Wednesday, 6 February 2019

Trippin' to Jeju (Part 2)


Day 5 | 11 Januari 2019 | Jumaat

We heading towards Jeju Ice Museum. Jeju Ice Museum ni takdelah famous mane memandangkan muzium dia kecik je so memang tak ramai orang kat sini. Waktu memula sampai pun kami orang first sampai kot. Boleh lah nak main-main kejap kat sini sambil try Playbox VR sebab tak penah lagi try. Lepas je checkout dari hotel Oceantree terus direct datang sini sebab tanak bazir masa kat Jeju ni. Hari ni kami akan check in hotel Maro plak kat bandar Jeju.

Then lepas tu kami terus gerak ke Seongsan Ilchulbong. Apa yang menarik kat sini Seongsan Ilchulbong merupakan salah satu kawah gunung berapi satu masa dulu tapi sekarang dah mati. So jadi tempat pelancongan untuk orang ramai datang sini tengok sendiri kawah gunung berapi ni. Tempat ni memang menarik and cantik sangat dengan ladang kuning kehijauan. Kalau ada yang berminat nak hiking boleh try panjat tangga sampai atas memang cantik sangat view dari atas. Boleh nampak view Pulau Jeju dari puncak Seongsang.  

Pemandangan Pulau Jeju dari puncak Seongsan Ilchulbong.



Tapi kalau tak larat boleh ambik gambar dari bawah je pun dah cantik.

Then, turun dari puncak Seongsang, kami singgah di kedai makan Uribong Sikdang. Kedai ni memang famous ngan orang Malaysia sebab hidang makanan halal. Most hidangan pun memang berasaskan seafood sebab takde daging. Ibarat macam makan kat kedai ikan bakar tepi pantai gitu la. Pulau Jeju ni memang famous ngan kedai makan seafood.

Kedai makan Uribong Sikdang.

Lepas lunch, kami menuju ke canola field plak. Canola Field ni tak jauh pun dari Seongsang sebab dia kat tepi-tepi jalan. Kalau korang perasan on the way nak keluar dari bandar ada banyak sangat diorang tanam kat tepi jalan ni. Memang cantik. Tapi untuk ambik gambar kat sini just kena bayar 1000 won sebab ada tukang jaga kat sini.

Canola field


Ok, malam tu dah check in hotel, kami jalan-jalan cari makan kat pasar Dongmun market. Dongmun market ni takde la besar sangat. Diorang ade banyak jual barang-barang basah dan buah limau. Trademark Pulau Jeju ni memang bersepah ngan buah limau. Mana-mana pun ada jual. Yaya pun sempat rasa minum air limau dia memang terbaik fresh dari ladang!



Untuk yang nak try food street pun ada banyak kat sini tapi hati-hati la ye. Pastikan halal tau.

Kami beli ketam goreng & fries
kalau bosan jalan-jalan kat kedai basah, ade jugak kedai jual baju, dll. kat bawah tanah.
yang ni salah satu kedai makan RM penah datang tapi jangan masuk la sebab tak halal.


Day 6 | 12 Januari 2019 | Sabtu

Keesokannya, Yaya and husband keluar awal sikit sebab nak drive naik Gunung Hallasan. Kami jangkakan salji akan turun harini sebab dah cek weather forecast tiap-tiap hari. Alhamdulillah sempat gak la merasa salji turun waktu drive nak naik tu. Salji tak turun lebat sangat sebab semalam dah turun lebat start pukul 5 6 pagi gitu.



Kat Gunung Hallasan kami plan untuk hiking trail yang simple je taknak esktrem sangat. Selalunya orang yang nak hiking waktu musim salji ni kena ada complete set alat hiking sebab takut track licin penuh salji. Yaya sendiri pun pakai kasut bukan kasut hiking so just santai-santai je kat atas ni.


Yeongsil trail

dekat belakang tu nampak view gunung Hallasan.


Day 7 | 13 Januari 2019 | Ahad

Hari ni kami plan untuk pegi Jeju Rail Bike. Jeju Rail Bike ni lebih kurang je macam waktu Yaya pegi Gangchon Rail Bike masa kat Seoul. Kat sini takde apa yang menarik sangat sebab datang musim salji ada banyak rumput and pokok2 kering je. Kalau datang musim bunga mungkin boleh tengok bunga-bunga cantik kat sini. Salah satu tarikan kat sini boleh bagi makan haiwan ternakan. Sempat jugak la Yaya bagi makan kat kambing biri2 ngan rusa.




