Wednesday, 6 February 2019

Trippin' to Jeju (Part 2)


Day 5 | 11 Januari 2019 | Jumaat

We heading towards Jeju Ice Museum. Jeju Ice Museum ni takdelah famous mane memandangkan muzium dia kecik je so memang tak ramai orang kat sini. Waktu memula sampai pun kami orang first sampai kot. Boleh lah nak main-main kejap kat sini sambil try Playbox VR sebab tak penah lagi try. Lepas je checkout dari hotel Oceantree terus direct datang sini sebab tanak bazir masa kat Jeju ni. Hari ni kami akan check in hotel Maro plak kat bandar Jeju.

Then lepas tu kami terus gerak ke Seongsan Ilchulbong. Apa yang menarik kat sini Seongsan Ilchulbong merupakan salah satu kawah gunung berapi satu masa dulu tapi sekarang dah mati. So jadi tempat pelancongan untuk orang ramai datang sini tengok sendiri kawah gunung berapi ni. Tempat ni memang menarik and cantik sangat dengan ladang kuning kehijauan. Kalau ada yang berminat nak hiking boleh try panjat tangga sampai atas memang cantik sangat view dari atas. Boleh nampak view Pulau Jeju dari puncak Seongsang.  

Pemandangan Pulau Jeju dari puncak Seongsan Ilchulbong.



Tapi kalau tak larat boleh ambik gambar dari bawah je pun dah cantik.

Then, turun dari puncak Seongsang, kami singgah di kedai makan Uribong Sikdang. Kedai ni memang famous ngan orang Malaysia sebab hidang makanan halal. Most hidangan pun memang berasaskan seafood sebab takde daging. Ibarat macam makan kat kedai ikan bakar tepi pantai gitu la. Pulau Jeju ni memang famous ngan kedai makan seafood.

Kedai makan Uribong Sikdang.

Lepas lunch, kami menuju ke canola field plak. Canola Field ni tak jauh pun dari Seongsang sebab dia kat tepi-tepi jalan. Kalau korang perasan on the way nak keluar dari bandar ada banyak sangat diorang tanam kat tepi jalan ni. Memang cantik. Tapi untuk ambik gambar kat sini just kena bayar 1000 won sebab ada tukang jaga kat sini.

Canola field


Ok, malam tu dah check in hotel, kami jalan-jalan cari makan kat pasar Dongmun market. Dongmun market ni takde la besar sangat. Diorang ade banyak jual barang-barang basah dan buah limau. Trademark Pulau Jeju ni memang bersepah ngan buah limau. Mana-mana pun ada jual. Yaya pun sempat rasa minum air limau dia memang terbaik fresh dari ladang!



Untuk yang nak try food street pun ada banyak kat sini tapi hati-hati la ye. Pastikan halal tau.

Kami beli ketam goreng & fries
kalau bosan jalan-jalan kat kedai basah, ade jugak kedai jual baju, dll. kat bawah tanah.
yang ni salah satu kedai makan RM penah datang tapi jangan masuk la sebab tak halal.


Day 6 | 12 Januari 2019 | Sabtu

Keesokannya, Yaya and husband keluar awal sikit sebab nak drive naik Gunung Hallasan. Kami jangkakan salji akan turun harini sebab dah cek weather forecast tiap-tiap hari. Alhamdulillah sempat gak la merasa salji turun waktu drive nak naik tu. Salji tak turun lebat sangat sebab semalam dah turun lebat start pukul 5 6 pagi gitu.



Kat Gunung Hallasan kami plan untuk hiking trail yang simple je taknak esktrem sangat. Selalunya orang yang nak hiking waktu musim salji ni kena ada complete set alat hiking sebab takut track licin penuh salji. Yaya sendiri pun pakai kasut bukan kasut hiking so just santai-santai je kat atas ni.


Yeongsil trail

dekat belakang tu nampak view gunung Hallasan.


Day 7 | 13 Januari 2019 | Ahad

Hari ni kami plan untuk pegi Jeju Rail Bike. Jeju Rail Bike ni lebih kurang je macam waktu Yaya pegi Gangchon Rail Bike masa kat Seoul. Kat sini takde apa yang menarik sangat sebab datang musim salji ada banyak rumput and pokok2 kering je. Kalau datang musim bunga mungkin boleh tengok bunga-bunga cantik kat sini. Salah satu tarikan kat sini boleh bagi makan haiwan ternakan. Sempat jugak la Yaya bagi makan kat kambing biri2 ngan rusa.




Lepas tu, kami pergi ke Maze Land. Maze Land ni merupakan salah satu tempat yang Running Man penah datang. Episod berapa Yaya taktau sebab dah lama dah tak layan RM. Tarikan kat sini boleh try masuk maze park and try cari jalan keluar. Tapi kitorang masuk 1 jenis je sebab penat nak cari jalan keluar tu terlalu besar sangat kawasan dia. Kat dalam ni ada banyak jenis maze park and korang pilih mana satu nak masuk.




Lepas lunch, kami terus gerak pegi Sangumburi Craters. Sangumburi pun merupakan salah satu bekas kawah gunung berapi kat sini.

makan aiskrim green tea lagi kat sini
favourite betul!


Day 8 | 14 Januari 2019 | Isnin

Bergerak pulang ke Jeju Airport lepas checkout hotel, terus hantar kereta sewa. Alhamdulillah. Walaupun tak sempat nak cover semua tempat sebab tak cukup masa tapi inshaAllah kami akan cuba datang lagi untuk pegi tempat lain plak. Musim winter kat sini waktu magrib dia memang awal so satu hari memang tak banyak tempat boleh cover. Contoh waktu nak pegi tengok Pantai Jusangjeoli beach kami tak sempat nak masuk sebab dah tutup.  Next time kalau datang sini lagi inshaAllah cuba pegi tempat lain plak.

PERINGATAN. Untuk yang nak tau macam mane guna gps kat jeju ni, gps jeju memang fully guna bahasa korea. Nak senang, korang kena save no tel setiap tempat untuk masuk dalam gps. Pastikan tanya dulu orang kat tempat kete sewa kalau tak tau cara guna. Diorang akan ajar satu2.
.
.
.

So thanks for those who reading this. May Allah bless your trip!

No comments:

Post a Comment