Saturday, 29 November 2014

having twice birthday celebration

that day, about a week ago I guess (hari ape pun dh lupe -.-), my lovely housemates buat surprise cake for me and my friend, atikah. actually sikit pun x terpikir yg still ade org nk bagi surprise cake kat kite sebab it has been so long I've never had a surprise cake from my friends since after school dulu.

since my birthday on August, so tak penah expect ade orang akan buat surprise as my birthday always kene time bulan puasa tak pun raye. waktu sekolah my birthday always jatuh time hari exam, mane tak berharap. so perasaan tu mcm dh terbiasa.

but then, this year for the first time sambut birthday twice in a year sebab selalunye dapat sambut ngn family je. well I'm really glad with this surprise anyway. even it is just a simple surprise tapi I really do appreciate it. thanks a lot guys! how i love u so much!






it is not about how many friends you have
it is about how you value the friendship you ever have
:')

Sunday, 16 November 2014

an infinite happiness..

each time I look at those pictures of married couple (they always show off their happiness after getting married), I always dreaming-hoping-praying that some day I will find my own infinite happiness too!

setiap kali perasaan nak berumah tangga tu datang (and it always appear because of looking at those wedding pictures), mesti ade angan-angan pikir nk tema wedding camne, dress camne, oh myy... memikirkan semua tu mesti rasa masa ni begitu lambat berlalu..

but the fact is, I knew that Allah sebenarnya sedang memberi masa untuk saya dan juga si dia bersiap-siap untuk melangkah setapak yang lebih jauh..

He, who was struggling and aiming to get higher achievement awards in electrical engineering, saya selalu doa kan semoga dia berjaya harungi sampai akhir sem..

And me, am struggling for another not just one, but two scrolls in next year.

Semoga semoga semoga Allah izinkan kejayaan kami berdua bukan untuk bermegah tapi sekadar untuk membuktikan yang kami pun boleh berjaya macam orang lain and what is left is just "the magical effort" and dont forget to "magical prayers" only from the Almighty God, Allah.

And I am also non-stop planning for our future indeed, getting a degree of infinite happinesss with my loved future husbannddd!

So, my wishlist;

1. having a memorable wedding pictures with my future husband and future family.
2. travelling. because I love travelling so much!
3. twin kids. boy and girl. or a boy and a girl as long as we have a pair kids in the future.
4. a cute simple little house for us. I kinda not interested in living in a huge house sebab rasa macam membazir. cukup lah sekadar a simple nice medium-sized of our living in future, lagipun dah tua-tua esok tak larat aii nak kemas rumah besaq-besaq.. heee...
5. making good business plan. already in my head before continuing my studying.
6. doing charity. well I love helping other people in need ;)
7. and of course. sampai ke cucu cicit saya mau hidup bersama my hubby, if not, I always pray that we could live together in jannah jua. isn't it sweet :')


but whatever it is, kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya..


Saturday, 1 November 2014

i know when its not okay .



that conversation again.
rase mcm dh lbih 10 kali dh dpt situasi mmber mcm ni.
adakah semuanya slh sy atau mereka ?
Atau tuhan sengaja menguji dgn manusia2 sebegini?

Ape ape pn semuanya hanya Allah je yg tau knape ..
semoga Allah ampunkan dosa sy dan juga mereka2.


a lil bit dissapointed ;(

Thursday, 23 October 2014

boring aihh

hidup skrg makin boring
(konon xde keje tp sbnrnye keje belambak)

mungkin sbb rindu kwn2 lame kot
rndu time zman sekolah dlu hepi2 je
hukk

smlm saya puasa sunat
sbb dh azam nk puasa stiap hri isnin and kamis

abis kelas ekonomi smlm kitorg dh plan nk cri company utk buat research psal layout design
bunyik mcm nk design layout tp sbnrnye nk buat research psal isu and importance of layout company .. thats all..

so after hbis je klas ekonomi pukul 1 tgh hari tu, kitorg terus gerak pegi cari target company yg kitorg leh dpt..
unfortunately satu pun x sangkut
dh la dgn panasnye, puasa lagi.. memang dugaan betul lah
at last we decide tukar plan pakai company family yen (slh sorg group member) sbb mls dh carik yg lain
sumenye bagi alasan bos xde la, bz la, xde mase la nk entertain, kita pun jadi naik boring
hurmm

why why why sush sgt nk bagi kerjasama wahai usahawan usahawan sekalian?
bukan nye kitorg nk reveal sume bnde psal bisnes org pn
niat sbnr kitorg as a student pn cume nk buat assignment tu je
sobss






semoga ianya mmberi inspirasi utk pergi lebih jauh. nver givup!


so the end utk hri ni.

Thursday, 18 September 2014

the unexpected things

Menunggu..

Secara dasarnya.. menunggu mungkin seperti perkara yang nampak senang untuk dilakukan. Pada hakikatnya, menunggu juga adalah satu benda yang paling sakit hati kita lakukan and seboleh-bolehnya kita cuba nak elak kan?

Menunggu kadang-kadang boleh membuatkan kita tertanya-tanya, apa yang membuatkan kita terpaksa menunggu? Kenapa lama sangat terpaksa menunggu? Dan sesungguhnya perasaan orang yang menunggu tu cuma Allah je yang tau.

Seperti yang kita sedia maklum juga menunggu sangat lah memerlukan kesabaran yang tinggi sebab kadang-kadang menunggu boleh membuatkan seseorang itu boleh hilang pertimbangan dan juga hilang akal!

