Friday, 21 February 2014

just burst it out!



haa kn dah ter'burst' malam ni haha

ni kalau budak budak secondary tak paham jugak ape yg nk cuba disampaikan taktau la.

kalau tengok pada zaman sekarang, tiap sorang student dah ade fb memasing
lagi canggih dari cikgu pun ade

tapi kalau dalam kelas tak pandai pandai jugak sah-sah main internet semata mata nak main fesbuk je.
kah kah

kids, please keep that words kayy ;)




p/s Konpem ade hamba Allah yang akan printscreen status kat atas tu and bahan kaw kaw punye
hurmm whatever

Part 6.

Irfan sedang bersiap-siap untuk keluar rumah pagi itu. Kakaknya, Shuhada pula memandang dengan penuh kehairanan.

'Kau nak ke mana tu Fan? Sakit Irfan tu kan belum sembuh lagi, berehat je la kat rumah ni Fan..' Shuhada bertanya dengan nada yang agak kerisauan. Bimbang kalau-kalau adik kesayangannya buat hal lagi. Balutan di tangan Irfan masih belum tanggal menambahkan lagi kerisauan di hati Shuhada.

'Fan nak keluar kejap kak. Kejap je, Irfan nak ambil angin kat luar pulak. Bosan lah duduk dalam rumah ni lama-lama kak,' balas Irfan.

'Kalau dah alang-alang nak keluar tu Mak nak kirim Irfan beli kan barang untuk Mak boleh?'

Tiba-tiba Hajjah Zulaikha menyampuk dari belakang. 

'Ha ye lah Mak. Nanti Irfan beli kan untuk Mak. Irfan pergi dulu!'

Belum sempat Hajjah Zulaikha menghabiskan kata-katanya Irfan terlebih dahulu keluar sambil menunggang motosikalnya.

'Eh eh budak ni. Ke mana je dia nak keluar, bertuah betul! Mak belum habis cakap lagi suruh beli apa.'
Dengus Hajjah Zulaikha.

'Alaa macam Mak tak kenal si Irfan tu. Mak SMS je lah dia, nanti dia beli kan lah untuk Mak,' sampuk Shuhada.

'Yelah.. yelah..' Hajjah Zulaikha menjawab sambil berlalu pergi ke dapur.


*************************************************************


'Eh macam kenal je lelaki ni,' detak hati kecil Farah. Dia seakan-akan mengenali susuk tubuh yang berada di hadapannya. Belum sempat Farah meneka, lelaki tersebut berpaling.

'Eh!!'

Habis berterabur barang di dalam beg plastik. Farah terkejut sambil cepat-cepat mengutip barang-barang yang terjatuh di atas lantai mall. Sebenarnya waktu lelaki tersebut berpaling, tangannya terlanggar tubuh Farah yang sedang mengelamun tadi lalu terlepas beg plastik yang digenggamnya. Kedua-duanya berlanggar sesama sendiri.

'Ssaya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya!'

'Takpe. Bukan salah awak pun. Saya yang patut minta ma..'
Belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya, sekali lagi dia terpana. Wajah lembut Farah ditatap sedalam-dalamnya. Dia betul-betul tak menyangka dapat bertemu dengan Farah lagi. Dia cuba menutup rasa gembira dalam hati dengan berlagak seperti biasa.

'Farah rupanya.. ingatkan siapa tadi.'

Ha? Farah semacam tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki yang pernah menjadi kesayangannya dahulu kini sekali lagi muncul. Hatinya yang tadi tenang secara tiba-tiba berdegup kencang. Debaran di hati tak pernah hilang persis sewaktu mula-mula mengenali lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia sendiri tak tahu kenapa.

'Oh Irfan. He.. he.. Farah minta maaf ye Fan, Farah betul-betul tak sengaja,' Farah mengulangi kata-katanya tadi sambil tersenyum, cuba untuk menutup rasa debaran di hatinya.  Barang-barang yang sudah dikutip, cepat-cepat dihulurkannya pada Irfan.

'Farah makin cantik sekarang..' 

Entah macam mana kata-kata tersebut keluar dari mulut Irfan. Dia sendiri tahu yang Farah mungkin tak sudi untuk melihat wajahnya setelah apa yang terjadi terhadap mereka berdua. Salah Irfan! Ya Irfan tahu semua tu tapi dia tak dapat nak menipu hatinya sendiri bilamana perasaan rindunya pada Farah makin lama makin mendalam. Jadi dia sanggup terima apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya dia cuba untuk merebut kembali hati Farah.

