Wednesday, 9 September 2020

29 Jun 2020

Lahirnya tiga ekor bulus yang bernama

Oyen, Tom dan Jambul.


At first, those triplets wasn't our 

expected plan pun nak bela (still in

our consideration)


Tapi disebabkan takde orang nak adopt

Snowy (ibu meow) we just decided to let

Snowy and her triplets stay with us.


Seriously tak sabar nak tengok anak kucing

membesar senanya, they're so cute!


Today has been 9 days old for the kitten.

Selamat membesar my babies! ❤️


10 Sept 2020

2 bulan sudah 3 ekor bulus ni.

Oyen, Jambul n Labu (Tom)

Sweety (Snowy) lak mcm dah bunting balik je hurmm

<3


Thursday, 6 August 2020

SENSITIVE SKIN THERAPY (SST)

1. HONEY MILKY BATH (HMB)

Honey Olive Baby Bath is delicately produced in a soap factory that still uses traditional expertise. It is enriched with moisturising vegetable glycerine and botanical extracts to keep the skin supple in its most natural ambience. It cleanses sensitive skin, without stripping off its protective layer to prevent skin dryness and flakiness. Indulge in the luxurious honey goodness that will keep the skin safeguard.

2. RESCUE CREAM

Protect and soothe baby’s skin with this doctor-recommended formula. It is designed to keep the most sensitive skin hydrated, reduce itching and irritation. This rich and highly concentrated formula with oat and chamomile extract helps strengthen skin barrier and retain moisture.

3. RELIEF CLAY

A distinctive blend of clay and botanical extracts that relieves angry skin, freeing the skin from itching and redness while keeping the skin moisturized. It stays on for a long time, providing a protective barrier for the skin. This antimicrobial and antiseptic formulation contains all natural ingredients, including eucalyptus & tea tree essential oils as well as silver colloids. It is also free of steroids, fragrances, drying alcohols, preservatives and not tested on animals. People rave about its excellent effectiveness when applied as diaper cream.

4. CC RESTORE SALVE

CC signifies that this anti-bacterial and anti-redness salve is powered by 2 potent medicinal flowers which are Calendula and Chamomile. Both of them have the extract blend in Sunflower Oil makes a powerful mixture to soothe dry sensitive skin. Its transparent formulation makes it suitable for use on exposed areas such as face and hand for aesthetic purposes.


Whatsapp 019-9253089
Instagram: maryj.yaya

Wednesday, 15 July 2020

difficult pathways

Jalan hidup kita ni takkan pernah sama dengan orang lain.
Walau selaju mana pun kita jalan atau berlari, sentiasa akan ada orang di hadapan kita atau di belakang kita.
Tak kira lah apa saja yang orang lain buat takkan pernah sama dengan apa yang kita sedang buat sekarang sebab nobody can live in other's shoes right?

Still jangan pernah give up lagi,
teruskan berjalan sepertimana darah yang berjalan dalam tubuh badan kita tak pernah berhenti walau kita sedang tidur.

Saya selalu berfikir kenapa jalan hidup saya tak pernah sama dengan orang lain.
Dari dulu lagi saya suka merancang itu ini tapi apa yang terjadi mesti sebaliknya, there's always things happen in the middle terpaksa buat pilihan salah then stuck in the end.
Terus rasa macam, 'apa lah aku buat selama ni'

Always feels like what goes around comes around. Always stuck in difficult pathways tak jumpa jalan keluar. Dah tahap nangis air mata darah pun tetap tak jumpa.

Mungkin sebab dah hilang semangat nak hidup hari-hari kot (always in my mind).

Tapi itulah, tiap kali pikir balik, ada consequencesnya kenapa. Mungkin Allah nak tunjuk jangan lalai dengan kehidupan sekarang atau masih belum sampai waktu lagi sebab tu la apa yang kita hajat tak dapat-dapat lagi. Yang penting kena sabar jela.

Mungkin ada benda yang tak selesai lagi tapi tak perasan tak sedar sebab buat-buat tak nampak. Entahlah.