Jadi jangan lah kita sering membuat orang lain menunggu kita.

Tapi berbeza dengan menunggu manusia, menunggu sesuatu dari Allah merupakan satu anugerah. Kenapa dikatakan satu anugerah ya? Mungkin sebab sesuatu yang datang daripada Allah selalunya sesuatu yang sangat istimewa dan tak dijangka. Dan juga sesuatu yang sangat memberikan kebaikan kepada kita semua.


Wassalam.


Saturday, 13 September 2014

Is it worth?

Mujahadah kah diri ni? Apa maksud mujahadah sebenarnya. Mujahadah memberi erti seseorang yang sentiasa berjuang untuk berada di jalan Allah dalam melawan hawa nafsu dan pelbagai rintangan yang mungkin datang dalam bentuk duniawi..

Melalui pembacaan saya dalam buku “Travelog Budak Mentah”, saya agak tertarik dengan penulisan beliau (penulis buku tersebut) yang sangat mendalam dalam mencari makna hidup untuk diri sendiri sebelum menempuh hari tua. Hari tua tu mungkin dari segi mencari pengalaman sebelum menjadi isteri/suami seseorang atau menjadi seorang pemimpin yang benar-benar berpengalaman dalam hidup. Penulis buku tersebut memang tersangat muda bila waktu dia menerbitkan bukunya sendiri pada umur 20 an. Yess.. sangat-sangat muda and hanya muda setahun dari saya je.

Mujahadah seorang insan bukanlah satu perkara yang mudah. Apa yang saya faham, perjalanan seorang mujahadah memang sangat sukar seolah-olah pergi berjihad di medan perang untuk menegakkan agama Allah, bukankah ianya sangat sukar.

Sesetengah orang mungkin tak perasan tapi pada hakikatnya setiap dari kita sentiasa berjuang dalam mempertahankan hak kita demi Allah melainkan orang yang sentiasa berada dalam zon senang. ZON SENANG bermaksud dari segi fizikal dan mental di mana semuanya mudah bagi mereka tapi sukar bagi orang yang sedang bermujahadah.

Seperti saya sendiri, dalam keadaan sedar saya tahu benda tu salah tapi masih lagi melakukannya dan cuba untuk berjuang melepaskan diri walaupun saya tahu diri saya ni asyik kalah dengan hawa nafsu. 

Susah nak dibayangkan tapi pada hakikatnya, Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dengan usaha dan keinginan sendiri untuk berubah.

Ramai yang berjaya mengubah nasib sendiri and ramai jugak yang tak berjaya.

Bagi saya, secara pandangan mata kasar, diri saya memang kalah tapi hati kecil ni tak pernah hilang semangat untuk berubah. Kadang-kadang rasa penat sangat fikirkan musibah atau ujian apa yang sedang melanda diri ini dan sentiasa mengharapkan pertolongan dari orang lain. Ya Allah lemahnya hamba-Mu ini :’(


Semoga semuanya mampu saya ubah di waktu masa hadapan walaupun mungkin nampak mustahil pada waktu sekarang ini. Inshaa Allah.


Sunday, 7 September 2014

that confusion

5.14am. Still cant sleep. Sakit lama dtg balik. Asal bukak sem je nk start blaja mesti ade mslh cmni. Got lots of work to do. Got lots of things to take care of. Pliss tlg jgn dtg ganggu skrg plis. I need to finish all this sebelum tiba masenye.. semoga Allah bagi sedikit kekuatan and semangat blaja tu.. and all i need is just piece of brave and faith ;(

Monday, 4 August 2014

rezeki dijemput tapi berkat?



Phyto science? Double stem cell? Ubat supplement? Senang dapat duit?

example of MLM. jgn tertipu pliss..

Still. So called MLM. Sebut lah ape jenis produk yang ade supplement ke vitamin ke untuk kesihatan ke.. selagi ianya berbentuk MLM , am not gonna fall into your trap.

Sebenarnya saya tertarik untuk tulis something about DSC or double stem cell sebab lepas tgk one of my friend, she did some business regarding to this product lately. And like anyone else, her post banyak promote pasal product DSC ni sebab ade banyak kebaikan and boleh generate side income in only a minute using mobile or we can call it, jutawan segera.

At first, tertarik jugak nak tau pasal ape. But then bile sebut pasal DSC, saya baru terfikir yang saya pernah dgr psal product ni few times ago. Rupenye mase saya praktikal dulu pernah ade sorang staf try promote kat saya, but at that time saya cuma senyum jela sambil dengar die cerita..

Well, saya cuba investigate a lil bit bout this product (nak tau kesahihan yang lebih pasal produk DSC) and amazingly! Some of my guesses memang betul! Selalunya kalau produk yang dijual berasaskan bisnes MLM, sorry to say.. there will be always something wrong with it..

Memule saya google, saya bukak dulu website pasal phyto science and memang sangat menarik dengan ayat-ayat yang ditulis kat dalam tu. Almost meyakinkan dengan banyak offer menarik diorang cuba nak tarik perhatian customer and yes, memang sape sape pun boleh fell in love sebelum tahu hakikat sebenar pasal produk ni.

Then, baru lah saya cari tentang isu sebenar pasal produk ni , memang ade kekurangan di sebalik nya.

First, dah la datang dari bisnes MLM (and I never trust this mode of business at all).

