HOW TO FIGURE OUT YOUR SKIN TYPE?
Take the test and let's find out!
_________________________________________
Antara langkah-langkah yang kita boleh buat untuk kenal pasti jenis kulit kita macam mana;
LANGKAH 1:
Keluarkan sebarang solekan. Gunakan makeup remover untuk menghapus semua kesan solekan dari wajah.
LANGKAH 2:
Basuh muka anda. Basuh wajah anda dengan air hangat, kemudian tuangkan jumlah saiz yang lembut dari pembersih muka lembut di telapak tangan dan urut dengan lembut. Kemudian lap muka dengan tuala muka.
LANGKAH 3:
Sebelum tidur, pastikan tidak memakai sebarang skincare.
Bila bangun pagi, itu adalah waktu terbaik untuk ketahui jenis kulit kita.
Orang kata 'natural beauty' bangun pagi-pagi.
Kalau rasa kulit muka tak kejang, tak berminyak tu kira normal lah. Kalau rasa tegang je di dahi dan pipi jenis kulit kering. Kalau satu muka rasa berminyak boleh goreng Ayam KFC tu oily lah tu.
Kalau T zone, dahi dan hidung berminyak, dagu kering jenis kombinasi. Kalau jenis merah, bengkak-bengkak tu jenis sensitif.
Keadaan kulit kita mungkin berubah-ubah atas banyak faktor contohnya: umur, kesihatan, musim, suhu, pencemaran atau asap.
Perasan tak, masa bulan puasa tu kulit kita jadi kering sikit? Kalau kurang air pun boleh jadi kering kulit betul tak? Tapi ada juga yang kulit time bulan puasa cantik je, maklumlah pemakanan pun terjaga time tu.
Kat bawah ni pula perbezaan untuk kulit berminyak dengan kulit kering. Biasanya kulit berminyak ni mudah naik jerawat, kulit pun nampak berkilat je dari jauh. Kulit kering pula kita boleh nampak garis-garis halus dengan jelas.
Class note mja: How to work out your skin type.
Date: 17 Julai 2019
Sharing by Syaza Syahriza.


No comments:
Post a Comment