Lepas tu, kami pergi ke Maze Land. Maze Land ni merupakan salah satu tempat yang Running Man penah datang. Episod berapa Yaya taktau sebab dah lama dah tak layan RM. Tarikan kat sini boleh try masuk maze park and try cari jalan keluar. Tapi kitorang masuk 1 jenis je sebab penat nak cari jalan keluar tu terlalu besar sangat kawasan dia. Kat dalam ni ada banyak jenis maze park and korang pilih mana satu nak masuk.




Lepas lunch, kami terus gerak pegi Sangumburi Craters. Sangumburi pun merupakan salah satu bekas kawah gunung berapi kat sini.

makan aiskrim green tea lagi kat sini
favourite betul!


Day 8 | 14 Januari 2019 | Isnin

Bergerak pulang ke Jeju Airport lepas checkout hotel, terus hantar kereta sewa. Alhamdulillah. Walaupun tak sempat nak cover semua tempat sebab tak cukup masa tapi inshaAllah kami akan cuba datang lagi untuk pegi tempat lain plak. Musim winter kat sini waktu magrib dia memang awal so satu hari memang tak banyak tempat boleh cover. Contoh waktu nak pegi tengok Pantai Jusangjeoli beach kami tak sempat nak masuk sebab dah tutup.  Next time kalau datang sini lagi inshaAllah cuba pegi tempat lain plak.

PERINGATAN. Untuk yang nak tau macam mane guna gps kat jeju ni, gps jeju memang fully guna bahasa korea. Nak senang, korang kena save no tel setiap tempat untuk masuk dalam gps. Pastikan tanya dulu orang kat tempat kete sewa kalau tak tau cara guna. Diorang akan ajar satu2.
.
.
.

So thanks for those who reading this. May Allah bless your trip!

Thursday, 31 January 2019

REVIEW PAKAI FACE OIL & LIP BUTTER MARY JARDIN


Bulan lepas, yaya & husband pergi travel ke Jeju as our trip this year. Both of us memang suka pergi travel jalan-jalan tempat orang selain dari cari pengalaman baru and challenge ourselves go travel as backpackers maksudnya jalan sendiri tanpa ada guide. And nowadays pun memang mudah nak gi memane sebab apa-apa je boleh cari info melalui internet.

So basically, Jeju ni adalah salah satu pulau yang ada kat Korea. And pulau dia ni ibarat macam Pulau Langkawi kat Kedah tapi bezanya saiz dia 3 kali ganda lagi besarlah. Yaya datang sini ngan husband pun lebih kurang seminggu. So quite a lot tempat jugak la kitorang sempat cover walaupun tak semua.

Kami memang suka datang musim winter sebab suka tengok salji. And this time, dapat jugak lah tengok snow turun walaupun takde la lebat sangat. Suhu kat sini waktu sampai 7hb hari tu dalam 7o tak silap. Agak sejuk bagi yaya sebab yaya memang jenis tak tahan sejuk.

First day datang maybe tak nampak lagi perubahan dekat kulit muka ni tapi after 2 3 days memang yaya apply siap2 krim losyen kat badan sebab taknak kulit jadi kering. And untuk perlindungan kulit muka, yaya apply face oil and lip butter. Face oil mary jardin ni memang terbaik sebab dia tolong lembapkan kulit yaya dalam keadaan suhu sejuk. Suhu yang rendah boleh menyebabkan kulit muka jadi kering sebab mengurangkan kelembapan kulit muka. Lip butter plak membantu kekalkan kelembapan bibir kita. Even husband yaya pun pakai sekali sebab tak tahan bibir jadi kering. Lepas 2 3 hari baru lah bibir jadi tak kering sangat. Memang terbaik lah face oil & lip butter mary jardin.

Kalau ada yang berminat nak order boleh whatsapp yaya directly 0199253089 atau follow ig maryj.yaya. Cod area Kulim shj ok.
lip butter mary jardin

face oil mary jardin

Trippin' Jeju with Love! (part 1)


Itinerary to Jeju, Korea | 8 hari 7 malam

Day 1 | 7 Januari 2019 | Isnin

Tiba di Jeju Airport International dalam pukul 3 pm lebih. Terus grab luggage pegi sewa wifi. Kami sewa wifi kat airport je senang. Sebab duduk lama lebih kurang seminggu so kami amek yang sewa wifi portable. Sehari 3,300 won.