Second, dorang punye big boss or CEO is a chinese man. Mostly, bisnes MLM harus dikuasai and dipegang oleh kebanyakan orang cina yang jadi top leader.

And third, why there’s only Malay yang sanggup join bisnes camni? Kenapa tak cina? Kenapa tak india?

And because all of those reasons above la yang menyebabkan saya tak pernah tertarik nak join any MLM. And secara basic nya pun, semua orang tau MLM tu ape kan? Tau ke tak?

In my general knowledge, MLM ni secara logiknya bsnes yang menguntungkan bila kita pandai tarik ramai orang untuk jadi member dalam team kita or orang panggil downline supaya bile diorang duduk bawah kita nanti diorang yang akan bayar kite duit komisyen (and dalam mase yang sama kene beli sendiri and jual jugak produk tu). So thats why rmai org pnggil cara ni dikira sebagai jutawan segera. Sape tak suke duit poket masuk banyak hanya dgn cara goyang kaki kan? Ok. Point nya kat sini, sanggup ke kita makan duit orang lain dengan cara yang tak menyenangkan? Ingat senang ke nak pujuk orang jadi member duduk bawah kita kene bayar komisyen berganda2? Me? ofcos tarik diri awal-awal -.-

And that is how MLM works. Kalau anda tak berjaya tarik orang untuk jadi member bawah anda, so alamatnya duit poket tak masuk la kan.

Ok itu isu pasal MLM.

Well satu lagi isu pasal DSC or double stem cell.

Saya sbnrnye nak cakap lbih psal stem cell ke sains ke ape ke takde la hebat sangat pun.

Tapi kalau anda seorang yang rajin, anda carik la sndiri fakta pasal double stem cell tu boleh? Saya boleh tlg bagi hint sikit jela.

Plant stem cell vs human stem cell. Halal vs tak halal. Okay, thats the hint. Good luck!

Remember, rezeki ade di mana-mana tapi yang penting berkat Allah mesti ada.

Ok guys? Havva nice day J

Wassalam.

Wednesday, 16 July 2014

bad habit

I have this bad habit long ago.


its kinda weird.

my habit is that,
saya suka tulis status fb yang buruk2 then after 2 or 3 minutes I will delete it back.

taktau nape but it feels like kinda a good feeling lepas maki hamun dlm fb pastu delete balik
HAHA

guys out there jangan tiru OK?

nama pun bad habit
heee...

sape yg sempat like tu 
mintak maap la
tapi I memang jenis gini
suke update status buruk buruk tapi kejap je pastu delete back
kekonon sekadar nak lepas perasaan
yang sempat bace tu bace la
yang tak sempat lagi bagus! kiki


lagipun better update status yang elok2 dari kite maki hamun dlm fb tu,
buat malu orang je kan?


Sunday, 6 July 2014

workaholic

assalamualaikum
happy morning dears!
now we're in 9th ramadhan already
am I right?

am so blessed!

once again dpt smbut bln puasa and raya with family at my hometown this year

;D

so, today is the first day for my beloved start prktikal
means first day utk dia masuk alam pekerjaan

haa.. rase kan selama ni bljr dlm lab je kan. haa.. rase plak mcm mane sibuknye bekerja nnti. kikii..

since I continue this study in master level ni kan
bnyak bnde jugak la yg I bljr ni mematangkan diri sndiri

before this, theres a lot things I never know 
baru tahu sekarang
so I think theres no need to go back la kan?

why am I saying like this because
I did thought to quit my stdy mase mule-mule masuk bljr tu sbb culture shock sangat2 bile everything we do mesti nmpak salah and that big mistake make you look so stupid.

sampaikn bole rase diri sendiri pling bodoh skali dlm kelas tu

am so mentally down at that time

taktau nak pikir ape

but when I think again,
this is the way I choose
the choice I've made
so why should I stop kan?

diri sndiri yang tanak cari keje dulu when my parents were so eager wanted me to find a job first before sambung study
tapi diri sendiri yg pilih nk sambung bljr jgk kan?

so what can I say

its time to take a risk

from now on, dh tanak pikir loser lagi dah
ape nak jadi, jadilah
kalu Allah nak jadi something tu jadi A, A lah kite dapat
kalau B, B lah yg kite dapat
yg penting skrg Doa & Tawakal

most people they forgot these most two important things
yes, they did work hard and pray a lot but they forgot to let things happen beyond Allah's work
ape saje yg kite buat kene tawakal
x dapat ape yg kite nak , it sokay
yg penting kite dh usaha kan?

so am gonna change my mindset after this supaya jadi lebih bersyukur dgn ape yg dh ade dpan mate skrg
nk pusing balik memang dh terlambat


my dear, Im always waiting for you 
so dont afraid to put your hope on me
and most important thing, 
dont lose your hope on Allah too okay
we are all have that imperfect side
yg penting usaha and tawakal.