Most importantly, Allah masih bersama kita sehingga waktu kita bertemu dengan Maha Pencipta segalanya one day itu je yang saya yakin. Sebab tiap kali dalam keadaan lost taktau buat apa time tu lah Allah datangkan ilham macam mana nak tenangkan perasaan nak get up balik.

Sifat azali manusia sentiasa gelisah bila pikirkan benda yang tak pasti dalam hidup ni.
It's never easy.

InshaAllah.

Saya doakan semuanya berada dalam keadaan baik-baik sahaja walaupun dengan keadaan musim virus berbahaya sekarang.

Always beware and stay cautious, keep safe distance and stay healthy all the time. yeah!

Monday, 1 June 2020

Apakah Punca Jerawat?


Sakit hati kan bila tengok ada jerawat tetiba je muncul kat atas muka ni. There’s several things sebenarnya yang jadi punca sebabkan jerawat naik atas muka kita ni.

Antara sebabnya ialah perubahan hormon. Perubahan hormon dalam badan boleh sebabkan berlakunya jerawat yang kita tak ingin and tak mahu pun wujud kat muka kita. Ada bermacam-macam hormon wujud dalam badan kita mengikut fungsi masing-masing contoh estrogen, progesteron and banyak lagi.

Bila terjadinya gangguan perubahan hormon disebabkan itulah boleh jadi timbulnya jerawat yang tak disangka-sangka.

Macam mana pulak nak elak ada gangguan perubahan hormon ni?

Salah satunya ialah jaga pemakanan dan kesihatan tubuh badan kita. 
Makan makanan yang banyak protein dan organik serta pemakanan seimbang boleh menolong kita untuk seimbangkan hormon dalam badan ni. 
Selain itu cuba banyakkan bersenam sebab dalam masa yang sama dapat elak dari tumbuh jerawat yang bukan-bukan atas muka kita.

Sebenarnya cara lain untuk elak/hilangkan jerawat dalam masa yang sama boleh jugak pakai Mary Jardin Face Oil. Antara kandungan dalam face oil Mary Jardin;

- Argan Oil
- Rosehip Oil
- Avocado Oil
- Sunflower Oil
- Castor Oil
- Jojoba Oil
- Lavender Essential Oil
- Tea Tree Oil
- Sea Buckthorn Oil
::
Tips face oil:
Face oil akan meresap dalam kulit lepas beberapa minit pakai.
Kulit normal biasanya guna 3 titik je dah cukup.
Kulit kering 4-5 titik.
Kulit berminyak kena kurangkan 1-2 titik.
Pastikan tangan dan muka bersih sebelum guna.





Whatsapp: 019-9253089
Instagram: maryj.yaya 


x

Friday, 6 March 2020

HAPPY WOMEN'S DAY MARCHING ON!

The word 'woman' starts with W
this is because most of the question starts with 'why', 'when', 'what' etc

be proud of being a girl, female, wife, mom, grandmom, great grandmom and great great grandmom cause we all bring a title of WOMAN.

Happy International Women's Day everyone!


Sunday, 16 February 2020

Majlis Pelancaran New Peony Bouquet Skincare


Baru-baru ini, Founder kepada produk Mary Jardin baru sahaja selesai mengadakan majlis pelancaran produk terbaru Mary Jardin iaitu, Peony Bouquet Set Skincare. Set Skincare yang dihasilkan oleh air tangan formula Dr. Maryam sendiri lebih menfokuskan kepada golongan yang berusia atau lebih dewasa bagi menangani masalah anti-aging atau penuaan.

Set Skincare Peony Bouquet memang sesuai untuk orang yang inginkan sentiasa nampak lebih segar dan fresh walaupun sudah menginjak usia tua. Ianya juga untuk mengembalikan keyakinan wanita yang sentiasa dibayangi wajah tua atau ingin kembali muda.

