1. Guna makeup original.
2. Pastikan makeup dan skincare serasi dengan kulit muka.
3. Pilih makeup yang ada label non-comedogenic, non-acnegenic dan hypoallergenic.
4. Prepping muka.
5. Pastikan peralatan makeup bersih.
6. Jangan makeup terlalu kasar.
7. Jangan makeup guna tangan.
8. Jangan picit jerawat masa makeup.
9. Jangan guna makeup untuk tutup jerawat.
10. Pastikan cuci makeup dengan bersih.
11. Makeup free day! Pastikan ada satu hari tanpa makeup di muka :)
Sharing by Nur Faizah Raziqin
Date: 25 Julai 2018
Thursday, 8 August 2019
4 THINGS THAT MAKE YOUR SKINCARE DOESN'T WORK PROPERLY
Have we ever wonder why sometimes certain skincare we're using didn't work properly?
1. Using too much or too little ie. facial soap, lotion etc.
Sometimes we're too afraid to use them in right amount so we simply take it too much or too little.
Sebab certain product yang ade bahan aktif contoh macam benzoyl peroxide atau retinol sometimes can give you ineffectively reaction to your skin and mudah dapat keradangan sekali.
2. Apply when your skin is too dry.
Bila kulit terlalu kering susah untuk produk tu buat kerja. Therefore, it is very advisable basahkan dulu kulit muka dengan air or face mist before applying any skincare product.
3. Giving insufficient time period for skincare to make it works.
Ade certain product kita rasa tak yakin nak guna sebab tak nampak kesan lagi so kita cepat-cepat tukar yang lain which it gives you less sufficient time to show how it works. Most organic skincare products take time to work well on your skin usually 1 to 3 months. Take your time ok.
4. No scrubbing at all.
Make sure does face scrubbing too.
Sometimes our skin pore ni covered from things like minyak, kotoran or sel-sel kulit mati yang kita tak nampak. So make sure does your face scrubbing periodically at least once a week to ensure your skincare can work effectively on your face skin.
1. Using too much or too little ie. facial soap, lotion etc.
Sometimes we're too afraid to use them in right amount so we simply take it too much or too little.
Sebab certain product yang ade bahan aktif contoh macam benzoyl peroxide atau retinol sometimes can give you ineffectively reaction to your skin and mudah dapat keradangan sekali.
2. Apply when your skin is too dry.
Bila kulit terlalu kering susah untuk produk tu buat kerja. Therefore, it is very advisable basahkan dulu kulit muka dengan air or face mist before applying any skincare product.
3. Giving insufficient time period for skincare to make it works.
Ade certain product kita rasa tak yakin nak guna sebab tak nampak kesan lagi so kita cepat-cepat tukar yang lain which it gives you less sufficient time to show how it works. Most organic skincare products take time to work well on your skin usually 1 to 3 months. Take your time ok.
4. No scrubbing at all.
Make sure does face scrubbing too.
Sometimes our skin pore ni covered from things like minyak, kotoran or sel-sel kulit mati yang kita tak nampak. So make sure does your face scrubbing periodically at least once a week to ensure your skincare can work effectively on your face skin.
MACAM MANA NAK TAU JENIS KULIT MUKA KITA YANG MANA
HOW TO FIGURE OUT YOUR SKIN TYPE?
Take the test and let's find out!
_________________________________________
Antara langkah-langkah yang kita boleh buat untuk kenal pasti jenis kulit kita macam mana;
LANGKAH 1:
Keluarkan sebarang solekan. Gunakan makeup remover untuk menghapus semua kesan solekan dari wajah.
LANGKAH 2:
Basuh muka anda. Basuh wajah anda dengan air hangat, kemudian tuangkan jumlah saiz yang lembut dari pembersih muka lembut di telapak tangan dan urut dengan lembut. Kemudian lap muka dengan tuala muka.
LANGKAH 3:
Sebelum tidur, pastikan tidak memakai sebarang skincare.
Bila bangun pagi, itu adalah waktu terbaik untuk ketahui jenis kulit kita.