I think thts all.
havva great holiday in this Ramadhan my friends
:)

Friday, 13 June 2014

cik Birthday Girl ;)

haaluuuuuuuu
belog terchentaa
menyemak sebelum otak tersemak ngan esaimen jap
kiki

happy birthday my special lovely girll
yenn!!
tadaa.. pixa taun lepas.. ehehh

shes the one who never fail understand me even though I knew that I am the most hardest person to make others close to my heart
I mean...
yelah. Haku ni jenis pyh nk masuk rapat ngn someone that feel the same thing like I feel
lebih kurang kite panggil soulmate la kan
ape ingat soulmate utk laki je ke?
wlaupun byk kali dh ade buat hurt feelings si cntik solehah ni but still she taught me a lot about true frenship

you know
not everybody can stand with your stupid behaviour
your weaknesses
as for me
sy pulak jenis yang banyak gile kekurangan and nak dibandingkan dgn bff sy yg sorg ni
she has so many incredible things!
but yet she still want to befriend with me
ahhh terharunyee :')



love u so much dear

where can I find another girl like u?


p/s Untuk cik Lala yang cantik manis. Sila dtg shah alam dgn rela dan terpaksa whatever it is. we miss u so much! ;D

Friday, 6 June 2014

student's real life

Assalamualaikum
ehem ehem

so.. quite a long time ha I didn't meet you my dear belog
jangan sedih2 ye
bukan tanak hapdet
tapi situasi skrg tidak begitu mengizinkan

am so full of packages with lots of assignments, tests, presentations

am so having hard time
sobss

seriously waktu awal awal masuk sem memang betul betul culture shock!
culture student master x sama dgn culture bdk degree

dh masuk bljr master baru terasa apa ertinya yg sebenarnya itu
"STUDENT"

huh

okay lah

cukup lah tu membebelkan

petang ni nak rest kejap kekonon
assignment beratur dh menunggu tapi beta juga manusia biasa perlukan rehat
asyik letih je sepanjang masa
so petang ni ape kate rehat sambil lentik kan bulu mata

havva nice day guys

see ya!

Monday, 26 May 2014

c-day :D

nah. share sikit gmbr knvo ritu.
so am officially graduated from UiTM in Bachelor * ;)
a blossom love of family :')

tak cukup sorang lagi girl.
sebab exam.
nanti next year punye konvo pastikan complete family dtg. okeh!

inshaa Allah :)

dad's love

one day
call umi
saje tanye khabar and story mory perihal kehidupan baru sekarang
(im continuing my study in master right now)

then suddenly
waktu dengar umi membebel bebel bagi nasihat,
i heard

"makan tu jgn lupe, x payah nak jimat sangat bab makan2, makan je kalu dah lapar, x payah skip2 makan.."

rupenye suara baba mencelah kat dlm fon tu

okayy dad
am so touched.

T.T

tqsm for being a great dad to me, Baba :')

Wednesday, 5 March 2014

beli buku vs baca buku

Salam..

anda rase anda dah bace berape banyak buku dh selame hdup ats dunia ni, banyak tak?
sebab ade some of people ni saya perhatikan suke sangat duk tayang buku tu buku ni la, pastu letak caption cakap 'seronoknye dapat beli buku ni' ataupun 'saya dah ade buku ni, kamu ade?'

oh heloo, kalau setakat beli je tapi tak bace, so who cares?

I dare you, kalu nak sangat tayang buku-buku yang anda dah beli tu, sila tulis skali ape isi kandungan kat dlam buku (tayah nak tengok sinopsis kat belakang buku tu kalau bole) so baru la orang lagi teruja nak tau, 'eh buku ape yang kau dah beli tu? best sangat ke?' kan kan kan..

just suggest je. takk buat pun takpe. jangan sampai beli pastu tayang semata-mata, bace nye tak pun. isi dalam nye lagi taktau cite pasal ape. sadis tul.

ok lah, keep reading books make you full with information, motivation, in which your life seems filled with something you dont know. bace lah buku pape pun tapi memang seronok sebab kadang-kadang buku boleh jadi bestfriend kite yang paling best! And jugak penglipur lara waktu kite boring and jugak isi mase kite yang terbuang, takdela buat something else yang tak bagi manfaat kat kite kan.

okay, thts all I think. daa!

lupa atau terlupa?

Assalamualaikum wbt.

morning :)

so topik hari ni ye.. haa..

pernah tak bile kite nak buat something tapi terlupa nak buat ?

kadang-kadang tu memang nak buat dh, tapi dtg pulak perasaan,
"ahh.. kejap lagi lah buat.."

penah tak? penah penah?

haa.. itulah saya sebenarnya.. --'

salu je nak buat something tp terlupa nk buat, and kadang-kadang mcm tu la. dh nk buat tp main delay-delay gitu, konon nak buat kejap kejap lagi.. sudahnya.. tak terbuat jugak. sadis tul T.T


kalau ikutkn perkara yang nak dibuat tu memang dah terlist elok-elok dah dalam kepala ni
tapi last-last mesti tak jadi jugak sebab yela.. setakat list dalam pale hotak ni, bile bile mase je boleh jadi short term memory lost. huhukk

so I try rajin-rajin kan diri I list something yang nak dibuat tu atas kertas
so that lagi nampak organized sikit bile nak buat keje
takde la sikit sikit
"eh lupe lah!"
"eh alamak! lupe lagi!"
"eh eh eh eh eh!"

banyak pulak yang terkeluar "eh" nya dari sudahkan keje kan
adoyaii

so guys
be organized
baru life pun takdelah nampak mess sangat kan

I think thts all from me

daa!

wassalamm :)

Monday, 24 February 2014

Jins yang gedikss, not Jins Shamsuddin tu ye.

Assalamualaikum wbt.

today's topic,

Apa sebab jin masuk ke dalam badan manusia?

1. Menjadi khadam. Means mencari manusia yang boleh diwariskan semua ilmu-ilmu sihir. Jin khadam ini bukan untuk membantu menjaga kita tapi lebih kepada membawa kita syirik kepada Allah. Mula-mula je nak tunjuk baik, tolong taat beribadah but then in the end diorang akan sesatkn manusia jugak sebab itu misi utama/sebenar mereka.

