dia untuk hidup sendiri tanpa Irfan seperti tidak berbaloi bila sekali lagi hati Farah jatuh sayang lagi dengan Irfan. Melihat Irfan seperti baru semalam dia memutuskan hubungan dengan Irfan.

'Irfan.. Irfan.. Kau nak apa lagi dari aku ha? Tak cukup lagi kau dah sakitkan hati aku 5 tahun dulu?!'
Pinnn!! Bunyi hon dari Persona merah belakang mengejutkan Farah dari lamunan panjang. Cepat-cepat dia menukar gear D setelah melihat lampu isyarat sudah bertukar warna hijau!

*************************

'Abang lupakan je lah Fatin. Fatin dah ada orang lain yang lebih sayangkan Fatin dari abang. Kita putus!'

Bagai nak tersentap jantung Irfan waktu Fatin berkata begitu. Dia benar-benar kecewa dengan Fatin. Fatin yang dicintainya dahulu selepas Farah. Betapa dia sayangkan Fatin hingga sanggup meninggalkan Farah, cinta hatinya yang pertama yang pernah terjalin selama 4 tahun. Fatin yang dikenali hanya tak sampai setahun, secara mudahnya merenggut cinta Farah dari Irfan. Irfan sendiri tak tahu macam mana hatinya boleh terpaut dengan wajah cantik si Fatin sehingga sanggup menduakan Farah. Dia tahu caranya salah tapi dia tetap teruskan juga. Sehinggalah Farah dapat ketahuinya dengan mata kepalanya sendiri.

Suara tangisan Farah juga dia sudah tidak peduli. Rayu pujuk Farah bagai sudah tidak termakan lagi. Dia rasa hubungannya dengan Farah takkan bertahan lama. Ya, dia tahu banyak sudah pertelingkahan antara dia dengan Farah tapi kebanyakannya Farah juga yang cepat mengalah. Dia tahu Farah sangat mencintai dirinya sehingga sanggup mendengar apa sahaja yang keluar dari mulutnya. Farah juga yang sabar dan sentiasa menyokongnya walau apa pun berlaku. Sungguh dia sayang Farah tapi dalam waktu yang sama dia tidak sanggup untuk kehilangan Fatin yang digilai ramai lelaki. 

Akhirnya Farah juga yang mengambil keputusan untuk meninggalkan Irfan. Dia tak sanggup menerima cinta tiga segi dari Irfan.

'Farah doakan abang sentiasa bahagia dalam hidup. Jagalah Fatin sebagaimana abang pernah jaga Farah dulu. Terima kasih untuk segalanya selama ini. Farah tetap sayang abang sampai bila-bila..'

Kata-kata terakhir dari Farah masih tersemat dalam hatinya. Dia sendiri tidak menyangka hubungan yang terbina selama 4tahun terputus jua. Padahal masing-masing sudah berjanji untuk mengikat tali pertunangan setelah habis belajar. Tapi disebabkan terlalu banyak halangan. Irfan jadi letih dan bosan. Saat itu dia mengenali Fatin dan merasakan Fatinlah yang terbaik buat dirinya.

'Ahh.. kenangan lalu buat hati aku makin sakit je. Fatin yang aku puja-puja dulu dah pergi. Sekarang mampu ke aku untuk mengambil hati Farah kembali? Kenapalah mesti kau Farah. Kau saja yang boleh tenangkan hati aku sekarang. Aku betul-betul tak tahu nak mengadu dengan siapa lagi dah. Menyesalnya aku!'

Hati Irfan menangis lagi.


bersambung lee...

No comments:

Post a Comment