Orang kata 'natural beauty' bangun pagi-pagi.
Kalau rasa kulit muka tak kejang, tak berminyak tu kira normal lah. Kalau rasa tegang je di dahi dan pipi jenis kulit kering. Kalau satu muka rasa berminyak boleh goreng Ayam KFC tu oily lah tu.
Kalau T zone, dahi dan hidung berminyak, dagu kering jenis kombinasi. Kalau jenis merah, bengkak-bengkak tu jenis sensitif.
Keadaan kulit kita mungkin berubah-ubah atas banyak faktor contohnya: umur, kesihatan, musim, suhu, pencemaran atau asap.
Perasan tak, masa bulan puasa tu kulit kita jadi kering sikit? Kalau kurang air pun boleh jadi kering kulit betul tak? Tapi ada juga yang kulit time bulan puasa cantik je, maklumlah pemakanan pun terjaga time tu.
Kat bawah ni pula perbezaan untuk kulit berminyak dengan kulit kering. Biasanya kulit berminyak ni mudah naik jerawat, kulit pun nampak berkilat je dari jauh. Kulit kering pula kita boleh nampak garis-garis halus dengan jelas.
Class note mja: How to work out your skin type.
Date: 17 Julai 2019
Sharing by Syaza Syahriza.
Tuesday, 5 March 2019
Habit
Semua orang ada
habit masing-masing. Habit ni maksudnya kelakuan yang kita biasa buat dalam
hidup kita hari-hari. Well, sis ada satu habit ni tak tau nape sis suka sangat
dengar talk orang. Maksudnya, rasa puas bila dengar orang bercerita atau talk
something interesting. Tak tau la maybe sebab dunia sekarang kan dah makin
maju. Orang dah tak dengar berita kat TV atau dengar lagu kat radio je. Zaman sekarang
ni bersepah medium sosial atau aplikasi yang orang boleh dengar or tengok anytime
anywhere.
Fuhh.. betapa
pantasnya masa sekarang. Zaman sis kecik-kecik dulu. Payah ya amat nak cari
hiburan. Hiburan paling senang sekali TV and radio jelah. Masa tu memang la ada
computer tapi mana lah mampu nak beli computer lipat-lipat ni. Orang banyak
duit boleh la kan. Zaman masa sis kecik ye jangan salah paham lak. Time sis
masuk belajar university baru sis jinak-jinak ngan computer lipat or orang
panggil laptop hehe…
Kalau zaman
sekolah tu tayah cakap la. Ingat lagi masa sis sekolah rendah, sis sanggup
hendap tengah malam bukak tv semata-mata nak tengok movie cite best. Sebab mak
ayah sis jenis yang sangat tegas. Budak kecik takleh tidur lewat malam. Yelah esok
pagi kena pegi sekolah kan. Kalau kantoi memang mendapat la dari parents waktu
tu huhu..
Ok. The point
sis nak gitau kat sini sebenarnya sis ada salah satu habit suka dengar orang
bagi talk or speech lagi-lagi kalau pasal fakta. Bagi sis, orang yang pandai
bercakap ialah orang yang sangat bijak! And sis akui sis memang lemah bab-bab
bagi talk ni. Ada je yang fail atau rasa tak konfiden sangat. Time dah tua gini
baru rasa nyesal kenapa la dulu tak penah praktis rajin-rajin. Sis memang jenis
yang kena praktis dulu sebelum nak buat pape. Jarang buat benda spontan. Kalau tetibe
kena bagi talk spontan haa memang ke laut lah talk sis cite dia. But since we
grow older and banyak makan garam sikit (I’m almost reach 30s) lagi banyak
benda sis rasa nak luah tapi tak mampu.
Jadi sis banyak
follow influencer yang suka cakap pasal fakta or things yang make sense or
boleh diterima akal. Lagi-lagi zaman sekarang ni terlalu ramai yang cuba untuk
jadi influencer. Zaman dulu sis tengok hanya blogger-blogger atau youtuber je
yang boleh pegi jauh. Tapi sekarang bila dah belambak media sosial contonhnya Instagram,
twitter, facebook, wechat and seangkatannya, makin ramai influencer yang tak
berfaedah. Maksudnya viral hanya untuk bisnes semata. Kononnya bila dah famous
boleh buat duit masyuk tayah pikir income bulan-bulan dah.