2. Tujuan sihir. Kerjasama jin dan manusia untuk melakukan kejahatan kepada manusia. Kepada mangsa-mangsa sihir untuk menjadi kebal dalam diri dari disihir, haruslah menjadi orang yang beriman, taat perintah Allah dan jadilah manusia yang ikhlas. See, penting kan ikhlas tu? Ikhlas dengan Allah, ikhlas dengan manusia, ikhlas dalam amalan. Allah SWT merakamkan dalam surah Sad: ayat 79-83, iblis tidak akan boleh menganggu orang yang ikhlas.

3. Saka. This is important. Jin belaan nenek moyang apa jua tujuan diorang untuk masuk kepada anak cucu memang nak menganggu je keje. Selagi tak terima diorang sebagai belaan, selagi tu la diorang akan ganggu kita. Diwarisi dari nenek moyang secara sukarela atau terpaksa, biasanya ade barang yang diwariskan. Contoh barang-barang lama seperti keris, tempayan, barang kemas, tepak sireh, tangkal and etc. Kalau boleh, musnahkan dengan cara membakar, kalau bole la. Kalau tak rendam barang-barang tu dalam air garam, limau and cuka. 

4. Sebab jin suka pada orang yang dia ganggu. Mereka ni sebenarnya suka perempuan yang cantik dan seksi memang tak tutup aurat la kan. Aurat yang terdedah sebenarnya ade berpuluh-puluh jin yang bergantungan menjilat dan menidurinya. So, penting bagi kita menutup aurat dan baca doa-doa harian amalan sunnah nabi. Sebab itu, aurat lelaki cuma pusat hingga ke lutut je sebab diorang sikit pun tak tertarik dengan lelaki. Aurat perempuan plak hanya tapak tangan dan muka sahaja, so paham-paham jela kan. Kalau nak elak jin macam ni, tutup lah aurat mengikut syariat yang dikehendaki dan amalkan sunnah serta adab nabi kita macam waktu tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya.

5. Saja nak ganggu. Some of them ni memang gedik. Suke hati diorang je nak ganggu kite kan? Mostly dalam waktu magrhrib, ni memang waktu favourite diorang keluar berpoya-poya lah ni. Tangisan bayi malam-malam bagaikan lagu hindustan plus korea bagi mereka, so no wonder lah kalau tetiba je budak tu nangis, kena agah la tu. Kalau nak bawak baby baby ni jenjalan time maghrib atau waktu malam-malam, prepare lah dengan bacaan ayatul kursi and 3Qul which it can be some sort of pendinding supaya anak tu tak kene ganggu sangat. Kalau memalam orang-orang tua yang balik dari jauh plak specially kalau sampai tengah malam tu, silalah baca Bismillah, ayat Kursi jugak and bagi salam baru boleh masuk rumah. Inshaa Allah jin yang ikut kite balik dalam perjalanan takde perasaan nak ikut sekali masuk rumah kita.
Inshaa Allah.



Down here are some extra information for you to digest slowly:

Tambahan
-jin juga menganggu manusia apabila kita secara tidak sengaja melanggar, tersepak atau terambil barang mereka. Contoh siram air panas dalam sinki, kencing dalam lubang, ambil batuan atau objek cantik di hutan. Maka hati2. sebelum buat apa2 baca TAAWUDZ dulu. Mereka bersifat dendam, bila buat salah dgn mereka secara tidak sengaja pun nak juga membalas. Takda dalam logik akal dia yg kita manusia ni takda keupayaan utntuk melihat mereka sebab ALLAh dh hijab pandangan kita. Kalau kita nampak mereka gerenti kita akan berhati2 kalau blh taknak terserempak dgn makhluk ini kan..
Kalau ada sesiapa terserempak hantu kat tengah jalan bagaimana nak lawan. Takyah lari, dia bersifat boleh memanjang dia boleh kejar kita, larilah ke mana boleh, hantu akan kejar lagi laju dari kita. Baca saja ayat Al-Qur'an, insyaALLAH dia akan takut. Baca dgn penuh pengharapan pada ALLAH dan faham apa yg dibaca. Kalau baca tak betul, tak faham pula maknanya, silap haribulan jin.hantu/syaitan itu sendiri akan betulkan bacaan kita.. blh kecut perut dibuatnnya nanti..



p/s All of the infos I got it from another blog and just sharing it with you. In case la kalau jadi pape kan at least kite dh prepare awal-awal. Okay lah, thats all from me. Wassalam :)

Friday, 21 February 2014

besar mana ikhlas tu?

Assalamualaikum, wbt.

Pagi semalam, hari Jumaat, lepas solat jemaah ngan umi as usual, umi ade bagi tazkirah sikit, antara ibu dgn anak je. Saya memang suke dgr umi coletah panjang2 sebab byk input dpt and sgt2 bermanfaat. Umi ni boleh dikatakan antara 1000 wonderful mom (wahh wonderful gitu ye). Mungkin sebab apa saja yang ditnya oleh anak-anak umi akan cuba jawab walaupun dgn kata-kata yang pedas (ok, dh terbiasa -.-)

okay, back to the point tadi nak cakap yang umi ade bagi tazkirah lepas solat subuh and memula topik nya berkisar tentang my sister, kakYana. She told me anything happen to our family tolong lah bersabar banyak2 sebab memang ade hikmah di sebalik semua ni and hanya Allah saja yang tau apa yang sedang menimpa keluarga kami sekarang. Paling penting saya doakan kakak saya cepat2 sembuh seperti orang lain and bertemu jodoh yang sangat sayang kat kakYana and beriman soleh and semua yang baik lah. In short form, bertemu jodoh yang baik, ameen.

and then, I ask her something.