Then kami menuju ke stesen bas shuffle untuk pergi ke tempat sewa kereta. Memang mudah nak follow instruction kat sini sebab dah ade orang tunjuk cara pegi sana. Kami sewa dengan kereta sewa jeju (Instagram: keretasewajeju). So, diorang memang dah prepare semua untuk kita so that senang nak berurusan dengan orang sana, just amek terus kereta sebab dah bayar siap2 sewa kereta mase kat Malaysia.
kitorang naik bas shuffle kat airport

kereta sewa kami; Kia Morning


Sejam pertama tu memang kekok sikit nak drive. Sebab imagine that everything dekat jalan raya sana semuanya terbalik dengan Malaysia. Signboard, laluan jalan raya, laluan pejalan kaki ke memang terbalik opposite terus lah senang cite. Tapi once dah biasa bawak auto lagi senang nak cepat pickup. Yang penting kena set minda kita yang kita tengah drive kat Korea belah kiri kena laju belah kanan kena bawak slow sikit. Dia punya had laju memang bersepah gak la. Boleh kira peraturan diorang agak strict sebab tanak ada gangguan lalu lintas langsung. Paling kena ingat tiap kali duduk kat belah lampu isyarat tu always kena bagi laluan masuk kanan sebab kalau tak nasib lah asyik kena hon ngan teksi tak pun bas diorang.


So hari pertama tu memang tak banyak jalan sebab sampai pun dah petang memang kitorang aim terus drive check in hotel. First day kitorang stay kat Seogwipo dulu, Oceantree House. Best hotel ni sebab ada cukup lengkap kemudahan sekali ngan dapur so kitorang boleh masak sendiri. Takyah share dapur ngan orang lain dah. Everything dah ada dalam bilik sendiri je.

Day 2 | 8 Januari 2019 | Selasa
Hari kedua, kami dah start keluar jalan-jalan pegi Jeju Folk Village. Sebelum tu, kami ada isi minyak dulu. Kat sini jangan risau sebab ada pekerja stesen minyak yang paham English kita just gitau je cakap nak isi full. Tapi kalau tak paham English, bahasa korea full tu maksudnya “kadeuk”. 

Kat sini view dia memang cukup2 cantik. Waktu kitorang datang maybe awal sikit so memang takde orang. Me and my husband je. Tapi kami memang agak teruja sebab ada banyak scenery cantik2 kat sini. Commonly, Pulau Jeju ni memang famous dengan replika patung bentuk orang kalau korang perasan ada banyak patung batu kat sini. So kira memang trademark diorang la kalau datang sini.







Day 3 | 9 Januari 2019 | Rabu
Hari ketiga, pegi jalan-jalan kat Innisfree. Kat sini ade jeju tea farm. Dia punya ladang teh hijau memng sebijik macam ladang teh Cameron highland. Bezanya kat sini suhu dia lagi sejuk lah. Nak duduk lama-lama kat luar tu memang tak sanggup. Yang best korang boleh try rasa dia punya aiskrim green tea memang sedap!




Lepas tu, kami jalan-jalan kat Camellia Hill. Kat sini famous sebab dia punya taman bunga dia cantik. So boleh amek gambar banyak2 la kat sini kalau sape suka bunga kan. Then petang tu kitorang pegi Cheonjiyeon Falls & Jeongbang Falls. Kat sini ada banyak air terjun cantik. Cheonjiyeon Falls tu agak ke dalam sikit. Jeongbang falls plak dekat ngan pantai yang ade banyak batu2. So kalau nak datang sini kena hati2 la sikit sebab takut jatuh.


Kat Jeongbang Falls

Jeju Tea Farm

Innisfree Jeju House

Camellia Hill


Day 4 | 10 Januari 2019 | Khamis
Esoknya, kami pegi Teddy Bear Museum. Kat sini korang boleh tengok ada macam2 jenis bear. Dari sekecil2 tapak tangan sampai lah gergasi teddy bear pun ada. Teddy bear Museum ni dekat2 je dengan Ripleys museum dengan Yellow café. So kitorang just park kereta jalan kaki je. Kpop museum pun dekat sini jugak tapi yaya tak masuk sebab tak minat sangat GD. Jangan marah ye kpoppers haha..
Teddy Bear Museum

Yellow Cafe




Kami ade lunch dekat satu kedai india muslim ni kat Seogwipo, Yatri Indian Cuisine. Pekerja dia memang nice siap bagitau kalau nak makan daging ayam semua import dari Australia sebab daging kat korea takde yang halal punya. So kalau nak cari kedai halal boleh la try makan kat sini at least boleh rasa makan nasi kuah kari kan.