Majlis tersebut telah diadakan di HQ Mary Jardin, Star Avenue Mall pada 15hb Februari yang lalu.
Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh wakil dari Guardian sempena untuk memperkenalkan produk terbaru Mary Jardin di kedai-kedai Guardian. Jadi, peminat-peminat setia Mary Jardin juga boleh mengunjungi kedai-kedai Guardian yang terdekat untuk dapatkan set skincare Peony.

Bukan itu sahaja, Dr. Maryam Aziz juga telah menjemput tetamu jemputan artis atau pelakon terkenal iaitu Yatt Hamzah. Selain itu, instafamous seperti Kak Migha yang dikenali dalam media sosial Instagram (@nuramirah11) juga hadir bersama dengan lain-lain influencer untuk memeriahkan lagi majlis pada hari itu.

Aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan ialah seperti cabutan hadiah bertuah, free gift dan juga sesi mengambil gambar bersama Dr. Maryam selaku founder produk, artis dan juga instafamous-instafamous yang lain.

Namun begitu, Peony Bouquet skincare juga relevan untuk remaja yang mula ingin menjaga kecantikan wajah dari usia muda lagi. Harga Peony Bouquet Set Skincare yang bermula RM150 mengandungi 4 item; facial cleanser, face soap, sunscreen herbal dan juga serum.

Jangan lupa untuk dapatkan skincare yang terbaru dari Mary Jardin bukan sahaja di Guardian tapi juga melalui ejen-ejen terdekat yang sah.

Boleh juga contact sis Yaya di whatsapp 019-9253089 untuk lebih detail tentang produk baru peony bouquet.
Instagram: maryj.yaya
Facebook page: Mary J Yaya












Thursday, 13 February 2020

SMILE ON MY FACE



In dim memory
Even now it’s pretty faint
Even the name doesn’t come up well
That day was so clear

Maybe you’re a heart breaker
I must have broken my heart
If you look at me like this
I think everything is alright now

I came across you like that
You are forgotten in white again

Like the wind passing by
Disappearing naturally

I did it all with a smile on my face
Traces disappeared in my memory
I’ll come back to me
I’ll send it back with a smile

I did it all with a smile on my face
Nobody needs to hurt
I don’t catch you moving away
I smile and let you go
With a smile on my face

Stand idle for a long time
I look at you far away
I don’t understand why
Like the day I sent you

I asked why
You hugged me without saying anything
I knew that was our end
You are so far away

In fact, everything about you is clear
Everything until your name’s eyes

Deep into the memory of love
Bury it naturally

I did it all with a smile on my face
Traces disappeared in my memory
I’ll come back to me
I’ll send it back with a smile

I did it all with a smile on my face
Nobody needs to hurt
I don’t catch you moving away
I smile and let you go
With a smile on my face

I’ll have something if you want
I’ll be here like this


-exo, lyrics-

Wednesday, 12 February 2020

virus terbaru nCoV


Assalamualaikum
Lamanya dah tak menulis
Berkurun sampai berhabuk dah otak ni
Punyalah mood nak menulis tu tak sampai
Sampai masuk tahun baru 2020 pun takleh nak update blog lagi
Sedihhhh

Laptop ni pun dah tak lama dah
Nak tunggu ‘on’ saja berejam
Mana nak datang mood nak menulis tu
Asyik ‘lag’ je manjang
Sabo jela yop

Kalau cakap pasal travel ni semua orang suka travel kan
Tapi memandangkan sekarang tengah musim nCoV atau disebut Novel Coronavirus, semua orang tengah berhati-hati sekarang
Banyak dah negara lapor kes pasal ncov ni
Bukan main-main virus ni
Serang takde warning
Tengok-tengok dah ada beribu dah kes kematian dari awal Januari hari tu lagi
Ni pun tak stop lagi
Cumanya Malaysia ada la bagi berita baik hari tu yang pesakit ncov dari China dah sembuh
Alhamdulillah.. selamat.. negara masih dalam kawalan.. buat masa ni..

Semoga kes ni cepat-cepat la jumpa penawar atau vaksin penyakit ni
Sebelum tular kat negara kita ni
Semoga semua orang sentiasa berada dalam lindungan Tuhan
Aminn..