'Umi, macam mane nk kutip ikhlas yg betul?'

What I mean, how we can be so sincere when at other times, kadang2 sesuatu perbuatan kita dlam seharian ade mengundang rase tak ikhlas dalam diri tanpa kita sedar. Have you ever think?

Umi cakap, ikhlas tu contohnya seperti kita buat sesuatu dengan menderma tanpa mengharapkan pape balasan and thats what we call ikhlas.

Habis tu, Alia pernah derma tapi dengan niat mengharapkan balasan dari Allah. salah?

Iye itu dh salah. (Umi jelaskan lagi) Mane boleh mengharapkan balasan dari Allah, itupn dikire ikhlas dh tak ikhlas. Sebab tu kadang2 riak boleh timbul sebab mengharapkan balasan dari Allah. Sepatutnya kita menderma dengan mengharapkan redha Allah. Apakah derma kite itu mndapat redha Allah?

So I try to think deeper and yes memang betul selama ni saya menderma secara tak betul. Tak boleh mengharapkan balasan Allah semata tapi seharusnya mengharapkan redha Allah and bukan setakat derma je, waktu nak tolong orang susah pun kena ikhlas, buat amal ibadat pun kena ikhlas. Pendek kata, ikhlas tu memang satu benda yang kita susah nak trace dalam diri sebab kdg2 kite cpt rse marah bile ade org yg tak hargai pertolongan kita tu kan? Pernah tak rase mcm tu?

Ikhlas ikhlas kan lah diri anda ya. Seperti saya juga banyak lagi kelemahan diri ni perlu diperbaiki. Hopefully kita semua sentiasa hidup dalam keberkatan Allah dan diredhai oleh-Nya, insya Allah. Wassalam.


just burst it out!



haa kn dah ter'burst' malam ni haha

ni kalau budak budak secondary tak paham jugak ape yg nk cuba disampaikan taktau la.

kalau tengok pada zaman sekarang, tiap sorang student dah ade fb memasing
lagi canggih dari cikgu pun ade

tapi kalau dalam kelas tak pandai pandai jugak sah-sah main internet semata mata nak main fesbuk je.
kah kah

kids, please keep that words kayy ;)




p/s Konpem ade hamba Allah yang akan printscreen status kat atas tu and bahan kaw kaw punye
hurmm whatever

Part 6.

Irfan sedang bersiap-siap untuk keluar rumah pagi itu. Kakaknya, Shuhada pula memandang dengan penuh kehairanan.

'Kau nak ke mana tu Fan? Sakit Irfan tu kan belum sembuh lagi, berehat je la kat rumah ni Fan..' Shuhada bertanya dengan nada yang agak kerisauan. Bimbang kalau-kalau adik kesayangannya buat hal lagi. Balutan di tangan Irfan masih belum tanggal menambahkan lagi kerisauan di hati Shuhada.

'Fan nak keluar kejap kak. Kejap je, Irfan nak ambil angin kat luar pulak. Bosan lah duduk dalam rumah ni lama-lama kak,' balas Irfan.

'Kalau dah alang-alang nak keluar tu Mak nak kirim Irfan beli kan barang untuk Mak boleh?'

Tiba-tiba Hajjah Zulaikha menyampuk dari belakang. 

'Ha ye lah Mak. Nanti Irfan beli kan untuk Mak. Irfan pergi dulu!'

Belum sempat Hajjah Zulaikha menghabiskan kata-katanya Irfan terlebih dahulu keluar sambil menunggang motosikalnya.

'Eh eh budak ni. Ke mana je dia nak keluar, bertuah betul! Mak belum habis cakap lagi suruh beli apa.'
Dengus Hajjah Zulaikha.

'Alaa macam Mak tak kenal si Irfan tu. Mak SMS je lah dia, nanti dia beli kan lah untuk Mak,' sampuk Shuhada.

'Yelah.. yelah..' Hajjah Zulaikha menjawab sambil berlalu pergi ke dapur.


*************************************************************


'Eh macam kenal je lelaki ni,' detak hati kecil Farah. Dia seakan-akan mengenali susuk tubuh yang berada di hadapannya. Belum sempat Farah meneka, lelaki tersebut berpaling.

'Eh!!'

Habis berterabur barang di dalam beg plastik. Farah terkejut sambil cepat-cepat mengutip barang-barang yang terjatuh di atas lantai mall. Sebenarnya waktu lelaki tersebut berpaling, tangannya terlanggar tubuh Farah yang sedang mengelamun tadi lalu terlepas beg plastik yang digenggamnya. Kedua-duanya berlanggar sesama sendiri.

'Ssaya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Maafkan saya!'

'Takpe. Bukan salah awak pun. Saya yang patut minta ma..'
Belum sempat Irfan menghabiskan ayatnya, sekali lagi dia terpana. Wajah lembut Farah ditatap sedalam-dalamnya. Dia betul-betul tak menyangka dapat bertemu dengan Farah lagi. Dia cuba menutup rasa gembira dalam hati dengan berlagak seperti biasa.

'Farah rupanya.. ingatkan siapa tadi.'

