Monday, 24 February 2014

Jins yang gedikss, not Jins Shamsuddin tu ye.

Assalamualaikum wbt.

today's topic,

Apa sebab jin masuk ke dalam badan manusia?

1. Menjadi khadam. Means mencari manusia yang boleh diwariskan semua ilmu-ilmu sihir. Jin khadam ini bukan untuk membantu menjaga kita tapi lebih kepada membawa kita syirik kepada Allah. Mula-mula je nak tunjuk baik, tolong taat beribadah but then in the end diorang akan sesatkn manusia jugak sebab itu misi utama/sebenar mereka.

2. Tujuan sihir. Kerjasama jin dan manusia untuk melakukan kejahatan kepada manusia. Kepada mangsa-mangsa sihir untuk menjadi kebal dalam diri dari disihir, haruslah menjadi orang yang beriman, taat perintah Allah dan jadilah manusia yang ikhlas. See, penting kan ikhlas tu? Ikhlas dengan Allah, ikhlas dengan manusia, ikhlas dalam amalan. Allah SWT merakamkan dalam surah Sad: ayat 79-83, iblis tidak akan boleh menganggu orang yang ikhlas.

3. Saka. This is important. Jin belaan nenek moyang apa jua tujuan diorang untuk masuk kepada anak cucu memang nak menganggu je keje. Selagi tak terima diorang sebagai belaan, selagi tu la diorang akan ganggu kita. Diwarisi dari nenek moyang secara sukarela atau terpaksa, biasanya ade barang yang diwariskan. Contoh barang-barang lama seperti keris, tempayan, barang kemas, tepak sireh, tangkal and etc. Kalau boleh, musnahkan dengan cara membakar, kalau bole la. Kalau tak rendam barang-barang tu dalam air garam, limau and cuka. 

4. Sebab jin suka pada orang yang dia ganggu. Mereka ni sebenarnya suka perempuan yang cantik dan seksi memang tak tutup aurat la kan. Aurat yang terdedah sebenarnya ade berpuluh-puluh jin yang bergantungan menjilat dan menidurinya. So, penting bagi kita menutup aurat dan baca doa-doa harian amalan sunnah nabi. Sebab itu, aurat lelaki cuma pusat hingga ke lutut je sebab diorang sikit pun tak tertarik dengan lelaki. Aurat perempuan plak hanya tapak tangan dan muka sahaja, so paham-paham jela kan. Kalau nak elak jin macam ni, tutup lah aurat mengikut syariat yang dikehendaki dan amalkan sunnah serta adab nabi kita macam waktu tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya.

5. Saja nak ganggu. Some of them ni memang gedik. Suke hati diorang je nak ganggu kite kan? Mostly dalam waktu magrhrib, ni memang waktu favourite diorang keluar berpoya-poya lah ni. Tangisan bayi malam-malam bagaikan lagu hindustan plus korea bagi mereka, so no wonder lah kalau tetiba je budak tu nangis, kena agah la tu. Kalau nak bawak baby baby ni jenjalan time maghrib atau waktu malam-malam, prepare lah dengan bacaan ayatul kursi and 3Qul which it can be some sort of pendinding supaya anak tu tak kene ganggu sangat. Kalau memalam orang-orang tua yang balik dari jauh plak specially kalau sampai tengah malam tu, silalah baca Bismillah, ayat Kursi jugak and bagi salam baru boleh masuk rumah. Inshaa Allah jin yang ikut kite balik dalam perjalanan takde perasaan nak ikut sekali masuk rumah kita.
Inshaa Allah.



Down here are some extra information for you to digest slowly:

Tambahan
-jin juga menganggu manusia apabila kita secara tidak sengaja melanggar, tersepak atau terambil barang mereka. Contoh siram air panas dalam sinki, kencing dalam lubang, ambil batuan atau objek cantik di hutan. Maka hati2. sebelum buat apa2 baca TAAWUDZ dulu. Mereka bersifat dendam, bila buat salah dgn mereka secara tidak sengaja pun nak juga membalas. Takda dalam logik akal dia yg kita manusia ni takda keupayaan utntuk melihat mereka sebab ALLAh dh hijab pandangan kita. Kalau kita nampak mereka gerenti kita akan berhati2 kalau blh taknak terserempak dgn makhluk ini kan..
Kalau ada sesiapa terserempak hantu kat tengah jalan bagaimana nak lawan. Takyah lari, dia bersifat boleh memanjang dia boleh kejar kita, larilah ke mana boleh, hantu akan kejar lagi laju dari kita. Baca saja ayat Al-Qur'an, insyaALLAH dia akan takut. Baca dgn penuh pengharapan pada ALLAH dan faham apa yg dibaca. Kalau baca tak betul, tak faham pula maknanya, silap haribulan jin.hantu/syaitan itu sendiri akan betulkan bacaan kita.. blh kecut perut dibuatnnya nanti..



p/s All of the infos I got it from another blog and just sharing it with you. In case la kalau jadi pape kan at least kite dh prepare awal-awal. Okay lah, thats all from me. Wassalam :)

Friday, 21 February 2014

besar mana ikhlas tu?