Monday, 30 September 2019

COLLAGEN SERUM BOTOL BARU (NEW BOTTLE)

Hi and Assalamualaikum :)

Lama sudah tak update blog ni. Macam biasa bersarang kan huhu.

Ok hari ni yaya nak cakap pasal Collagen Serum Mary Jardin. 

Ade orang cakap takut nak pakai skincare bukan-bukan sebab nanti muka jadi lagi teruk.

Nak-nak yang ade jerawat kat muke lagi la risau bertambah-tambah plak masalah kat muke ni dah la hari-hari keje nak kene hadap orang lain kan.

Tapi jangan risau sebab mary jardin takkan buat skincare sesuka hati dan bagi orang pakai sapu kat muka sesuka hati.

Memang kalau ikutkan ade yang serasi dan ade yang tak serasi. 

Jadi mary jardin sentiasa nasihatkan pengguna yang baru nak pakai set mary jardin ni rawat jerawat kat muka dengan set basic item dulu bagi kecut sikit jerawat sampai hilang. 

Then barulah leh guna collagen serum mary jardin ni. Sebab dalam collagen serum ni ade BANYAK BAHAN AKTIF.

Biasenye peminat collagen serum yang dah tahu pasal ni selalu repeat order. Lagi-lagi yang sukakan produk organik & natural baru lah kulit muka nampak sihat ceria je.

Kalau nak tau sekarang tengah promo Mary Jardin Basic Item yang mengandungi:
face soap
face oil
detox clay mask
Harga 1 set Basic Item RM99.90
Harga asal RM151. Jimat RM51.10 wang anda.



Untuk Set Essential ada:
face soap
face oil
collagen serum
Harga 1 set RM199. Normal price RM204 so jimat RM5.



Botol collagen serum plak kali ni dalam botol baru so cepat-cepat la grab sekarang!

Dm yaya kalau nak tau lebih lanjut ok :)
http://maryjalia.wasap.my/60199253089

Thursday, 22 August 2019

9 MANFAAT SERUM





Zaman sekarang ni ramai yang dah sedar serum adalah salah satu kecantikan yang sentiasa diperlukan oleh wanita zaman sekarang.

Pentingnya serum collagen ni sesuai dengan wanita yang sentiasa kerja siang malam. 

Samalah jugak dengan kulit muka kita always kerja 24 jam untuk pastikan muka sentiasa segar and fresh sepanjang hari kan.

Apa beza serum dengan face oil?

Selalunya serum ni water-based.
Face oil pulak of course la oil-based.

Kalau ikut teknik pakai, pakai yang water-based dulu baru pakai yang oil-based.
Satu kaedah lagi pakai yang cair ke yang pekat. 
(cair-->pekat)
Fungsi serum selalunya targeted purpose. Contohnya anti-penuaan, hilangkan kedut.
Face oil pulak lebih kepada pelembap nak elak kulit muka kita ni kering.

ada 9 manfaat serum untuk kulit wajah kita;

1. Membuat struktur kulit lebih anjal dan kenyal

2. Melembapkan kulit wajah

3. Menyamar kedutan pada wajah dan leher

4. Melambatkan proses penuaan

5. Melicinkan serta mencerahkan warna kulit

6. Memberikan sensasi kulit bersinar yang lebih cerah

7. Menutrisikan kulit

8. Mencegah pengaruh buruk pencemaran udara dan efek sinar matahari

9. Menghilangkan flek pada wajah

<3



RIGHT STEPS FOR CLEANSING FACE

Hi and good day to all ladies out there :)

Today nak share pasal the right way in cleansing our face sebab mesti ada antara kita yang acuh tak acuh pakai skincare or pandang ringan je bab ni.



So dalam Essential Set Mary Jardin ni simple je.
Tak banyak step cuma ada 3 ada je.

1. Mula-mula cuci muka dengan face soap MJ



2. Then apply collagen serum MJ



3. Lastly, just sapu face oil MJ yang bertindak sebagai moisturizer



done!