Ha? Farah semacam tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki yang pernah menjadi kesayangannya dahulu kini sekali lagi muncul. Hatinya yang tadi tenang secara tiba-tiba berdegup kencang. Debaran di hati tak pernah hilang persis sewaktu mula-mula mengenali lelaki tersebut dalam hidupnya. Dia sendiri tak tahu kenapa.

'Oh Irfan. He.. he.. Farah minta maaf ye Fan, Farah betul-betul tak sengaja,' Farah mengulangi kata-katanya tadi sambil tersenyum, cuba untuk menutup rasa debaran di hatinya.  Barang-barang yang sudah dikutip, cepat-cepat dihulurkannya pada Irfan.

'Farah makin cantik sekarang..' 

Entah macam mana kata-kata tersebut keluar dari mulut Irfan. Dia sendiri tahu yang Farah mungkin tak sudi untuk melihat wajahnya setelah apa yang terjadi terhadap mereka berdua. Salah Irfan! Ya Irfan tahu semua tu tapi dia tak dapat nak menipu hatinya sendiri bilamana perasaan rindunya pada Farah makin lama makin mendalam. Jadi dia sanggup terima apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya dia cuba untuk merebut kembali hati Farah.

Farah hanya mampu tersenyum. Dia tidak pasti sama ada pujian tersebut ikhlas datang dari dalam hati Irfan atau sekadar untuk mengambil hati Farah. Farah cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri. Irfan ni saja nak puji aku je kot lagipun kitorang pun dah lama tak jumpa. 

'Farah, kalau free-free nanti boleh tak Irfan nak keluar makan dengan Farah?'

Ha? Biar betul? Farah terkejut sambil berfikir sendiri. Wajahnya yang pada mulanya tenang bertukar menjadi kehairanan seakan-akan tak percaya. Irfan betul-betul nak ajak aku keluar ke?







bersambung lagi hoii


Tuesday, 18 February 2014

someone who can

excuses are overrated
apology not accepted
when I catch you with someone else
stop victimizing yourself

when you want someone to hold onto
I won't be there
when you want someone to lie to
I won't be there

somebody will always understand
somebody will always care
you didn't really play your part well
I'll find someone who can

somebody is gonna love me
and I'm gonna love them back
you didn't really play your part well
I'll find someone who can

she doesn't know who you are
too young to understand
and you don't even know what you want
and I've given you my everything

so when you want someone to love you
I won't be there
when you cry alone in your room
I won't be there

I don't wanna feel this again
I don't wanna feel all this pain
I don't wanna feel this heartbreak
I just wanna get on this plane




and I already found someone who can


yes you my dear
my only ONE
;)


p/s Pada yg buka blog ni melalui phone mmg xdgr lagu dlm ni, but for those yg bukak melalui web they can listen to the song by Yuna. Tq for viewing this site :)

Sunday, 9 February 2014

that feelings

people said,

if you had to choose between two

take the second one instead of the first one

but



have you ever thought there's third choice come after second?

--'



its gonna be always there.

yes, there.

deep in your heart.


Wednesday, 29 January 2014

keep calm Alia not kangkung

yes. do keep calm.
anything, whatever happens to you just keep calm.

apa yang kita nak selalu nya tak dapat tapi
apa yang kita perlu it always there.

Allah Maha Bijaksana.

and Most Organized Planner.

hidup memang selalunya tak sehaluan dengan kehendak kita
tapi serasi dengan keperluan yang kita perlu

is it ironic?

mengajar budak-budak secondary school giving me new experience yang tak pernah-pernah masuk dalam plan hidup pun.

and not just that.

Master.

dulu sebenarnya teragak-agak nak sambung Master.

entah tak tau kenapa sejak balik dari umrah
hati ni lebih terarah pengajian Master.

okay. honestly, I failed for my first interview in getting enrolled for Master study.
agak frustrated.

but yet, Allah bagi peluang bukak rayuan punye application bulan 2 ni
moge dengan izin Allah haku dapat apply and pass dengan jaya nya
taknak kuciwa kuciwa dah sobs3
amiinn.

or maybe pengalaman mengajar budak-budak secondary school boleh improve I punye confidence level untuk second interview?

hmm we'll see ya..


oh ye.

so much things happen sampai nak update pasal I pegi umrah satu famili pun tak ter'update' kan?

silly me.

bukan taknak inform pun cuma malas nak announce sebenarnya.
kadang-kadang takut ngan pandangan orang sekeliling yang biasanya mengharapkan perubahan yang berbeza datang lepas balik umrah.

thats why
mase pegi pun tak heboh
balik umrah pun tak bape nak heboh


sorry guys
I do really sorry ;(

but my prayer is always for those who I loved always

parents
family
friends
close friends
not so close friends
school friends
plkn friends
university friends
internship friends
social networking friends
and whoever being my friends till now.

and sekarang baru masuk kan guru-guru dalam list doa heee

I always do remember you guys
cuma nya nak sebut satu satu mase depan kaabah tu memang tak larat la kan

kalau dah mase cium batu hajarul aswad tu 2 3 saat je peluang yang Allah bagi
so I decided to say all of the names dalam hati je.

lagipun Allah kan Maha Mendengar?
He will answer my prayers right away!

in shaa Allah :)


jauh plak terpesong story pasal umrah ye? hehe

ok lah
meh saya upload sikit gambar latest.



so as you can see
me now is teaching at SMK Seri Paka

jadi geng cikgu cikgi plok kite
kikiki

Friday, 24 January 2014

akhirnya

HAHA
cant believe after 2 years
beta berhasil untuk sambung balik karya beta yang dah lama tergantung mcm tu je.
tetibe je terbang idea nak sambung Part 5.
padahal punye la lame story yang aku tulis stuck kat situ baru hari ini idea tu kuar
kikiki

so you guys yang terase seperti dirinye digantung bace cerita yang tergantung
sila rujuk balik post I yang dolu-dolu punye kayy



Part 1
Part 2
Part 3
Part 4



sila lah check balik kalau rajin.
Hehe

happy reading. Labiuu :)

Part 5.

