Irfan sedang bersiap-siap untuk keluar rumah pagi itu. Kakaknya, Shuhada pula memandang dengan penuh kehairanan.
'Kau nak ke mana tu Fan? Sakit Irfan tu kan belum sembuh lagi, berehat je la kat rumah ni Fan..' Shuhada bertanya dengan nada yang agak kerisauan. Bimbang kalau-kalau adik kesayangannya buat hal lagi. Balutan di tangan Irfan masih belum tanggal menambahkan lagi kerisauan di hati Shuhada.
'Fan nak keluar kejap kak. Kejap je, Irfan nak ambil angin kat luar pulak. Bosan lah duduk dalam rumah ni lama-lama kak,' balas Irfan.
'Kalau dah alang-alang nak keluar tu Mak nak kirim Irfan beli kan barang untuk Mak boleh?'
Tiba-tiba Hajjah Zulaikha menyampuk dari belakang.
'Ha ye lah Mak. Nanti Irfan beli kan untuk Mak. Irfan pergi dulu!'
Belum sempat Hajjah Zulaikha menghabiskan kata-katanya Irfan terlebih dahulu keluar sambil menunggang motosikalnya.
'Eh eh budak ni. Ke mana je dia nak keluar, bertuah betul! Mak belum habis cakap lagi suruh beli apa.'
Dengus Hajjah Zulaikha.
'Alaa macam Mak tak kenal si Irfan tu. Mak SMS je lah dia, nanti dia beli kan lah untuk Mak,' sampuk Shuhada.
'Yelah.. yelah..' Hajjah Zulaikha menjawab sambil berlalu pergi ke dapur.
*************************************************************
'Eh macam kenal je lelaki ni,' detak hati kecil Farah. Dia seakan-akan mengenali susuk tubuh yang berada di hadapannya. Belum sempat Farah meneka, lelaki tersebut berpaling.
'Eh!!'
Habis berterabur barang di dalam beg plastik. Farah terkejut sambil cepat-cepat mengutip barang-barang yang terjatuh di atas lantai mall. Sebenarnya waktu lelaki tersebut berpaling, tangannya terlanggar tubuh Farah yang sedang mengelamun tadi lalu terlepas beg plastik yang digenggamnya. Kedua-duanya berlanggar sesama sendiri.
'Ssaya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya!'
'Takpe. Bukan salah awak pun. Saya yang patut minta ma..'
Belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya, sekali lagi dia terpana. Wajah lembut Farah ditatap sedalam-dalamnya. Dia betul-betul tak menyangka dapat bertemu dengan Farah lagi. Dia cuba menutup rasa gembira dalam hati dengan berlagak seperti biasa.
'Farah rupanya.. ingatkan siapa tadi.'
Ha? Farah semacam tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki yang pernah menjadi kesayangannya dahulu kini sekali lagi muncul. Hatinya yang tadi tenang secara tiba-tiba berdegup kencang. Debaran di hati tak pernah hilang persis sewaktu mula-mula mengenali lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia sendiri tak tahu kenapa.
'Oh Irfan. He.. he.. Farah minta maaf ye Fan, Farah betul-betul tak sengaja,' Farah mengulangi kata-katanya tadi sambil tersenyum, cuba untuk menutup rasa debaran di hatinya. Barang-barang yang sudah dikutip, cepat-cepat dihulurkannya pada Irfan.
'Farah makin cantik sekarang..'
Entah macam mana kata-kata tersebut keluar dari mulut Irfan. Dia sendiri tahu yang Farah mungkin tak sudi untuk melihat wajahnya setelah apa yang terjadi terhadap mereka berdua. Salah Irfan! Ya Irfan tahu semua tu tapi dia tak dapat nak menipu hatinya sendiri bilamana perasaan rindunya pada Farah makin lama makin mendalam. Jadi dia sanggup terima apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya dia cuba untuk merebut kembali hati Farah.
Farah hanya mampu tersenyum. Dia tidak pasti sama ada pujian tersebut ikhlas datang dari dalam hati Irfan atau sekadar untuk mengambil hati Farah. Farah cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri. Irfan ni saja nak puji aku je kot lagipun kitorang pun dah lama tak jumpa.
'Farah, kalau free-free nanti boleh tak Irfan nak keluar makan dengan Farah?'
Ha? Biar betul? Farah terkejut sambil berfikir sendiri. Wajahnya yang pada mulanya tenang bertukar menjadi kehairanan seakan-akan tak percaya. Irfan betul-betul nak ajak aku keluar ke?
bersambung lagi hoii