Semua orang ada
habit masing-masing. Habit ni maksudnya kelakuan yang kita biasa buat dalam
hidup kita hari-hari. Well, sis ada satu habit ni tak tau nape sis suka sangat
dengar talk orang. Maksudnya, rasa puas bila dengar orang bercerita atau talk
something interesting. Tak tau la maybe sebab dunia sekarang kan dah makin
maju. Orang dah tak dengar berita kat TV atau dengar lagu kat radio je. Zaman sekarang
ni bersepah medium sosial atau aplikasi yang orang boleh dengar or tengok anytime
anywhere.
Fuhh.. betapa
pantasnya masa sekarang. Zaman sis kecik-kecik dulu. Payah ya amat nak cari
hiburan. Hiburan paling senang sekali TV and radio jelah. Masa tu memang la ada
computer tapi mana lah mampu nak beli computer lipat-lipat ni. Orang banyak
duit boleh la kan. Zaman masa sis kecik ye jangan salah paham lak. Time sis
masuk belajar university baru sis jinak-jinak ngan computer lipat or orang
panggil laptop hehe…
Kalau zaman
sekolah tu tayah cakap la. Ingat lagi masa sis sekolah rendah, sis sanggup
hendap tengah malam bukak tv semata-mata nak tengok movie cite best. Sebab mak
ayah sis jenis yang sangat tegas. Budak kecik takleh tidur lewat malam. Yelah esok
pagi kena pegi sekolah kan. Kalau kantoi memang mendapat la dari parents waktu
tu huhu..
Ok. The point
sis nak gitau kat sini sebenarnya sis ada salah satu habit suka dengar orang
bagi talk or speech lagi-lagi kalau pasal fakta. Bagi sis, orang yang pandai
bercakap ialah orang yang sangat bijak! And sis akui sis memang lemah bab-bab
bagi talk ni. Ada je yang fail atau rasa tak konfiden sangat. Time dah tua gini
baru rasa nyesal kenapa la dulu tak penah praktis rajin-rajin. Sis memang jenis
yang kena praktis dulu sebelum nak buat pape. Jarang buat benda spontan. Kalau tetibe
kena bagi talk spontan haa memang ke laut lah talk sis cite dia. But since we
grow older and banyak makan garam sikit (I’m almost reach 30s) lagi banyak
benda sis rasa nak luah tapi tak mampu.
Jadi sis banyak
follow influencer yang suka cakap pasal fakta or things yang make sense or
boleh diterima akal. Lagi-lagi zaman sekarang ni terlalu ramai yang cuba untuk
jadi influencer. Zaman dulu sis tengok hanya blogger-blogger atau youtuber je
yang boleh pegi jauh. Tapi sekarang bila dah belambak media sosial contonhnya Instagram,
twitter, facebook, wechat and seangkatannya, makin ramai influencer yang tak
berfaedah. Maksudnya viral hanya untuk bisnes semata. Kononnya bila dah famous
boleh buat duit masyuk tayah pikir income bulan-bulan dah.
Goshhh! Kalau macam
ni la pemikiran generasi sekarang rasa macam scary sangat. Dah tu macam mana
budak-budak sekolah sekarang nak capai tahap akademik yang tinggi. Dunia sekarang
dunia tanpa batasan. Dah tahap zaman hampir kiamat dah (nauzubillah). Fitnah berleluasa,
maksiat, pembuangan bayi, transgender and macam-macam lagi. Memang menakutkan!
Sis rasa sis dah
tersimpang jauh sikit. Sebenarnya point sis nak sembang pasal habit dengar
orang talk je. Bagi sis, influencer yang berilmiah patut lagi dilonjak
berbanding influencer yang famous semata-mata kerana duit. Semoga generasi
zaman kini boleh berfikir dengan lagi bijak dari segi ilmu pengetahuan yang
lebih luas bukan sekadar nak show off atau menunjuk-nunjuk sedangkan masa
terbuang sia-sia macam tu je.
Perjalanan kita ni
makin lama makin singkat bukannya makin panjang. Maksudnya, perjalanan bertemu
Allah. Harap sama-sama lah kita pikir bagaimana cara kita nak bertemu Allah di
titik pengakhiran nanti. Sentiasalah mohon petunjuk dan perlindungan dari-Nya
dari keburukan dunia. InshaAllah. Jazakumullahu khairan kathira.

No comments:
Post a Comment