Yatri Indian Cuisine


**done part 1, lepas ni sambung entri part 2 plak. TQ for reading!

Wednesday, 12 December 2018

Tusyen cuti sekolah

13/12/18 | khamis

Kisah 1

Hari tu ade dapat msg dari bos, my ex bos waktu keje kat penang dulu. Bos msg cakap mintak tolong ajar anak dia kelas tusyen jap sementara isi cuti mase sekolah anak dia. 

Sis cakap ok je sementara tengah takde keje tetap lagi sambil2 manage bisnes online.

Anak bos ni baru darjah 2. Nama danish.

Sis: alamak cikgu lupa lak camne nak explain soalan ni. Jap cikgu google jap.

Danish: kenapa cikgu? Cikgu nak google ape? Meh danish tolong google kan

 ‘sambil keluarkan henset dari poket’

Ahh sudahh. Sape ajar sape sekarang ni😅

********************

Kisah 2

‘Cikgu. Danish bosan la. Ape kate kita melukis hari ni?’

Ahh sudahh lagi hari ni..😅

********************

Kisah 3

‘Eh danish baru ingat, cikgu ni kan yang follow trip pegi langkawi ngan danish sebelum ni kan?’

Hah ingat plak budak ni kat sis.

‘Bila cikgu nak keje ngan ayah balik? Akak taknak keje ngan ayah ke?’


Dah akak plak.. kejap akak kejap cikgu..😅😅😅


Friday, 7 December 2018

Happy 1st Anniversary💕

8/12/18 | sabtu

My husband is a good man. Eventhough we argue a lot but he always keep being on my side. 

A bit similar mcm my dad. But i think all girls are like that maybe. Ciri2 seorang suami tu mesti ada kena-mengena ngan ayah kita sendiri.

And after a year married, i can see my husband is quite a lot mcm my father. Suka mengongkong but at the same time dia sangat2 sayangkan isteri dia.

Love u huns & thanks for everything! 💕💖 


Happy anniversary my dear💕


Friday, 30 November 2018

Pengalaman masuk bilik operation

5/11/18 hari isnin

Sis kena admit masuk day-case punya operation untuk pembedahan nak amek sel tisu kat bahagian sendi pergelangan tangan.

2 jam lebih operation. Sedar2 badan terus menggigil, tekak rasa sakit. Pening kepala.

Doktor cepat2 hantar masuk bilik wad. Doktor cakap kena tunggu sampai leh telan air makan biskut buang air kecik baru leh admit kuar. Husband plak dah tak sabar2 nak tunggu discharge sebab tanak duk hospital lama2. Saya paham tak salahkan husband pun. Dalam sejam lebih gak dah boleh minum air makan biskut and kencing. Lepas tu terus discharge siap2.

12/11/18 hari isnin

Day-8 after operation.
Tekak dah tak berdarah start semalam.
Alhamdulillah. Lega. Tapi masalah lain tak setel lagi, ulser mulut. Semalam gi klinik doktor cakap kena avoid makan makanan keras and minuman panas.

Fuhh agak perit jugak nak tunggu betul2 fully recover. Tangan tak setel lagi. Mulut plak sakit.

Imagine that my daily food is nasi kosong and sup sayur tambah buah oren sikit je bleh makan hari2 sebab mulut tak tahan sakit nak telan banyak2. Yang tu je mampu makan tiap hari. Nak taknak kena telan. Kalau tak telan perut lapar. Perit dia tu tuhan je yang tau😢

Alhamdulillah selera makan takat ni tak penah hilang. Cuma semangat je yang kadang2 ada kadang2 terbang jap.

And hari ni plak husband dah kene masuk keje takleh duk rumah dah. So pape kena survive jugak sorang2. Pakse diri makan nasi kosong ngan sup sayur je. Buah oren kena tunggu husband balik potong baru leh makan. Tu pun tak banyak leh telan, salu mesti leh telan separuh je sebab dia punya pedih ulser mulut tu pehh tuhan je yang tau mahasakit dia 😭😭

26/11/18 hari isnin

Alhamdulillah dah fully recovered!
Syukurr ya Allah terasa macam nikmat kesihatan dapat balik 😭😭
Dah boleh makan macam biasa cuma ada la pantang sikit2 tapi nafsu makan tu tetap ada. Hehe..