Senang je kan?
Face soap > serum > face oil

basically ini basic step untuk daily face cleansing


Memang sesuai untuk ladies yang sukakan simple & elegant skincare <3

Notes:
# Apply 2x daily, pagi & malam sebelum tidur
# Pastikan jarak antara 1-2 minit lepas pakai serum & face oil sambil buat urutan di muka


bawah ni yaya share sekali my own daily routine skincare;

a) Cleanser/face soap
b) Toner
c) Serum
d) Moisturizer/face oil

**no. b is optional

So don't forget to dm me down here for more details about MJ!

019-9253089 (WA) instagram: maryj.yaya

have a nice day!
<3

CUCI MAKEUP

Okay untuk cuci makeup ni biasanya orang pakai term double cleansing.

Apa itu double cleansing?
Semestinya cuci muka 2 kali kan.

Ada 3 teknik double cleansing,
Satu, guna face oil, buat teknik ocm (oil-cleansing method) kemudian basuh muka sekali lagi guna cleanser.

Dua, guna cleansing oil, then basuh sekali lagi guna cleanser.

Tiga. Basuh guna cleanser 2 kali.

Nanti yaya share apa itu teknik oil-cleansing method di lain post ye.


<3

Thursday, 8 August 2019

TIPS MAKEUP TANPA JERAWAT

1. Guna makeup original.

2. Pastikan makeup dan skincare serasi dengan kulit muka.

3. Pilih makeup yang ada label non-comedogenic, non-acnegenic dan hypoallergenic.

4. Prepping muka.

5. Pastikan peralatan makeup bersih.

6. Jangan makeup terlalu kasar.

7. Jangan makeup guna tangan.

8. Jangan picit jerawat masa makeup.

9. Jangan guna makeup untuk tutup jerawat.

10. Pastikan cuci makeup dengan bersih.

11. Makeup free day! Pastikan ada satu hari tanpa makeup di muka :)



Sharing by Nur Faizah Raziqin
Date: 25 Julai 2018

4 THINGS THAT MAKE YOUR SKINCARE DOESN'T WORK PROPERLY

Have we ever wonder why sometimes certain skincare we're using didn't work properly?

1. Using too much or too little ie. facial soap, lotion etc.

Sometimes we're too afraid to use them in right amount so we simply take it too much or too little.

Sebab certain product yang ade bahan aktif contoh macam benzoyl peroxide atau retinol sometimes can give you ineffectively reaction to your skin and mudah dapat keradangan  sekali.

2. Apply when your skin is too dry.

Bila kulit terlalu kering susah untuk produk tu buat kerja. Therefore, it is very advisable basahkan dulu kulit muka dengan air or face mist before applying any skincare product.

3. Giving insufficient time period for skincare to make it works.

Ade certain product kita rasa tak yakin nak guna sebab tak nampak kesan lagi so kita cepat-cepat tukar yang lain which it gives you less sufficient time to show how it works. Most organic skincare products take time to work well on your skin usually 1 to 3 months. Take your time ok.

4. No scrubbing at all. 

Make sure does face scrubbing too.

Sometimes our skin pore ni covered from things like minyak, kotoran or sel-sel kulit mati yang kita tak nampak. So make sure does your face scrubbing periodically at least once a week to ensure your skincare can work effectively on your face skin.


MACAM MANA NAK TAU JENIS KULIT MUKA KITA YANG MANA

HOW TO FIGURE OUT YOUR SKIN TYPE?
Take the test and let's find out!
_________________________________________


Antara langkah-langkah yang kita boleh buat untuk kenal pasti jenis kulit kita macam mana;

LANGKAH 1:
Keluarkan sebarang solekan. Gunakan makeup remover untuk menghapus semua kesan solekan dari wajah. 

LANGKAH 2:
Basuh muka anda. Basuh wajah anda dengan air hangat, kemudian tuangkan jumlah saiz yang lembut dari pembersih muka lembut di telapak tangan dan urut dengan lembut. Kemudian lap muka dengan tuala muka. 