Goshhh! Kalau macam
ni la pemikiran generasi sekarang rasa macam scary sangat. Dah tu macam mana
budak-budak sekolah sekarang nak capai tahap akademik yang tinggi. Dunia sekarang
dunia tanpa batasan. Dah tahap zaman hampir kiamat dah (nauzubillah). Fitnah berleluasa,
maksiat, pembuangan bayi, transgender and macam-macam lagi. Memang menakutkan!
Sis rasa sis dah
tersimpang jauh sikit. Sebenarnya point sis nak sembang pasal habit dengar
orang talk je. Bagi sis, influencer yang berilmiah patut lagi dilonjak
berbanding influencer yang famous semata-mata kerana duit. Semoga generasi
zaman kini boleh berfikir dengan lagi bijak dari segi ilmu pengetahuan yang
lebih luas bukan sekadar nak show off atau menunjuk-nunjuk sedangkan masa
terbuang sia-sia macam tu je.
Perjalanan kita ni
makin lama makin singkat bukannya makin panjang. Maksudnya, perjalanan bertemu
Allah. Harap sama-sama lah kita pikir bagaimana cara kita nak bertemu Allah di
titik pengakhiran nanti. Sentiasalah mohon petunjuk dan perlindungan dari-Nya
dari keburukan dunia. InshaAllah. Jazakumullahu khairan kathira.
Wednesday, 6 February 2019
Trippin' to Jeju (Part 2)
Day 5 | 11 Januari 2019 | Jumaat
We heading towards Jeju Ice
Museum. Jeju Ice Museum ni takdelah famous mane memandangkan muzium dia kecik
je so memang tak ramai orang kat sini. Waktu memula sampai pun kami orang first
sampai kot. Boleh lah nak main-main kejap kat sini sambil try Playbox VR sebab
tak penah lagi try. Lepas je checkout dari hotel Oceantree terus direct datang
sini sebab tanak bazir masa kat Jeju ni. Hari ni kami akan check in hotel Maro
plak kat bandar Jeju.
Then lepas tu kami terus gerak ke
Seongsan Ilchulbong. Apa yang menarik kat sini Seongsan Ilchulbong merupakan
salah satu kawah gunung berapi satu masa dulu tapi sekarang dah mati. So jadi
tempat pelancongan untuk orang ramai datang sini tengok sendiri kawah gunung
berapi ni. Tempat ni memang menarik and cantik sangat dengan ladang kuning
kehijauan. Kalau ada yang berminat nak hiking boleh try panjat tangga sampai
atas memang cantik sangat view dari atas. Boleh nampak view Pulau Jeju dari
puncak Seongsang.
Pemandangan Pulau Jeju dari puncak Seongsan Ilchulbong.
Tapi kalau tak larat boleh ambik
gambar dari bawah je pun dah cantik.
Then, turun dari puncak Seongsang,
kami singgah di kedai makan Uribong Sikdang. Kedai ni memang famous ngan orang
Malaysia sebab hidang makanan halal. Most hidangan pun memang berasaskan
seafood sebab takde daging. Ibarat macam makan kat kedai ikan bakar tepi pantai
gitu la. Pulau Jeju ni memang famous ngan kedai makan seafood.
Kedai makan Uribong Sikdang.
Lepas lunch, kami menuju ke canola
field plak. Canola Field ni tak jauh pun dari Seongsang sebab dia kat tepi-tepi
jalan. Kalau korang perasan on the way nak keluar dari bandar ada banyak sangat
diorang tanam kat tepi jalan ni. Memang cantik. Tapi untuk ambik gambar kat
sini just kena bayar 1000 won sebab ada tukang jaga kat sini.
