Monday, 24 February 2014

Jins yang gedikss, not Jins Shamsuddin tu ye.

Assalamualaikum wbt.

today's topic,

Apa sebab jin masuk ke dalam badan manusia?

1. Menjadi khadam. Means mencari manusia yang boleh diwariskan semua ilmu-ilmu sihir. Jin khadam ini bukan untuk membantu menjaga kita tapi lebih kepada membawa kita syirik kepada Allah. Mula-mula je nak tunjuk baik, tolong taat beribadah but then in the end diorang akan sesatkn manusia jugak sebab itu misi utama/sebenar mereka.

2. Tujuan sihir. Kerjasama jin dan manusia untuk melakukan kejahatan kepada manusia. Kepada mangsa-mangsa sihir untuk menjadi kebal dalam diri dari disihir, haruslah menjadi orang yang beriman, taat perintah Allah dan jadilah manusia yang ikhlas. See, penting kan ikhlas tu? Ikhlas dengan Allah, ikhlas dengan manusia, ikhlas dalam amalan. Allah SWT merakamkan dalam surah Sad: ayat 79-83, iblis tidak akan boleh menganggu orang yang ikhlas.

3. Saka. This is important. Jin belaan nenek moyang apa jua tujuan diorang untuk masuk kepada anak cucu memang nak menganggu je keje. Selagi tak terima diorang sebagai belaan, selagi tu la diorang akan ganggu kita. Diwarisi dari nenek moyang secara sukarela atau terpaksa, biasanya ade barang yang diwariskan. Contoh barang-barang lama seperti keris, tempayan, barang kemas, tepak sireh, tangkal and etc. Kalau boleh, musnahkan dengan cara membakar, kalau bole la. Kalau tak rendam barang-barang tu dalam air garam, limau and cuka. 

4. Sebab jin suka pada orang yang dia ganggu. Mereka ni sebenarnya suka perempuan yang cantik dan seksi memang tak tutup aurat la kan. Aurat yang terdedah sebenarnya ade berpuluh-puluh jin yang bergantungan menjilat dan menidurinya. So, penting bagi kita menutup aurat dan baca doa-doa harian amalan sunnah nabi. Sebab itu, aurat lelaki cuma pusat hingga ke lutut je sebab diorang sikit pun tak tertarik dengan lelaki. Aurat perempuan plak hanya tapak tangan dan muka sahaja, so paham-paham jela kan. Kalau nak elak jin macam ni, tutup lah aurat mengikut syariat yang dikehendaki dan amalkan sunnah serta adab nabi kita macam waktu tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya.

5. Saja nak ganggu. Some of them ni memang gedik. Suke hati diorang je nak ganggu kite kan? Mostly dalam waktu magrhrib, ni memang waktu favourite diorang keluar berpoya-poya lah ni. Tangisan bayi malam-malam bagaikan lagu hindustan plus korea bagi mereka, so no wonder lah kalau tetiba je budak tu nangis, kena agah la tu. Kalau nak bawak baby baby ni jenjalan time maghrib atau waktu malam-malam, prepare lah dengan bacaan ayatul kursi and 3Qul which it can be some sort of pendinding supaya anak tu tak kene ganggu sangat. Kalau memalam orang-orang tua yang balik dari jauh plak specially kalau sampai tengah malam tu, silalah baca Bismillah, ayat Kursi jugak and bagi salam baru boleh masuk rumah. Inshaa Allah jin yang ikut kite balik dalam perjalanan takde perasaan nak ikut sekali masuk rumah kita.
Inshaa Allah.



Down here are some extra information for you to digest slowly:

Tambahan
-jin juga menganggu manusia apabila kita secara tidak sengaja melanggar, tersepak atau terambil barang mereka. Contoh siram air panas dalam sinki, kencing dalam lubang, ambil batuan atau objek cantik di hutan. Maka hati2. sebelum buat apa2 baca TAAWUDZ dulu. Mereka bersifat dendam, bila buat salah dgn mereka secara tidak sengaja pun nak juga membalas. Takda dalam logik akal dia yg kita manusia ni takda keupayaan utntuk melihat mereka sebab ALLAh dh hijab pandangan kita. Kalau kita nampak mereka gerenti kita akan berhati2 kalau blh taknak terserempak dgn makhluk ini kan..
Kalau ada sesiapa terserempak hantu kat tengah jalan bagaimana nak lawan. Takyah lari, dia bersifat boleh memanjang dia boleh kejar kita, larilah ke mana boleh, hantu akan kejar lagi laju dari kita. Baca saja ayat Al-Qur'an, insyaALLAH dia akan takut. Baca dgn penuh pengharapan pada ALLAH dan faham apa yg dibaca. Kalau baca tak betul, tak faham pula maknanya, silap haribulan jin.hantu/syaitan itu sendiri akan betulkan bacaan kita.. blh kecut perut dibuatnnya nanti..



p/s All of the infos I got it from another blog and just sharing it with you. In case la kalau jadi pape kan at least kite dh prepare awal-awal. Okay lah, thats all from me. Wassalam :)