-yaya-

Wednesday, 10 October 2018

KELEBIHAN BUNGA CALENDULA UNTUK KECANTIKAN & KESIHATAN


Minyak bunga Calendula dapat digunakan sebagai ubat luar dan dalam. Terdapat beberapa manfaat atau kelebihan yang ada pada minyak yang kamu ambil dari bunga tersebut:
1.      AROMATERAPI
Bunga calendula dikatakan mempunyai sifat yang menenangkan. Minyak bunga Calendula dapat digunakan sebagai aromaterapi juga. Pijat aromaterapi dengan minyak bunga Calendula dapat membantu menyembuhkan luka, menyegarkan serta meregenerasi kulit.
2.      MENGURANGKAN INFEKSI KULIT
Ketika bayi menggunakan diapers atau pampers, biasanya akan terjadi ruam di bahagian tersebut. Minyak bunga Calendula boleh digunakan untuk menyembuhkannya. Selain itu, minyak bunga Calendula juga dapat melembapkan kulit yang kering serta pecah-pecah.
3.      ANTI INFLAMASI
Jika kulit anda mengalami keradangan atau gatal-gatal, anda juga boleh menggunakan minyak bunga Calendula untuk mengurangkannya. Selain itu, minyak bunga Calendula juga bermanfaat untuk mengurangkan pembengkakan otot, lebam dan terseliuh.



Antara manfaat lain juga, bunga Calendula juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai minuman teh herba. Bunga yang telah mekar dipetik dan diambil kelopaknya lalu dikeringkan. Amalan minum teh herba bunga ini juga dapat memberikan banyak kelebihan lain seperti;
1.      MENGATASI GANGGUAN PENCERNAAN
Jika anda mengalami masalah usus contohnya seperti perut terasa memulas, sakit ulser, gastrik dan sebagainya, cubalah untuk minum teh Calendula ni untuk kurangkannya. Selain itu, teh Calendula juga memiliki sifat detoksifikasi yang meneutralkan racun pada saluran pencernaan.
2.      MEMPERCEPAT PENYEMBUHAN & KUATKAN IMUN TUBUH
Komponen yang ada dalam bunga Calendula yang membuatkan warnanya jingga cerah adalah beta-carotene seperti pada lobak oren. Sebab itu jugalah bunga Calendula juga memiliki kandungan vitamin A yang tinggi. Beta-carotene juga memiliki fungsi sebagai anti-oksidan yang melindungi sel dari kerosakan. Mengamalkan minum teh ini juga dapat mempercepatkan penyembuhan ketika anda sakit.
3.      MENGURANGKAN SAKIT MENSTRUASI (SENGGUGUT)
Fungsi bunga Calendula yang lain adalah untuk mengatasi rasa sakit ketika period atau senggugut yang selalunya terjadi pada wanita. Jika anda sering mengalami sakit perut kram atau sakit kepala ketika period, cubalah untuk minum teh Calendula untuk kurangkan rasa sakit tersebut.
4.      MEMBANTU BERIKAN KULIT YANG SIHAT
Teh Calendula dapat membantu menghasilkan kolagen (collagen) yang memiliki fungsi anti-aging. Ramai orang juga menyimpan teh Calendula di dalam peti sejuk untuk digunakan sebagai ubat luar pada kulit. Dengan teh ini juga, anda boleh mengurangkan jerawat anda! Ini kerana, Calendula memiliki fungsi anti septik. Selain itu, teh Calendula juga dapat lembutkan dan menenangkan kulit cantik anda.
5.      ATASI SAKIT TEKAK & MATA MERAH
Jika anda merasa sakit tekak, atau sakit mulut, cubalah berkumur dengan teh Calendula. Teh Calendula juga dapat mengatasi masalah mata merah atau konjungtis. Caranya adalah dengan menggunakan teh Calendula sebagai pembilas mata.


Siapa sangka kan hanya dengan sekuntum bunga dapat memberi banyak manfaat kecantikan dan kesihatan ibarat seperti pohon kelapa yang memberikan banyak kegunaan seharian untuk manusia sejagat. Cubalah gunakan bunga calendula ni sama ada dari segi minyaknya atau dalam bentuk teh dan rasakan sendiri kebaikannya.