Canola field
Ok, malam tu dah check in hotel,
kami jalan-jalan cari makan kat pasar Dongmun market. Dongmun market ni takde
la besar sangat. Diorang ade banyak jual barang-barang basah dan buah limau. Trademark
Pulau Jeju ni memang bersepah ngan buah limau. Mana-mana pun ada jual. Yaya pun
sempat rasa minum air limau dia memang terbaik fresh dari ladang!
Untuk yang nak try food street pun
ada banyak kat sini tapi hati-hati la ye. Pastikan halal tau.
Kami beli ketam goreng & fries
kalau bosan jalan-jalan kat kedai basah, ade jugak kedai jual baju, dll. kat bawah tanah.
yang ni salah satu kedai makan RM penah datang tapi jangan masuk la sebab tak halal.
Day 6 | 12 Januari 2019 | Sabtu
Keesokannya, Yaya and husband
keluar awal sikit sebab nak drive naik Gunung Hallasan. Kami jangkakan salji
akan turun harini sebab dah cek weather forecast tiap-tiap hari. Alhamdulillah sempat
gak la merasa salji turun waktu drive nak naik tu. Salji tak turun lebat sangat
sebab semalam dah turun lebat start pukul 5 6 pagi gitu.
Kat Gunung Hallasan kami plan
untuk hiking trail yang simple je taknak esktrem sangat. Selalunya orang yang
nak hiking waktu musim salji ni kena ada complete set alat hiking sebab takut
track licin penuh salji. Yaya sendiri pun pakai kasut bukan kasut hiking so
just santai-santai je kat atas ni.
Yeongsil trail
dekat belakang tu nampak view gunung Hallasan.
Day 7 | 13 Januari 2019 | Ahad
Hari ni kami plan untuk pegi Jeju
Rail Bike. Jeju Rail Bike ni lebih kurang je macam waktu Yaya pegi Gangchon
Rail Bike masa kat Seoul. Kat sini takde apa yang menarik sangat sebab datang
musim salji ada banyak rumput and pokok2 kering je. Kalau datang musim bunga
mungkin boleh tengok bunga-bunga cantik kat sini. Salah satu tarikan kat sini
boleh bagi makan haiwan ternakan. Sempat jugak la Yaya bagi makan kat kambing
biri2 ngan rusa.
Lepas tu, kami pergi ke Maze Land.
Maze Land ni merupakan salah satu tempat yang Running Man penah datang. Episod
berapa Yaya taktau sebab dah lama dah tak layan RM. Tarikan kat sini boleh try
masuk maze park and try cari jalan keluar. Tapi kitorang masuk 1 jenis je sebab
penat nak cari jalan keluar tu terlalu besar sangat kawasan dia. Kat dalam ni
ada banyak jenis maze park and korang pilih mana satu nak masuk.
Lepas lunch, kami terus gerak pegi
Sangumburi Craters. Sangumburi pun merupakan salah satu bekas kawah gunung
berapi kat sini.
makan aiskrim green tea lagi kat sini
favourite betul!
Day 8 | 14 Januari 2019 | Isnin
Bergerak pulang ke Jeju Airport
lepas checkout hotel, terus hantar kereta sewa. Alhamdulillah. Walaupun tak
sempat nak cover semua tempat sebab tak cukup masa tapi inshaAllah kami akan
cuba datang lagi untuk pegi tempat lain plak. Musim winter kat sini waktu
magrib dia memang awal so satu hari memang tak banyak tempat boleh cover.
Contoh waktu nak pegi tengok Pantai Jusangjeoli beach kami tak sempat nak masuk
sebab dah tutup. Next time kalau datang
sini lagi inshaAllah cuba pegi tempat lain plak.
PERINGATAN. Untuk yang nak tau
macam mane guna gps kat jeju ni, gps jeju memang fully guna bahasa korea. Nak senang,
korang kena save no tel setiap tempat untuk masuk dalam gps. Pastikan tanya
dulu orang kat tempat kete sewa kalau tak tau cara guna. Diorang akan ajar
satu2.
.
.
.
So thanks for those who reading
this. May Allah bless your trip!