LANGKAH 3:
Sebelum tidur, pastikan tidak memakai sebarang skincare.
Bila bangun pagi, itu adalah waktu terbaik untuk ketahui jenis kulit kita.

Orang kata 'natural beauty' bangun pagi-pagi.

Kalau rasa kulit muka tak kejang, tak berminyak tu kira normal lah. Kalau rasa tegang je di dahi dan pipi jenis kulit kering. Kalau satu muka rasa berminyak boleh goreng Ayam KFC tu oily lah tu. 

Kalau T zone, dahi dan hidung berminyak, dagu kering jenis kombinasi. Kalau jenis merah, bengkak-bengkak tu jenis sensitif.

Keadaan kulit kita mungkin berubah-ubah atas banyak faktor contohnya: umur, kesihatan, musim, suhu, pencemaran atau asap.

Perasan tak, masa bulan puasa tu kulit kita jadi kering sikit? Kalau kurang air pun boleh jadi kering kulit betul tak? Tapi ada juga yang kulit time bulan puasa cantik je, maklumlah pemakanan pun terjaga time tu.




Kat bawah ni pula perbezaan untuk kulit berminyak dengan kulit kering. Biasanya kulit berminyak ni mudah naik jerawat, kulit pun nampak berkilat je dari jauh. Kulit kering pula kita boleh nampak garis-garis halus dengan jelas. 



Class note mja: How to work out your skin type.
Date: 17 Julai 2019
Sharing by Syaza Syahriza.

Tuesday, 5 March 2019

Habit


Semua orang ada habit masing-masing. Habit ni maksudnya kelakuan yang kita biasa buat dalam hidup kita hari-hari. Well, sis ada satu habit ni tak tau nape sis suka sangat dengar talk orang. Maksudnya, rasa puas bila dengar orang bercerita atau talk something interesting. Tak tau la maybe sebab dunia sekarang kan dah makin maju. Orang dah tak dengar berita kat TV atau dengar lagu kat radio je. Zaman sekarang ni bersepah medium sosial atau aplikasi yang orang boleh dengar or tengok anytime anywhere.

Fuhh.. betapa pantasnya masa sekarang. Zaman sis kecik-kecik dulu. Payah ya amat nak cari hiburan. Hiburan paling senang sekali TV and radio jelah. Masa tu memang la ada computer tapi mana lah mampu nak beli computer lipat-lipat ni. Orang banyak duit boleh la kan. Zaman masa sis kecik ye jangan salah paham lak. Time sis masuk belajar university baru sis jinak-jinak ngan computer lipat or orang panggil laptop hehe…

Kalau zaman sekolah tu tayah cakap la. Ingat lagi masa sis sekolah rendah, sis sanggup hendap tengah malam bukak tv semata-mata nak tengok movie cite best. Sebab mak ayah sis jenis yang sangat tegas. Budak kecik takleh tidur lewat malam. Yelah esok pagi kena pegi sekolah kan. Kalau kantoi memang mendapat la dari parents waktu tu huhu..

Ok. The point sis nak gitau kat sini sebenarnya sis ada salah satu habit suka dengar orang bagi talk or speech lagi-lagi kalau pasal fakta. Bagi sis, orang yang pandai bercakap ialah orang yang sangat bijak! And sis akui sis memang lemah bab-bab bagi talk ni. Ada je yang fail atau rasa tak konfiden sangat. Time dah tua gini baru rasa nyesal kenapa la dulu tak penah praktis rajin-rajin. Sis memang jenis yang kena praktis dulu sebelum nak buat pape. Jarang buat benda spontan. Kalau tetibe kena bagi talk spontan haa memang ke laut lah talk sis cite dia. But since we grow older and banyak makan garam sikit (I’m almost reach 30s) lagi banyak benda sis rasa nak luah tapi tak mampu.