Assalamualaikum, wbt.

Pagi semalam, hari Jumaat, lepas solat jemaah ngan umi as usual, umi ade bagi tazkirah sikit, antara ibu dgn anak je. Saya memang suke dgr umi coletah panjang2 sebab byk input dpt and sgt2 bermanfaat. Umi ni boleh dikatakan antara 1000 wonderful mom (wahh wonderful gitu ye). Mungkin sebab apa saja yang ditnya oleh anak-anak umi akan cuba jawab walaupun dgn kata-kata yang pedas (ok, dh terbiasa -.-)

okay, back to the point tadi nak cakap yang umi ade bagi tazkirah lepas solat subuh and memula topik nya berkisar tentang my sister, kakYana. She told me anything happen to our family tolong lah bersabar banyak2 sebab memang ade hikmah di sebalik semua ni and hanya Allah saja yang tau apa yang sedang menimpa keluarga kami sekarang. Paling penting saya doakan kakak saya cepat2 sembuh seperti orang lain and bertemu jodoh yang sangat sayang kat kakYana and beriman soleh and semua yang baik lah. In short form, bertemu jodoh yang baik, ameen.

and then, I ask her something.

'Umi, macam mane nk kutip ikhlas yg betul?'

What I mean, how we can be so sincere when at other times, kadang2 sesuatu perbuatan kita dlam seharian ade mengundang rase tak ikhlas dalam diri tanpa kita sedar. Have you ever think?

Umi cakap, ikhlas tu contohnya seperti kita buat sesuatu dengan menderma tanpa mengharapkan pape balasan and thats what we call ikhlas.

Habis tu, Alia pernah derma tapi dengan niat mengharapkan balasan dari Allah. salah?

Iye itu dh salah. (Umi jelaskan lagi) Mane boleh mengharapkan balasan dari Allah, itupn dikire ikhlas dh tak ikhlas. Sebab tu kadang2 riak boleh timbul sebab mengharapkan balasan dari Allah. Sepatutnya kita menderma dengan mengharapkan redha Allah. Apakah derma kite itu mndapat redha Allah?

So I try to think deeper and yes memang betul selama ni saya menderma secara tak betul. Tak boleh mengharapkan balasan Allah semata tapi seharusnya mengharapkan redha Allah and bukan setakat derma je, waktu nak tolong orang susah pun kena ikhlas, buat amal ibadat pun kena ikhlas. Pendek kata, ikhlas tu memang satu benda yang kita susah nak trace dalam diri sebab kdg2 kite cpt rse marah bile ade org yg tak hargai pertolongan kita tu kan? Pernah tak rase mcm tu?

Ikhlas ikhlas kan lah diri anda ya. Seperti saya juga banyak lagi kelemahan diri ni perlu diperbaiki. Hopefully kita semua sentiasa hidup dalam keberkatan Allah dan diredhai oleh-Nya, insya Allah. Wassalam.


just burst it out!



haa kn dah ter'burst' malam ni haha

ni kalau budak budak secondary tak paham jugak ape yg nk cuba disampaikan taktau la.

kalau tengok pada zaman sekarang, tiap sorang student dah ade fb memasing
lagi canggih dari cikgu pun ade

tapi kalau dalam kelas tak pandai pandai jugak sah-sah main internet semata mata nak main fesbuk je.
kah kah

kids, please keep that words kayy ;)




p/s Konpem ade hamba Allah yang akan printscreen status kat atas tu and bahan kaw kaw punye
hurmm whatever

Part 6.

Irfan sedang bersiap-siap untuk keluar rumah pagi itu. Kakaknya, Shuhada pula memandang dengan penuh kehairanan.

'Kau nak ke mana tu Fan? Sakit Irfan tu kan belum sembuh lagi, berehat je la kat rumah ni Fan..' Shuhada bertanya dengan nada yang agak kerisauan. Bimbang kalau-kalau adik kesayangannya buat hal lagi. Balutan di tangan Irfan masih belum tanggal menambahkan lagi kerisauan di hati Shuhada.

'Fan nak keluar kejap kak. Kejap je, Irfan nak ambil angin kat luar pulak. Bosan lah duduk dalam rumah ni lama-lama kak,' balas Irfan.

'Kalau dah alang-alang nak keluar tu Mak nak kirim Irfan beli kan barang untuk Mak boleh?'

Tiba-tiba Hajjah Zulaikha menyampuk dari belakang. 

