Sunday, 19 June 2011

Part 4.

Syafiq melihat telefon bimbit blackberry nya dengan hampa. Kecewa dia mendengar jawapan dari suara Nina tadi.

'Maaflah Fiq, Farah tak sihat. Dia kata dia tak nak bercakap dengan sesiapa pun buat masa sekarang ni. Tunggu dia sihat dulu ok? Bye!'

Dia melepaskan keluhan dengan perlahan. Fikirannya tak habis-habis melayang memikirkan Farah. Gadis manis itu benar-benar memikat hatinya sejak pertama kali bertemu. Sudah dua tahun berkenalan tapi belum pernah dia ketahui sama ada Farah sudah berpunya atau belum. Melihatkan perlakuan Farah yang sentiasa jujur dan baik hati, benar-benar membuatkan dirinya jatuh hati. Tambah pula wajah Farah yang sentiasa tersenyum manis dan agak natural, tidak perlu bermekap tebal pun sudah cantik dipandang. Jadi, tak hairanlah jika ramai sudah jejaka yang ingin mencuba nasib namun seorang pun tak pernah dilayan gadis tersebut. Dia tahu Farah juga tidak pernah menganggap dirinya lebih dari teman biasa namun timbul juga sedikit cemburu dalam hati Syafiq apabila ada jejaka-jejaka lain yang ingin cuba-cuba memikat gadis tersebut.

Fail-fail yang bertaburan di atas meja sudah tidak dipedulikan lagi. Air nescafe yang berada tidak jauh dari situ hanya dijamah sekejap. Syafiq hanya bersandar di kerusi besarnya dengan tangan menyilang ke belakang sambil mengelamun. Lamunannya betul-betul sudah jauh terbang dari realiti sebenar.

'Dr.. Dr. Syafiq.. ada seorang patient sedang menunggu doktor di wad no. 201. Katanya perlukan bantuan doktor sekarang!' Seorang jururawat yang sedang bertugas memberitahu Syafiq dari celah pintu biliknya.

'Baik, saya datang!' Dengan segera Syafiq bergegas ke wad tersebut. Kepalanya masih belum berhenti memikirkan Farah, gadis kesayangannya. Tak, aku harus berjumpa Farah hari ini jugak! Hatinya belum tenteram.

*********************

'Alhamdulillah, awak boleh balik hari ini. Nampaknya keadaan awak semakin pulih.' Doktor tersebut berkata sambil tersenyum. Kata-kata dari Dr. Suhaimi membuatkan hati Irfan merasa lega. Akhirnya! Wajahnya tersenyum riang.

Irfan dijemput keluarganya pulang ke rumah di Terengganu. Dalam perjalanan pulang, fikirannya terimbas kembali bagaimana dirinya boleh terlibat dalam kemalangan yang tak disangka-sangka. Dia tahu dia memandu dalam keadaan bahaya ketika itu. Jiwanya sedang remuk saat ditinggalkan Fatin. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja bayangan Farah muncul di hadapan kereta Irfan dengan tak semena-mena. Betapa tegangnya perasaan Irfan saat itu sehingga mengakibatkan keretanya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang lampu sebelah jalan raya. Waktu di dalam van kecemasan, fikirannya langsung memikirkan Farah dan terus menyebut nama Farah berulang kali hingga dia pengsan.

'Kau mengelamun ke mana tu Fan? Dari tadi kakak tengok senyap je. Ada masalah ke?' Suara kakaknya, Shuhada, membawa lari lamunan Irfan dengan tiba-tiba. Sekejap sahaja Irfan berada dalam alam realiti kembali.

'Tak ada apa-apa lah kak..' Irfan menjawab perlahan. Dia segera masuk ke dalam rumah setibanya di hadapan pintu. Dia belum bersedia lagi untuk menceritakan perihalnya bertemu dengan Farah terhadap kakaknya. Sebaiknya dia diamkan sahaja. Shuhada masih lagi tertanya-tanya. Bingung dengan adiknya.







bersambung plak.. aku rasa cam tade idea da neh.. =.='