Farah hanya mampu tersenyum. Dia tidak pasti sama ada pujian tersebut ikhlas datang dari dalam hati Irfan atau sekadar untuk mengambil hati Farah. Farah cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri. Irfan ni saja nak puji aku je kot lagipun kitorang pun dah lama tak jumpa. 

'Farah, kalau free-free nanti boleh tak Irfan nak keluar makan dengan Farah?'

Ha? Biar betul? Farah terkejut sambil berfikir sendiri. Wajahnya yang pada mulanya tenang bertukar menjadi kehairanan seakan-akan tak percaya. Irfan betul-betul nak ajak aku keluar ke?







bersambung lagi hoii


Tuesday, 18 February 2014

someone who can

excuses are overrated
apology not accepted
when I catch you with someone else
stop victimizing yourself

when you want someone to hold onto
I won't be there
when you want someone to lie to
I won't be there

somebody will always understand
somebody will always care
you didn't really play your part well
I'll find someone who can

somebody is gonna love me
and I'm gonna love them back
you didn't really play your part well
I'll find someone who can

she doesn't know who you are
too young to understand
and you don't even know what you want
and I've given you my everything

so when you want someone to love you
I won't be there
when you cry alone in your room
I won't be there

I don't wanna feel this again
I don't wanna feel all this pain
I don't wanna feel this heartbreak
I just wanna get on this plane




and I already found someone who can


yes you my dear
my only ONE
;)


p/s Pada yg buka blog ni melalui phone mmg xdgr lagu dlm ni, but for those yg bukak melalui web they can listen to the song by Yuna. Tq for viewing this site :)

Sunday, 9 February 2014

that feelings

people said,

if you had to choose between two

take the second one instead of the first one

but



have you ever thought there's third choice come after second?

--'



its gonna be always there.

yes, there.

deep in your heart.


Wednesday, 29 January 2014

keep calm Alia not kangkung

yes. do keep calm.
anything, whatever happens to you just keep calm.

apa yang kita nak selalu nya tak dapat tapi
apa yang kita perlu it always there.

Allah Maha Bijaksana.

and Most Organized Planner.

hidup memang selalunya tak sehaluan dengan kehendak kita
tapi serasi dengan keperluan yang kita perlu

is it ironic?

mengajar budak-budak secondary school giving me new experience yang tak pernah-pernah masuk dalam plan hidup pun.

and not just that.

Master.

dulu sebenarnya teragak-agak nak sambung Master.

entah tak tau kenapa sejak balik dari umrah
hati ni lebih terarah pengajian Master.

okay. honestly, I failed for my first interview in getting enrolled for Master study.
agak frustrated.

but yet, Allah bagi peluang bukak rayuan punye application bulan 2 ni
moge dengan izin Allah haku dapat apply and pass dengan jaya nya
taknak kuciwa kuciwa dah sobs3
amiinn.

or maybe pengalaman mengajar budak-budak secondary school boleh improve I punye confidence level untuk second interview?

hmm we'll see ya..


oh ye.

so much things happen sampai nak update pasal I pegi umrah satu famili pun tak ter'update' kan?

silly me.

bukan taknak inform pun cuma malas nak announce sebenarnya.
kadang-kadang takut ngan pandangan orang sekeliling yang biasanya mengharapkan perubahan yang berbeza datang lepas balik umrah.

thats why
mase pegi pun tak heboh
balik umrah pun tak bape nak heboh


sorry guys
I do really sorry ;(

but my prayer is always for those who I loved always

parents
family
friends
close friends
not so close friends
school friends
plkn friends
university friends
internship friends
social networking friends
and whoever being my friends till now.

and sekarang baru masuk kan guru-guru dalam list doa heee

I always do remember you guys
cuma nya nak sebut satu satu mase depan kaabah tu memang tak larat la kan

kalau dah mase cium batu hajarul aswad tu 2 3 saat je peluang yang Allah bagi
so I decided to say all of the names dalam hati je.

lagipun Allah kan Maha Mendengar?
He will answer my prayers right away!

in shaa Allah :)


jauh plak terpesong story pasal umrah ye? hehe

ok lah
meh saya upload sikit gambar latest.