'Ha ye lah Mak. Nanti Irfan beli kan untuk Mak. Irfan pergi dulu!'

Belum sempat Hajjah Zulaikha menghabiskan kata-katanya Irfan terlebih dahulu keluar sambil menunggang motosikalnya.

'Eh eh budak ni. Ke mana je dia nak keluar, bertuah betul! Mak belum habis cakap lagi suruh beli apa.'
Dengus Hajjah Zulaikha.

'Alaa macam Mak tak kenal si Irfan tu. Mak SMS je lah dia, nanti dia beli kan lah untuk Mak,' sampuk Shuhada.

'Yelah.. yelah..' Hajjah Zulaikha menjawab sambil berlalu pergi ke dapur.


*************************************************************


'Eh macam kenal je lelaki ni,' detak hati kecil Farah. Dia seakan-akan mengenali susuk tubuh yang berada di hadapannya. Belum sempat Farah meneka, lelaki tersebut berpaling.

'Eh!!'

Habis berterabur barang di dalam beg plastik. Farah terkejut sambil cepat-cepat mengutip barang-barang yang terjatuh di atas lantai mall. Sebenarnya waktu lelaki tersebut berpaling, tangannya terlanggar tubuh Farah yang sedang mengelamun tadi lalu terlepas beg plastik yang digenggamnya. Kedua-duanya berlanggar sesama sendiri.

'Ssaya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya!'

'Takpe. Bukan salah awak pun. Saya yang patut minta ma..'
Belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya, sekali lagi dia terpana. Wajah lembut Farah ditatap sedalam-dalamnya. Dia betul-betul tak menyangka dapat bertemu dengan Farah lagi. Dia cuba menutup rasa gembira dalam hati dengan berlagak seperti biasa.

'Farah rupanya.. ingatkan siapa tadi.'

Ha? Farah semacam tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki yang pernah menjadi kesayangannya dahulu kini sekali lagi muncul. Hatinya yang tadi tenang secara tiba-tiba berdegup kencang. Debaran di hati tak pernah hilang persis sewaktu mula-mula mengenali lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia sendiri tak tahu kenapa.

'Oh Irfan. He.. he.. Farah minta maaf ye Fan, Farah betul-betul tak sengaja,' Farah mengulangi kata-katanya tadi sambil tersenyum, cuba untuk menutup rasa debaran di hatinya.  Barang-barang yang sudah dikutip, cepat-cepat dihulurkannya pada Irfan.

'Farah makin cantik sekarang..' 

Entah macam mana kata-kata tersebut keluar dari mulut Irfan. Dia sendiri tahu yang Farah mungkin tak sudi untuk melihat wajahnya setelah apa yang terjadi terhadap mereka berdua. Salah Irfan! Ya Irfan tahu semua tu tapi dia tak dapat nak menipu hatinya sendiri bilamana perasaan rindunya pada Farah makin lama makin mendalam. Jadi dia sanggup terima apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya dia cuba untuk merebut kembali hati Farah.

Farah hanya mampu tersenyum. Dia tidak pasti sama ada pujian tersebut ikhlas datang dari dalam hati Irfan atau sekadar untuk mengambil hati Farah. Farah cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri. Irfan ni saja nak puji aku je kot lagipun kitorang pun dah lama tak jumpa. 

'Farah, kalau free-free nanti boleh tak Irfan nak keluar makan dengan Farah?'

Ha? Biar betul? Farah terkejut sambil berfikir sendiri. Wajahnya yang pada mulanya tenang bertukar menjadi kehairanan seakan-akan tak percaya. Irfan betul-betul nak ajak aku keluar ke?







bersambung lagi hoii


Tuesday, 18 February 2014

someone who can

excuses are overrated
apology not accepted
when I catch you with someone else
stop victimizing yourself

when you want someone to hold onto
I won't be there
when you want someone to lie to
I won't be there

somebody will always understand
somebody will always care
you didn't really play your part well
I'll find someone who can

somebody is gonna love me
and I'm gonna love them back
you didn't really play your part well
I'll find someone who can

she doesn't know who you are
too young to understand
and you don't even know what you want
and I've given you my everything

so when you want someone to love you
I won't be there
when you cry alone in your room
I won't be there

I don't wanna feel this again
I don't wanna feel all this pain
I don't wanna feel this heartbreak
I just wanna get on this plane




and I already found someone who can


yes you my dear
my only ONE
;)


p/s Pada yg buka blog ni melalui phone mmg xdgr lagu dlm ni, but for those yg bukak melalui web they can listen to the song by Yuna. Tq for viewing this site :)

Sunday, 9 February 2014

that feelings

people said,

if you had to choose between two

take the second one instead of the first one

but



have you ever thought there's third choice come after second?

--'



its gonna be always there.

yes, there.

deep in your heart.