Thursday, 31 January 2019
REVIEW PAKAI FACE OIL & LIP BUTTER MARY JARDIN
Bulan lepas, yaya & husband pergi
travel ke Jeju as our trip this year. Both of us memang suka pergi travel
jalan-jalan tempat orang selain dari cari pengalaman baru and challenge
ourselves go travel as backpackers maksudnya jalan sendiri tanpa ada guide. And
nowadays pun memang mudah nak gi memane sebab apa-apa je boleh cari info
melalui internet.
So basically, Jeju ni adalah salah satu
pulau yang ada kat Korea. And pulau dia ni ibarat macam Pulau Langkawi kat
Kedah tapi bezanya saiz dia 3 kali ganda lagi besarlah. Yaya datang sini ngan
husband pun lebih kurang seminggu. So quite a lot tempat jugak la kitorang
sempat cover walaupun tak semua.
Kami memang suka datang musim winter sebab
suka tengok salji. And this time, dapat jugak lah tengok snow turun walaupun
takde la lebat sangat. Suhu kat sini waktu sampai 7hb hari tu dalam 7o
tak silap. Agak sejuk bagi yaya sebab yaya memang jenis tak tahan sejuk.
First day datang maybe tak nampak lagi
perubahan dekat kulit muka ni tapi after 2 3 days memang yaya apply siap2 krim
losyen kat badan sebab taknak kulit jadi kering. And untuk perlindungan kulit
muka, yaya apply face oil and lip butter. Face oil mary jardin ni memang
terbaik sebab dia tolong lembapkan kulit yaya dalam keadaan suhu sejuk. Suhu yang
rendah boleh menyebabkan kulit muka jadi kering sebab mengurangkan kelembapan
kulit muka. Lip butter plak membantu kekalkan kelembapan bibir kita. Even husband
yaya pun pakai sekali sebab tak tahan bibir jadi kering. Lepas 2 3 hari baru
lah bibir jadi tak kering sangat. Memang terbaik lah face oil & lip butter
mary jardin.
Kalau ada yang berminat nak order boleh
whatsapp yaya directly 0199253089 atau follow ig maryj.yaya. Cod area Kulim shj
ok.
lip butter mary jardin
face oil mary jardin
Trippin' Jeju with Love! (part 1)
Itinerary to Jeju, Korea | 8 hari 7 malam
Day 1 | 7 Januari 2019 | Isnin
Tiba di Jeju Airport International dalam pukul 3 pm
lebih. Terus grab luggage pegi sewa wifi. Kami sewa wifi kat airport je senang.
Sebab duduk lama lebih kurang seminggu so kami amek yang sewa wifi portable. Sehari
3,300 won.
Then kami menuju ke stesen bas shuffle untuk pergi ke
tempat sewa kereta. Memang mudah nak follow instruction kat sini sebab dah ade
orang tunjuk cara pegi sana. Kami sewa dengan kereta sewa jeju (Instagram: keretasewajeju).
So, diorang memang dah prepare semua untuk kita so that senang nak berurusan
dengan orang sana, just amek terus kereta sebab dah bayar siap2 sewa kereta
mase kat Malaysia.
kitorang naik bas shuffle kat airport
kereta sewa kami; Kia Morning
Sejam pertama tu memang kekok sikit nak drive. Sebab imagine
that everything dekat jalan raya sana semuanya terbalik dengan Malaysia.
Signboard, laluan jalan raya, laluan pejalan kaki ke memang terbalik opposite
terus lah senang cite. Tapi once dah biasa bawak auto lagi senang nak cepat
pickup. Yang penting kena set minda kita yang kita tengah drive kat Korea belah
kiri kena laju belah kanan kena bawak slow sikit. Dia punya had laju memang
bersepah gak la. Boleh kira peraturan diorang agak strict sebab tanak ada
gangguan lalu lintas langsung. Paling kena ingat tiap kali duduk kat belah lampu
isyarat tu always kena bagi laluan masuk kanan sebab kalau tak nasib lah asyik
kena hon ngan teksi tak pun bas diorang.