'Assalamualaikum.. Farah oo Farah.. Assalamualaikum..'

Terdengar suara garau dari daun pintu rumah teres dua tingkat. Nina yang sedang asyik menonton televisyen tersentak. Dia cuba amati suara yang datang dari luar rumah dan meneka gerangan yang memberi salam tak sudah-sudah.

'Siapa pulak lah yang datang malam-malam ni.. haihh..' getus hati kecil Nina.

'Oh Syafiq rupanya.. hehe.. ada apa ya Fiq? Rindu Farah eh..' usik Nina setelah menjawab salam Syafiq. Dia tersengih-sengih sambil menjemput Syafiq masuk ke dalam.

'Eh Nina ni.. tau-tau je kan.. takpe lah Nina, Fiq cuma nak tahu keadaan Farah je. Risau jugak kalau ada jadi apa-apa kat Farah. Emm.. dia okay tak?' Syafiq menolak pelawaan Nina. Dia sendiri agak segan untuk masuk ke rumah wanita tersebut apatah lagi pada waktu malam sebegini.

'Dia okay je. Cuma 2 3 hari ni nampak muram sikit. Fiq tak payah la risau ye.'

'Oh ya ke. Takpe lah kalau macam tu. Ni Fiq ada belikan nasi bungkus.. untuk Farah dengan Nina sekali. Ambillah,' Syafiq menghulurkan plastik berisi nasi bungkus kepada Nina sambil tersenyum.

'Eh susah-susah je Fiq ni. Tapi.. terima kasih banyak-banyak lah ya.. hehe' Nina berkata-kata sambil tangannya cepat-cepat menarik plastik bungkusan nasi dari tangan Syafiq.

'Nina mintak maaf banyak-banyak ya Fiq sebab Farah dah pesan banyak kali dia memang tak nak jumpa siapa-siapa pun tapi Fiq jangan bimbang, kalau ada apa-apa hal terjadi kat Farah, Nina akan terus contact Syafiq okay?'

Nina cuba memujuk hati Syafiq yang sedang keluh-kesah. Dia tahu jejaka tersebut sudah lama menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya, Farah. Hanya Farah sahaja belum bersedia untuk membalas cinta Syafiq sepenuhnya. Bagi Farah, hubungan dia dengan Syafiq tidak lebih dari kawan biasa.

'Kenapa lah Farah susah sangat nak terima si Syafiq ni. Dah la hensem, caring plak tu. Hmm..' Nina berkata-kata sendiri dalam hati. Dia juga akui Syafiq memang kacak orangnya tambah pula dengan sifatnya yang sentiasa mengambil berat tentang kawan baiknya walaupun Farah cuma memandangnya sebagai lelaki biasa sahaja. Bagi Nina, Syafiq sudah cukup pakej untuk dibuat suami, apa lagi yang Farah mahukan? Perfect kot! Sekali lagi Nina berkata sendiri sambil menutup pintu rumah perlahan-lahan.

Syafiq berlalu pergi setelah berpuas hati dengan jawapan Nina. Namun hakikatnya, hatinya masih lagi belum tenteram. Dia berasa hampa dan dalam waktu yang sama merasakan bahawa Farah sedang mengalami masalah yang berat cuma dia sendiri tidak dapat mengagak masalah sebenar si gadis manis tersebut. Kekecewaan tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya malam itu terserlah di wajahnya saat pulang ke rumah. Malah menambahkan lagi perasaan rindu Syafiq dan cinta yang sudah lama bertapak dalam hatinya sejak jatuh hati pandang pertama.

Farah.. oh Farah..




Bersambung3! kikiki. 


dihimpit kebosanan

ahaihh
pagi pagi da mengeluhh --'

salam maal hijrah sumenye :)


haku ni hadang-hadang
hukan hanak hapdet belog
tapi bile mood tu tak hade
so beginilah perasaan nye

*rase cam nak lempang diri sendiri je di pagi yang mulia ni..homaii*


bile da start bosan online
bosan menscrolling wall home fesbuk yang makin lame ntah hape hape
yang bahagian ilmiah tu hade
tapi bahagian gossiping tu macam taleh nak lepas je

sampai la part jumpe link blog yang baru
then terasa tercabar nak tulis something macam hari ni
kenape diorang punye writings are so interesting ha?
why not me?
idea kering cam aku
memang tak mampu nak mengampu tulis lebih lebih macam diorang kan
arhh
stop copying others Alia!
just be yourself

so today
what will be your wish for the new year in early Muharam dears?


keep smilingg ;)


p/s Okay. entri ni sebenarnye lame dh nk post tapi tak terpost post sampai la sekarang baru terpikir nk post
so dont get this entry wrongly written sebab sepatutnye entri ni berada dalam tahun 2013, not 2014. sorry for my mistake. heeee