Jadi sis banyak follow influencer yang suka cakap pasal fakta or things yang make sense or boleh diterima akal. Lagi-lagi zaman sekarang ni terlalu ramai yang cuba untuk jadi influencer. Zaman dulu sis tengok hanya blogger-blogger atau youtuber je yang boleh pegi jauh. Tapi sekarang bila dah belambak media sosial contonhnya Instagram, twitter, facebook, wechat and seangkatannya, makin ramai influencer yang tak berfaedah. Maksudnya viral hanya untuk bisnes semata. Kononnya bila dah famous boleh buat duit masyuk tayah pikir income bulan-bulan dah.

Goshhh! Kalau macam ni la pemikiran generasi sekarang rasa macam scary sangat. Dah tu macam mana budak-budak sekolah sekarang nak capai tahap akademik yang tinggi. Dunia sekarang dunia tanpa batasan. Dah tahap zaman hampir kiamat dah (nauzubillah). Fitnah berleluasa, maksiat, pembuangan bayi, transgender and macam-macam lagi. Memang menakutkan!

Sis rasa sis dah tersimpang jauh sikit. Sebenarnya point sis nak sembang pasal habit dengar orang talk je. Bagi sis, influencer yang berilmiah patut lagi dilonjak berbanding influencer yang famous semata-mata kerana duit. Semoga generasi zaman kini boleh berfikir dengan lagi bijak dari segi ilmu pengetahuan yang lebih luas bukan sekadar nak show off atau menunjuk-nunjuk sedangkan masa terbuang sia-sia macam tu je.

Perjalanan kita ni makin lama makin singkat bukannya makin panjang. Maksudnya, perjalanan bertemu Allah. Harap sama-sama lah kita pikir bagaimana cara kita nak bertemu Allah di titik pengakhiran nanti. Sentiasalah mohon petunjuk dan perlindungan dari-Nya dari keburukan dunia. InshaAllah. Jazakumullahu khairan kathira.


Wednesday, 6 February 2019

Trippin' to Jeju (Part 2)


Day 5 | 11 Januari 2019 | Jumaat

We heading towards Jeju Ice Museum. Jeju Ice Museum ni takdelah famous mane memandangkan muzium dia kecik je so memang tak ramai orang kat sini. Waktu memula sampai pun kami orang first sampai kot. Boleh lah nak main-main kejap kat sini sambil try Playbox VR sebab tak penah lagi try. Lepas je checkout dari hotel Oceantree terus direct datang sini sebab tanak bazir masa kat Jeju ni. Hari ni kami akan check in hotel Maro plak kat bandar Jeju.

Then lepas tu kami terus gerak ke Seongsan Ilchulbong. Apa yang menarik kat sini Seongsan Ilchulbong merupakan salah satu kawah gunung berapi satu masa dulu tapi sekarang dah mati. So jadi tempat pelancongan untuk orang ramai datang sini tengok sendiri kawah gunung berapi ni. Tempat ni memang menarik and cantik sangat dengan ladang kuning kehijauan. Kalau ada yang berminat nak hiking boleh try panjat tangga sampai atas memang cantik sangat view dari atas. Boleh nampak view Pulau Jeju dari puncak Seongsang.  

Pemandangan Pulau Jeju dari puncak Seongsan Ilchulbong.



Tapi kalau tak larat boleh ambik gambar dari bawah je pun dah cantik.

Then, turun dari puncak Seongsang, kami singgah di kedai makan Uribong Sikdang. Kedai ni memang famous ngan orang Malaysia sebab hidang makanan halal. Most hidangan pun memang berasaskan seafood sebab takde daging. Ibarat macam makan kat kedai ikan bakar tepi pantai gitu la. Pulau Jeju ni memang famous ngan kedai makan seafood.

Kedai makan Uribong Sikdang.

Lepas lunch, kami menuju ke canola field plak. Canola Field ni tak jauh pun dari Seongsang sebab dia kat tepi-tepi jalan. Kalau korang perasan on the way nak keluar dari bandar ada banyak sangat diorang tanam kat tepi jalan ni. Memang cantik. Tapi untuk ambik gambar kat sini just kena bayar 1000 won sebab ada tukang jaga kat sini.