So hari pertama tu memang tak banyak jalan sebab
sampai pun dah petang memang kitorang aim terus drive check in hotel. First day
kitorang stay kat Seogwipo dulu, Oceantree House. Best hotel ni sebab ada cukup
lengkap kemudahan sekali ngan dapur so kitorang boleh masak sendiri. Takyah share
dapur ngan orang lain dah. Everything dah ada dalam bilik sendiri je.
Day 2 | 8 Januari 2019 | Selasa
Hari kedua, kami dah start keluar jalan-jalan pegi Jeju
Folk Village. Sebelum tu, kami ada isi minyak dulu. Kat sini jangan risau sebab
ada pekerja stesen minyak yang paham English kita just gitau je cakap nak isi
full. Tapi kalau tak paham English, bahasa korea full tu maksudnya “kadeuk”.
Kat sini view dia memang cukup2 cantik. Waktu kitorang datang maybe awal sikit so memang takde orang. Me and my husband je. Tapi kami memang agak teruja sebab ada banyak scenery cantik2 kat sini. Commonly, Pulau Jeju ni memang famous dengan replika patung bentuk orang kalau korang perasan ada banyak patung batu kat sini. So kira memang trademark diorang la kalau datang sini.
Kat sini view dia memang cukup2 cantik. Waktu kitorang datang maybe awal sikit so memang takde orang. Me and my husband je. Tapi kami memang agak teruja sebab ada banyak scenery cantik2 kat sini. Commonly, Pulau Jeju ni memang famous dengan replika patung bentuk orang kalau korang perasan ada banyak patung batu kat sini. So kira memang trademark diorang la kalau datang sini.
Day 3 | 9 Januari 2019 | Rabu
Hari ketiga, pegi jalan-jalan kat Innisfree. Kat sini
ade jeju tea farm. Dia punya ladang teh hijau memng sebijik macam ladang teh Cameron
highland. Bezanya kat sini suhu dia lagi sejuk lah. Nak duduk lama-lama kat
luar tu memang tak sanggup. Yang best korang boleh try rasa dia punya aiskrim
green tea memang sedap!
Lepas tu, kami jalan-jalan kat Camellia Hill. Kat sini
famous sebab dia punya taman bunga dia cantik. So boleh amek gambar banyak2 la
kat sini kalau sape suka bunga kan. Then petang tu kitorang pegi Cheonjiyeon
Falls & Jeongbang Falls. Kat sini ada banyak air terjun cantik. Cheonjiyeon
Falls tu agak ke dalam sikit. Jeongbang falls plak dekat ngan pantai yang ade
banyak batu2. So kalau nak datang sini kena hati2 la sikit sebab takut jatuh.
Kat Jeongbang Falls
Jeju Tea Farm
Innisfree Jeju House
Camellia Hill
Day 4 | 10 Januari 2019 | Khamis
Esoknya, kami pegi Teddy Bear Museum. Kat sini korang
boleh tengok ada macam2 jenis bear. Dari sekecil2 tapak tangan sampai lah
gergasi teddy bear pun ada. Teddy bear Museum ni dekat2 je dengan Ripleys
museum dengan Yellow café. So kitorang just park kereta jalan kaki je. Kpop
museum pun dekat sini jugak tapi yaya tak masuk sebab tak minat sangat GD. Jangan
marah ye kpoppers haha..
Teddy Bear Museum
Yellow Cafe
Kami ade lunch dekat satu kedai india muslim ni kat
Seogwipo, Yatri Indian Cuisine. Pekerja dia memang nice siap bagitau kalau nak
makan daging ayam semua import dari Australia sebab daging kat korea takde yang
halal punya. So kalau nak cari kedai halal boleh la try makan kat sini at least
boleh rasa makan nasi kuah kari kan.
**done part 1, lepas ni sambung entri part 2 plak. TQ for reading!
Subscribe to:
Posts (Atom)







