so as you can see
me now is teaching at SMK Seri Paka

jadi geng cikgu cikgi plok kite
kikiki

Friday, 24 January 2014

akhirnya

HAHA
cant believe after 2 years
beta berhasil untuk sambung balik karya beta yang dah lama tergantung mcm tu je.
tetibe je terbang idea nak sambung Part 5.
padahal punye la lame story yang aku tulis stuck kat situ baru hari ini idea tu kuar
kikiki

so you guys yang terase seperti dirinye digantung bace cerita yang tergantung
sila rujuk balik post I yang dolu-dolu punye kayy



Part 1
Part 2
Part 3
Part 4



sila lah check balik kalau rajin.
Hehe

happy reading. Labiuu :)

Part 5.

'Assalamualaikum.. Farah oo Farah.. Assalamualaikum..'

Terdengar suara garau dari daun pintu rumah teres dua tingkat. Nina yang sedang asyik menonton televisyen tersentak. Dia cuba amati suara yang datang dari luar rumah dan meneka gerangan yang memberi salam tak sudah-sudah.

'Siapa pulak lah yang datang malam-malam ni.. haihh..' getus hati kecil Nina.

'Oh Syafiq rupanya.. hehe.. ada apa ya Fiq? Rindu Farah eh..' usik Nina setelah menjawab salam Syafiq. Dia tersengih-sengih sambil menjemput Syafiq masuk ke dalam.

'Eh Nina ni.. tau-tau je kan.. takpe lah Nina, Fiq cuma nak tahu keadaan Farah je. Risau jugak kalau ada jadi apa-apa kat Farah. Emm.. dia okay tak?' Syafiq menolak pelawaan Nina. Dia sendiri agak segan untuk masuk ke rumah wanita tersebut apatah lagi pada waktu malam sebegini.

'Dia okay je. Cuma 2 3 hari ni nampak muram sikit. Fiq tak payah la risau ye.'

'Oh ya ke. Takpe lah kalau macam tu. Ni Fiq ada belikan nasi bungkus.. untuk Farah dengan Nina sekali. Ambillah,' Syafiq menghulurkan plastik berisi nasi bungkus kepada Nina sambil tersenyum.

'Eh susah-susah je Fiq ni. Tapi.. terima kasih banyak-banyak lah ya.. hehe' Nina berkata-kata sambil tangannya cepat-cepat menarik plastik bungkusan nasi dari tangan Syafiq.

'Nina mintak maaf banyak-banyak ya Fiq sebab Farah dah pesan banyak kali dia memang tak nak jumpa siapa-siapa pun tapi Fiq jangan bimbang, kalau ada apa-apa hal terjadi kat Farah, Nina akan terus contact Syafiq okay?'

Nina cuba memujuk hati Syafiq yang sedang keluh-kesah. Dia tahu jejaka tersebut sudah lama menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya, Farah. Hanya Farah sahaja belum bersedia untuk membalas cinta Syafiq sepenuhnya. Bagi Farah, hubungan dia dengan Syafiq tidak lebih dari kawan biasa.

'Kenapa lah Farah susah sangat nak terima si Syafiq ni. Dah la hensem, caring plak tu. Hmm..' Nina berkata-kata sendiri dalam hati. Dia juga akui Syafiq memang kacak orangnya tambah pula dengan sifatnya yang sentiasa mengambil berat tentang kawan baiknya walaupun Farah cuma memandangnya sebagai lelaki biasa sahaja. Bagi Nina, Syafiq sudah cukup pakej untuk dibuat suami, apa lagi yang Farah mahukan? Perfect kot! Sekali lagi Nina berkata sendiri sambil menutup pintu rumah perlahan-lahan.

Syafiq berlalu pergi setelah berpuas hati dengan jawapan Nina. Namun hakikatnya, hatinya masih lagi belum tenteram. Dia berasa hampa dan dalam waktu yang sama merasakan bahawa Farah sedang mengalami masalah yang berat cuma dia sendiri tidak dapat mengagak masalah sebenar si gadis manis tersebut. Kekecewaan tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya malam itu terserlah di wajahnya saat pulang ke rumah. Malah menambahkan lagi perasaan rindu Syafiq dan cinta yang sudah lama bertapak dalam hatinya sejak jatuh hati pandang pertama.

Farah.. oh Farah..




Bersambung3! kikiki.