Canola field


Ok, malam tu dah check in hotel, kami jalan-jalan cari makan kat pasar Dongmun market. Dongmun market ni takde la besar sangat. Diorang ade banyak jual barang-barang basah dan buah limau. Trademark Pulau Jeju ni memang bersepah ngan buah limau. Mana-mana pun ada jual. Yaya pun sempat rasa minum air limau dia memang terbaik fresh dari ladang!



Untuk yang nak try food street pun ada banyak kat sini tapi hati-hati la ye. Pastikan halal tau.

Kami beli ketam goreng & fries
kalau bosan jalan-jalan kat kedai basah, ade jugak kedai jual baju, dll. kat bawah tanah.
yang ni salah satu kedai makan RM penah datang tapi jangan masuk la sebab tak halal.


Day 6 | 12 Januari 2019 | Sabtu

Keesokannya, Yaya and husband keluar awal sikit sebab nak drive naik Gunung Hallasan. Kami jangkakan salji akan turun harini sebab dah cek weather forecast tiap-tiap hari. Alhamdulillah sempat gak la merasa salji turun waktu drive nak naik tu. Salji tak turun lebat sangat sebab semalam dah turun lebat start pukul 5 6 pagi gitu.



Kat Gunung Hallasan kami plan untuk hiking trail yang simple je taknak esktrem sangat. Selalunya orang yang nak hiking waktu musim salji ni kena ada complete set alat hiking sebab takut track licin penuh salji. Yaya sendiri pun pakai kasut bukan kasut hiking so just santai-santai je kat atas ni.


Yeongsil trail

dekat belakang tu nampak view gunung Hallasan.


Day 7 | 13 Januari 2019 | Ahad

Hari ni kami plan untuk pegi Jeju Rail Bike. Jeju Rail Bike ni lebih kurang je macam waktu Yaya pegi Gangchon Rail Bike masa kat Seoul. Kat sini takde apa yang menarik sangat sebab datang musim salji ada banyak rumput and pokok2 kering je. Kalau datang musim bunga mungkin boleh tengok bunga-bunga cantik kat sini. Salah satu tarikan kat sini boleh bagi makan haiwan ternakan. Sempat jugak la Yaya bagi makan kat kambing biri2 ngan rusa.




Lepas tu, kami pergi ke Maze Land. Maze Land ni merupakan salah satu tempat yang Running Man penah datang. Episod berapa Yaya taktau sebab dah lama dah tak layan RM. Tarikan kat sini boleh try masuk maze park and try cari jalan keluar. Tapi kitorang masuk 1 jenis je sebab penat nak cari jalan keluar tu terlalu besar sangat kawasan dia. Kat dalam ni ada banyak jenis maze park and korang pilih mana satu nak masuk.




Lepas lunch, kami terus gerak pegi Sangumburi Craters. Sangumburi pun merupakan salah satu bekas kawah gunung berapi kat sini.

makan aiskrim green tea lagi kat sini
favourite betul!


Day 8 | 14 Januari 2019 | Isnin

Bergerak pulang ke Jeju Airport lepas checkout hotel, terus hantar kereta sewa. Alhamdulillah. Walaupun tak sempat nak cover semua tempat sebab tak cukup masa tapi inshaAllah kami akan cuba datang lagi untuk pegi tempat lain plak. Musim winter kat sini waktu magrib dia memang awal so satu hari memang tak banyak tempat boleh cover. Contoh waktu nak pegi tengok Pantai Jusangjeoli beach kami tak sempat nak masuk sebab dah tutup.  Next time kalau datang sini lagi inshaAllah cuba pegi tempat lain plak.

PERINGATAN. Untuk yang nak tau macam mane guna gps kat jeju ni, gps jeju memang fully guna bahasa korea. Nak senang, korang kena save no tel setiap tempat untuk masuk dalam gps. Pastikan tanya dulu orang kat tempat kete sewa kalau tak tau cara guna. Diorang akan ajar satu2.
.
.
.

So thanks for those who reading this. May Allah bless your trip!